Kuuvancha Eco Tropics Kota Masai
KuuVanCha Eco Tropics Kota Masai | Baru je merasmikan pembukaannya pada minggu yang lalu.Sangat selesa untuk menikmati hidangan pagi, tengahari atau malam.
Sebenarnya Kuu Van cha ni terdahulu lebih dikenali sebagai Tea Garden jugak.Banyak dah cawangan yang di buka di sekitar Johor Bahru ni.Dan yang paling latest pembukaannya adalah di Eco Kota Masai Pasir Gudang Johor.
KuuVanCha Eco Tropics Kota Masai
Dengan memegang falsafah “Serving from the heart”,KuuVancha menggabungkan intipati budaya makanan tempatan bagi mewujudkan citarasa yang unique dengan penyediaan Malaysian Nanyang cuisine ni.Dari Hidangan klasik ke Masakan Malaysia, Hong Kong Dim sum dan juga masakkan cina.
KuuVancha menawarkan pelbagai pilihan yang benar-benar memuaskan pelanggan mereka.Dan aku setuju sangat bila melangkah masuk ke KuuVancha ni, menarik satu perasaan yang sangat damai untuk ke sini.Tak rugilah owner KuuVancha ni melabur duit untuk memberikan kepuasan kepada pelanggannya dengan tempat makan yang harmoni dan sangat-sangat selesa.Bila masuk tu, dah macam cerita Chinese lama dulu-dulu tau..serious best.
Mungkin akan datang lagi di masa akan datang.Disebabkan aku dan husband memang sukakan makanan Malaysian Nanyang Cuisine ni, haruslah datang lagi kan.Untuk malam pengenalan kami di situ,ada beberapa jenis makanan yang kami order.Kalau ikut hati nak order lagi banyak jenis makanan,tapi disebabkan malam, so tak boleh la makan banyak kan.Jom tengok apa yang kami order untuk malam tu.
Nasi Goreng
Pau( aku tak ingat nama betul menu ni)
Mee Kari KuuVancha
Actually aku nak makan Mee Siam diorang, Memang pebret all the time Mee siam diorang ni.Tapi saja malam tu nak merasa Mee Kari ni.Hidangan memang berasa semua.Ayam pun tak kedekut diorang letak.Portion of course memang kenyang makan weh…
So far, hidangan dan layanan memang aku bagi 5 bintang.. Tu belum aku cerita bab minum kopi pakai cawan klasik macam ni..memang sedap.Kurang manis sebab memang aku mintak untuk kurangkan manis.Husband aku memang soya bean suam.Naura bagi minum air masak je..hahahaha…Tapi separuh dari air kopi umi dia dok balun..sabau je ler.
Sebenarnya aku tertarik dengan dekorasi dalaman KuuVancha Cafe ni.Serious macam nak duduk lama je kat situ.Nasiblah dah malam, kalau tak lagi lama duduk situ, lagilah kang bertambah nak order kan.
Di KuuVancha ni, korang boleh pilih samada nak duduk di bahagian luar ataupun di bahagian dalam.Of course kalau korang suka dan cosy, boleh pilih duduk kat dalam.Seriously memang selesa okeh.Gambar di bahagian bawah tu, adalah di bahagian luar.Boleh la kalau suka dengan udara semulajadi kat luar tu.
Kotlah korang pun nak merasai kenikmatan tempat makan dan makanannya boleh ler datang ke sini..Boleh tengok Maps yang aku berikan di bawah ni ye.
KUUVANCHA KOTA MASAI
No 42, Jalan Ekoperniagaan 1/27, Taman Kota Masai, 81750 Pasir Gudang, Johor
The post KuuVanCha Eco Tropics Kota Masai appeared first on Kisahsidairy.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kisahsidairy.com/2018/11/22/kuuvancha-eco-tropics-kota-masai/