pintu masuk ke Kota Kuala Kedah
rumah api yang terdapat dalam kawasan Kota Kuala Kedah Kota ini dikenali sebagai "Kota Kuala Bahang" yang terletak di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota ini merupakan benteng pertahanan melayu yang tertua di utara Malaysia. Pada mulanya Kota ini dibina menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Pembinaannya mendapat bantuan dari pihak Portugis, iaitu semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1602 - 1620), yang memerintah kota Seputeh. Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619 dan Portugis telah diusir keluar dari sini. Setelah diperbaiki, sekali lagi kote ini telah dimusnahkan oleh armada Buhis (1770)
Muzium Kota Kuala Kedah terletak di tengah-tengah Kota
tapak istana yang dirobohkan
meriam lama
meriam belandaMeriam Belanda ini merupakan meriam benteng yang diperbuat daripada besi. Pada bahagian atas bibir mulutnya, tertulis perkataan 'AKER 1849' Pada awal tahun 1900, meriam ini diletakkan diperkarangan Istana Kota Pumpong dan dianggarkan berusia 155 tahun.
peluru meriamGaleri gambar-gambar lagi sekitar Kota dan dalam muzium boleh tengok seperti dibawah. Tapi kalau nak feel lagi berkenaan dengan Kota Kuala Kedah ni, kena datang sendiri ke tempat ni.









|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |