Kursus Kesempurnaan Solat Untuk Remaja Solat Membina Peribadi Agung


By : Mohd Firdaus Mat Saad (Facebook Profile)

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Kursus"Solat Membina Peribadi Agung"

Alhamdulillah pada 24/12/18 hari Isnin, Surau Al-Najah Simpang Empat Kampong Kedah, Parit Buntar telah menganjurkan sebuah program iaitu Kursus Kesempurnaan Solat Untuk Remaja yang bertempat di Surau Al-Najah dari jam 8pagi sehingga 5petang.
Kursus ini diadakan bagi tujuan  mendedahkan cara berwuduk dan solat yang betul. Para peserta juga diajar bagaimana cara melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam mengerjakan ibadat solat dengan betul dan lancar dalam bacaan. 
Dalam program ini peserta diajar untuk melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah. 

Penceramah jemputan untuk kursus ini adalah Ustaz Shamsul Bahrin yang telah memberikan perkongsian untuk sepanjang hari kursus diadakan.

Ketibaan Orang Besar Jajahan Kerian (OBJ) Toh Maharaja Indera Dato' Haji Khairuddin Bin Arshad untuk perasmian Kursus Kesempurnaan Solat Untuk Remaja

Datuk memberikan sedikit ucapan sempena perasmian kursus ini. Antara point penting yang ditekankan datuk adalah kepentingan solat, kepentingan membaca Al Quran dan memahami maksudnya serta lain lain lagi


Semua peserta dan ajk surau khusyuk mendengar ucapan dari Tuan Haji OBJ

Penyampaian sedikit cenderahati kepada Toh Maharaja Indera OBJ Kerian yang berupa senaskah Terjemahan Al Quran beserta Rehal.


Jamuan ringan bersama OBJ dan ajk-ajk surau. Turut seta dalam jamuan ini adalah Tuan Pegawai Pentadbir Agama Majlis Agama Parit Buntar
Pada masa sama, di surau program bersama anak anak diteruskan.

Ini adalah Modul Dan Perkara Yang Dibentangkan Dalam Kursus ini.

Sesi 1: Solat Membina Peribadi Agung

🔰 Sembahyang, Peranan dan Falsafahnya
Membina peribadi yang kuat keyakinan.Membina peribadi yang kuat iman.Membina peribadi yang berakhlak mulia.Melahirkan manusia yang berdisiplin.Membina peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran.Membina peribadi yang kuat syariat.Membina jiwa yang bersih.Membina peribadi yang kurang sifat mazmumah. 🔰 Mengapa Kita DIWAJIBKAN Untuk Menunaikan Solat 5 Waktu?Kerana solat itu perintah dari Allah S.W.T.Kerana solat adalah peluang untuk kita berinteraksi dengan Allah S.W.T.🔰 Ciri-Ciri Keagungan Dan Kebesaran SolatSolat itu tiang agama.Solat adalah perintah Allah kepada Nabi semasa peristiwa Israk dan Mikraj.Solat ialah induk/ketua segala ibadah.Orang yang tidak menunaikan solat jatuh kafir kepadanya.Solat melibatkan seluruh anggota badan.Solat diwajibkan menghadap kiblat.Solat terikat kepada waktu.Solat boleh dilakukan secara berjemaah. Di dalam solat ada zikir.Solat adalah 'PATI'(utama) dalam Islam.Solat adalah zikir yang paling agung.Solat adalah ibadah para Rasul terdahulu.🔰 7 Sifat Peribadi Agung Terbentuk Selepas Menunaikan SolatBerjiwa besar.Dihormati.Menjadi orang yang berjaya.Disegani kawan dan lawan.Dihormati oleh bangsa lain.Ketua pengatur segala bidang.Mudah menjadi manusia yang berkhidmat kepada orang lain.
Ustaz Shamsul Bahrin membentangkan pengisian sesi pertama yang bertajuk "Solat Membina Peribadi Agung"

Para peserta tekun mendengar ceramah dari ustaz serta dikawal selia oleh Tuan Haji Zul selaku pengerusi program sepanjang hari tersebut

Selepas selesai sesi pertama, peserta diberikan rehat untuk minum pagi. Menu untuk minum pagi adalah bihun goreng dan teh tarik


Adik-adik sedang menjamu selera


Seronok adik nie dapat bergambar. 😀
Makan pun sudah, minum pun sudah. Sekarang kita sambung ceramah untuk sesi kedua pula iaitu Peringkat Solat Seorang Hamba

Sesi 2: Peringkat Solat Seorang Hamba

🔰 9 Kategori Peringkat Solat
Orang yang tidak solat langsung.Solat tetapi jahil.Solat tetapi tidak istiqamah.Solat tetapi tidak khusyuk.Solat tetapi tidak memahami solat.Solat tetapi main tarik tali, solat sangat laju.Solat orang yang soleh.Solat orang yang muqarrobin.Solat orang yang as-siddiqin.🔰 6 Peringkat Solat Yang Tidak DiterimaSolat orang yang jahil.Tidak menjaga rukun.Masih melakukan maksiat.Tidak menunaikan zakat.Isteri yang derhaka pada suami.Solat tetapi tidak membaca apa-apa.🔰 3 Peringkat Solat Yang Diterima TuhanTakut kepada Allah.Berakhlak mulia.Meninggalkan maksiat.🔰 6 Panduan Untuk Khusyuk Dalam SolatMemahami solat.Memusatkan fikiran untuk solat.Rasa haibah/mulia.Rasa takut kepada Allah.Harap Allah terima solat.Rasa malu pada Allah.Memakai pakaian yang selesa dan kemas.🔰 Balasan Untuk Mereka Yang Meninggalkan SolatBalasan Ketika Hidup - Allah cabut keberkatan hidup.Balasan Ketika Sakaratul Maut - Rasa sangat lapar dan dahaga.Balasan Ketika Di Padang Mahsyar - Rasa matahari berada sejengkal dari kepala.
Perut pun dah kenyang, so boleh la bagi sepenuh tumpuan untuk ceramah ustaz


Adik-adik peserta perempuan nie comel-comel je kan. 
Setelah tamat sesi kedua, semua peserta menikmati makanan tengah hari dan bersiap untuk solat zohor secara berjemaah. 

Semua sedang menikmati makanan. Menu tengah hari adalah nasi putih, ayam masak merah dan jelatah


Adik-adik dah bersiap untuk solat zohor

Alhamdulillah dah selesai makan tengah hari dan solat zohor, kita sambung pula ceramah untuk sesi yang terakhir

Sesi 3: Cara Solat Dengan Sempurna
🔰 Mengapa Perlu Berwudhuk Dengan Sempurna?Solat sahDiangkat darjat🔰 Rukun Dan Cara Wudhuk Dengan Sempurna🔰 13 Rukun Solat
🔰 Perkara Sunat Di Dalam Solat

🔰 Kesilapan Ramai Orang Lakukan Ketika Menunaikan SolatMemakai pakaian tidak suci atau bernajis ketika bersolat seperti terkena air kencing.Berwuduk dengan tidak sempurna.Memakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna.Tergesa-gesa berlari ke tempat solat ketika imam sudah bersolat.Bergerak-gerak ketika solat melebihi 3 pergerakan secara berturut-turut.Membaca rukun qauli di dalam hati, tidak menggerakkan bibir dan tiada suara didengari telinga.Bersolat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tiada toma'ninah.Menguap ketika membaca rukun qauli sehingga mengubah bacaan sepatutnya.Tidak khusyuk dalam solat.Menoleh ke kiri, kanan dan memandang atas ketika solat.Hidung tidak menyentuh lantai ketika sujud.Bersujud dengan keadaan seluruh tangan kiri dan kanan berada diatas lantai.mendahului imam dalam pergerakan solat.Tidak rukuk bersama imam pada rakaat pertama solat.Berjalan dihadapan orang yang sedang bersolat.Jom kita layan gambar-gambar semasa praktikal mengambil wuduk dan solat dengan sempurna


Kita panggil adik baju biru nie jadi model sat


Praktikal cara-cara mengambil wuduk


Bagus adik baju hitam nie


Sampai naik atas bangku la nak bagi para peserta nampak.😁

Ustaz tunjuk cara betul nak ambil wuduk bahagian kaki

Ok sekarang kita test Farees pula. 

Takpa abi tolong pegangkan. Satgi tergolek pula. 

Kita panggil adik comel baju hijau nie pula jadi model belajar cara angkat takbir dengan betul


1...2...3...Senyummmm

Praktis angkat takbir pula


Adik-adik peserta perempuan puan ikut sekali


Kita test rukuk pula. Tak jatuh air atas tengah belakang tu maka betul la cara rukuknya


Ok sekarang sujud pula


Ustaz tunjuk cara betul duduk tahiyat akhir


Ustaz tengah check betul tak cara adik-adik nie duduk tahiyat akhir


Semua dah selesai, sekarang kita ajar Rukun Qauli pula. Iaitu perkataan yang wajib di sebut dengan betul dalam solat. Kita mulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah. Sedap suara adik nie


Sorang lagi kita test. 

 Alhamdulillah semua dah selesai. Adik-adik peserta pun beransur untuk mengambil minum petang dan sijil sebelum pulang.

Program tamat 5 minit sebelum Solat Asar. Kemudian kita semua bersolat Asar dan seterusnya para peserta boleh pulang

Tapi sebelum tu, kita sediakan makanan dan minuman petang untuk mereka


Ajk lelaki sedang menunggu para peserta mendapatkan sijil masing-masing

Selamat Sudah Program Kursus Kesempurnaan SolatAlhamdulillah. Setelah berhempas pulas dua minggu ni mengatur semua program ini. Semalam ia berlangsung dengan jayanya.Syukur kepada Allah kerana melancarkan program ini. Anak anak kita adalah tanggungjawab kita.Kalau kita tengok generasi sekarang, remaja umur 15 sampai 25 tahun sangat kurang menunaikan solat berjemaah.Bila solat tidak ada dalam diri mereka, takut nanti bila dah besar nanti mereka terus tinggalkan solat.Di Malaysia harini ramai je orang dewasa yang tidak bersolat. Sangat ramai. Laki dan perempuan sama naik je.Keadaan ini merisaukan kita.Semoga program sebegini dapat membantu anak anak kita mencintai solat.Semoga ia boleh dibuat di masjid atau surau di tempat lain.

Saya sedang perkemaskan Kertas Kerja Dan Modul Untuk Program Ini. Semoga ia boleh menjadi contoh untuk surau dan masjid lain yang nak buat program sebegini. Kalau ada yang nak, leh pm saya di 019-5782515.Jom cari Pencen Kubur.Terima kasih Ustaz Shamsul Bahrin atas perkongsian sepanjang hari semalam.Jadi sampai sini saja perkongsian saya. Semoga ianya bermanfaat
Wassalam
Mohd Firdaus,Motivating and Inspiring Others

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdaus.com.my/2018/12/kursus-kesempurnaan-solat-untuk-remaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Muatnaik Gambar Sendiri Menerusi Facebook Pemilik Handphone Yang Dicuri

Remaja Muatnaik Gambar Sendiri Menerusi Facebook Pemilik Handphone Yang Dicuri

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 388 hits
SEORANG lelaki terkejut apabila melihat terpapar gambar dua orang remaja dalam akaun Facebook milik ayahnya Difahamkan telefon pintar milik ayah lelaki itu telah dicuri semalam dari dalam kereta di kawasan sebuah masjid di Bukit Rambai Mela...
Polis Hukum Remaja Rempit Letak Telinga Pada Ekzos Motosikal Yang Bunyi Bising

Polis Hukum Remaja Rempit Letak Telinga Pada Ekzos Motosikal Yang Bunyi Bising

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 406 hits
BEBERAPA orang remaja rempit difahamkan sering mengganggu penduduk setempat dengan bunyi ekzos motosikal yang bising menerima padah apabila pihak polis menghukum mereka meletakkan telinga pada ekzos yang bising itu Sebelum dihukum pesalah b...
Remaja Buat Lengan Palsunya Sendiri

Remaja Buat Lengan Palsunya Sendiri

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 200 hits
nbsp 08 Februari 2019 nbsp nbsp nbsp David Aguilar memperlihatkan lengan lengan prostetik buatannya
Tahniah Remaja 18 Tahun Dari India Cipta Satelit Terkecil Dan Paling Ringan Di Dunia

Tahniah Remaja 18 Tahun Dari India Cipta Satelit Terkecil Dan Paling Ringan Di Dunia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 388 hits
India melancarkan satelit ultra ringan pada Khamis yang direka oleh seorang budak lelaki Tamil Muslim Rifath Sharukh yang berumur 18 tahun Satelit yang boleh digenggam dalam tangan mendapat reputasi yang cemerlang untuk negara dalam teknolo...
Kisah Emmett Till Remaja 14 Tahun Yang Dibunuh Dengan Kejam Dihumban Kedalam Sungai Kerana Difitnah

Kisah Emmett Till Remaja 14 Tahun Yang Dibunuh Dengan Kejam Dihumban Kedalam Sungai Kerana Difitnah

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 606 hits
Kali ini admin nak kongsikan cerita mengenai kematian yang tak dituntut Tapi ia bukan cerita pasal pembunuh bersiri dan kisah misteri ia lebih kepada pembunuhan tragis dimana remaja ini menjadi mangsa kekejaman akibat fitnah dan perkauman B...
Remaja Dijel Timbang Playstation 4 Di Kaunter Buah

Remaja Dijel Timbang Playstation 4 Di Kaunter Buah

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 263 hits
Feb 4 2019 0 Comments SEORANG remaja di Perancis dipenjarakan selepas membeli PlayStation 4 pada harga sangat murah denga
Obses Dengan Kpop Remaja Ini Terjun Bangunan

Obses Dengan Kpop Remaja Ini Terjun Bangunan

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 531 hits
Obses pada k pop di negara kita memang dah lama berlaku Ada sesetengah peminat tu yang sanggup beratur panjang semata mata nak beli tiket artis idaman dorang Pun begitu terlalu obses pada sesuatu perkara pun tak elok jugak sebenarnya Sepert...
4 Februari Diperingati Sebagai Hari Kanker Sedunia Ketahui 8 Jenis Kanker Yang Rentan Hampiri Bayi Hingga Remaja

4 Februari Diperingati Sebagai Hari Kanker Sedunia Ketahui 8 Jenis Kanker Yang Rentan Hampiri Bayi Hingga Remaja

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 240 hits
Beda dari orang dewasa ternyata ini lo penyebab dan jenis kanker yang diderita anak Jangan takut cari tahu kamu wajib waspada bahkan sejak anak belum ada Tenang gambar gambar dalam artikel berikut ini aman kok
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids