Kisah Emmett Till Remaja 14 Tahun Yang Dibunuh Dengan Kejam Dihumban Kedalam Sungai Kerana Difitnah
Kali ini admin nak kongsikan cerita mengenai kematian yang tak dituntut. Tapi ia bukan cerita pasal pembunuh bersiri dan kisah misteri, ia lebih kepada pembunuhan tragis dimana remaja ini menjadi mangsa kekejaman akibat fitnah dan perkauman.
Bila korang baca ni, pasti akan rasa sedih dan marah dengan apa yang berlaku pada dirinya. Baru berumur 14 tahun Emmet Till telah dibunuh dengan kejam!
Emmett Till, 14 Tahun
Sumber : Twitter
Emmett Till, lahir pada 25 Julai 1941 dan membesar di Chicago, riwayat hidupnya berakhir seawal 14 tahun pada 1955. Dia dibunuh di tempat saudaranya di Mississippi.
Kisahnya begini, ayah saudaranya Mose Wright sering berkunjung ke Chicago dan menceritakan keadaaan tempat tinggalnya di Money, Delta Mississippi. Disebabkan itu Emmett tertarik untuk berkunjung ke situ.
Pada mulanya ibunya tak bersetuju kerana persekitaran di Chicago dan Mississippi sangat berbeza namun akhirnya dia benarkan.
Untuk pengetahuan rasicm di Mississippi dan daerah selatan lain di Amerika Syarikat sangat kuat itu sebablah ibunya Mammie Carthan berpindah ke bahagian utara Chicago. Tambah pula pada 1950-an Mississippi adalah daerah termiskin di negara itu.
Ketika ‘melepaskan’ Emmett, ibunya berpesan agar menjaga sikapnya ketika di Mississippi terutamanya ketika berhadapan dengan orang kulit putih. Ini kerana budaya di Chicago dan Mississipp sangat ketara perbezaannya lagi-lagi dalam bab perlakuan dan layanan.
Kronologi bagaimana dia difitnah dan dibunuh
Sumber : History
Pada zaman ini, fenomena pembunuhan di luar hukum yang menyasar warga kulit hitam atas dasar supremasi kulit putih (lynching) sangat tinggi
Di Mississippi saja, sejak 1882, ada lebih dari 500 warga Afrika Amerika yang jadi korban. Biarpun sudah lama berlalu pada masa 1950-an, masih ada lagi yang amalkan perkara sebegini.
Siapa sangka tragedi ini terjadi pada Emmet Till sendiri. Ini kronologi pembunuhannya
Pada 21 Ogos 1955. Emmett sedang berkumpul dengan kawan-kawan barunya pergi ke sebuah kedai untuk membeli makanan ringan
Pemilik kedai Roy Bryant (24) dan isterinya Carolyn (21), sedang duduk bersendirian ketika Emmett sedang berbelanja sementara sepupunya Curtis Jones berada di luar.
Menurut History, Emmet memilih jajan sambil bersiul.
Carolyn yang sedang menjaga kaunter mendakwa bahawa Emmet bersiul untuk menggodanya, pegang tangan dan mengajak dating.
Bahkan Carolyn mendakwa bahawa Emmett cuba memegang erat pinggangnya namun dielak. Padahal semua tu tak betul
Disebabkan itu suaminya Bryant naik angin apabila mendengar dakwaan isterinya.
Pada 28 Ogos sekitar jam 2.30 pagi, Emmett telah diculik oleh Roy dan abangnya J.W William dan dibawa ke satu kawasan ternakan yang jauh dari Money, Mississippi
Emmett dibelasah teruk dibahagian kepala sampai pengsan
Saksi bernama Willie Reed, berusia 18 tahun terdengar samar-samar bunyi pukulan dan tangisan.
Emmett dipukul berkali-kali sebelum kepalanya ditembak.
Mayat Emmett ‘diikat’ dengan pemberat dari bekas kipas, lehernya dililitkan dengan dawai sebelum dihumban ke Sungai Tallahatchie.
Kepalanya dihentak teruk, ditembak di atas telinga kanan, matanya tersembul keluar, pukul di punggung dan pinggul.
Tiga hari setelah penculikan, mayatnya ditemui oleh dua individu yang sedang memancing di sungai itu.
Terdapat banyak bahagian tubuhnya yang telah membengkak atau cacat, tapi paling parah sekali dibahagian muka. Rujuk gambar diatas
Dia ditembak di atas telinga kanan. Satu mata tersembul keluar, ada bukti dia dipukul di punggung dan pinggul.
Tubuhnya diperberat oleh kipas besi, lehernya diikat dengan dawai berduri. Dia telanjang, tetapi memakai cincin perak dengan inisial “L. T.” dan di dalamnya terukir “25 Mei 1943″,” catat FBI.
“Saya mahu dunia melihatnya” – Ibu Emmett
Ibu Emmett. Rasa sedihnya memang amat mendalam. Namun ia ingin menjadikan Emmett sebagai korban terakhir dari kejahatan berdasarkan kebencian rasis, sekaligus ingin menunjukkan betapa kejamnya pelaku.
Dia meminta agar peti mayat Emmett dibuka selama tempoh pemakaman.
“Tidak mungkin saya boleh jelaskan apa yang ada di dalam peti. Saya hanya ingin dunia melihatnya,”.
Puluhan ribu orang menghadiri pemakamannya. Media massa tempatan mahupun internasional mengabadikan wajah Emmett yang sudah tak menyerupai aslinya.
Suspek, Roy Bryant & J.W William mengaku tidak bersalah & dibebaskan!
Ketika bapa saudara Emmet menyedari dia tidak pulang-pulang, dia membuat laporan polis sementara kedua-dua suspek kejam ini telah ditangkap.
Mereka tidak mengaku bersalah di mahkamah dan dibebaskan! IPada waktu ini orang kulit hitam ditindas dan tak boleh nak bersuara, bahkan pada masa itu orang kulit putih menguasai sistem pentadbiran.
Setelah beberapa lama, mungkin rasa bersalah atas tindakan silam, mereka mengakuinya. Namun menurut History mereka dibayar USD 4,000 untuk menceritakan bagaimana mereka melakukan penculikan itu.
Lebih menyedihkan dan kejam lagi, pada tahun 2008, isterinya Carolyn Bryant (pada waktu ini 72 tahun) ketika ditemubual oleh salah seorang penulis menceritakan hal sebenar.
Dia menjelaskan bahawa semua itu adalah bohong semata-mata, terutamanya saat Emmett memegang tangan serta menggodanya secara verbal. Bahkan, tidak ada yang Emmett lakukan hingga pantas untuk dibunuh sedemikian kejamnya.
sumber
The post Kisah Emmett Till: Remaja 14 Tahun Yang Dibunuh Dengan Kejam & Dihumban Kedalam Sungai Kerana Difitnah appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/kisah-emmett-till-remaja-14-tahun-yang-dibunuh-dengan-kejam-dihumban-kedalam-sungai-kerana-difitnah/