Kurma Ayam Ayam Brand
Assalamualaikum WBT
PERKHABARAN duka Sk terima pada tengahari semalam, senior Sk yang dikenali sebagai Zaid Zain, meninggal dunia selepas lebih dua minggu menjalani rawatan di HSA, Johor Bahru.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali"
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan hambaNya yang soleh
Aminnn Ya Robbal Alaminnn 🤲🏻

Kisah masa duduk rumah seorang beberapa minggu lepas lagi ni. Masa tu buntu nak makan apa. Dia punya buntu tu, sampai tak terasa lapar. Tetiba teringat ada pes Kurma Ayam Brand dapat free dalam laci kabinet. Terus Sk ambil ayam seketul, rendam untuk defrost. Pukul 5 lebih kot, baru masak nasi. Lepas tu terasa nak masak nasi lebih pulak, kononnya boleh bawa bekal la esoknya tu isnin.

Mudah jer cara memasak guna pes ni. Cuma masukkan pes dalam periuk bersama kentang dan ayam, tambah air sikit. Renihkan sehingga ayam hampir masak, kemudian masukkan santan. Sk gantikan santan dengan susu sejat. Tak perlu letak garam lagi

Pes ni cukup untuk 1/2 ekor ayam kot. Sk masak ni suku bahagian ayam je. Tengah-tengah mendidih atas api, dengar PI balik. Eh, selalu, selagi tak habis konsert, tak balik. Awal la pulak

Patutlah tergerak hati nak masak nasi lebih. Jadi, makan berdualah, tak makan sorang-sorang. Syahdu betul rasa dapat makan sama-sama kembali. Cuma, Sk rasa kurma ni macam manis. Mungkin dalam pes ni letak gula, tak baca pulak bahan-bahan pada label dia

Disebabkan itu, kita tambahlah telur mata kicap dua biji
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/07/kurma-ayam-ayam-brand.html