Kurangkan Sakit Lutut Dengan Teknik Dry Needling Acupuncture
Pernah tak dengar cara kurangkan sakit lutut atau sakit kaki lepas buat aktiviti sukan dengan cara akupuntur (acupuncture) ? Teknik ni sebenarnya berasal dari salah satu praktik perubatan kuno Cina. Ianya lebih kepada melegakan kesakitan apabila tenaga Chi dilepaskan yang mana dipercayai jika ianya terhalang akan menyebabkan kesakitan pada bahagian tertentu badan.
Tetapi baru-baru ini saya berpeluang mencuba satu lagi teknik rawatan fisioterapi dengan teknik Dry Needling Acupuncture (atau lebih dikenali dengan Western Acupuncture) di sebuah pusat terapi fisio di Indahpura ,Kulai Johor.
Sebelum itu, keadaan kesakitan yang dialami oleh pesakit akan diteliti dan rawatan akan dilakukan mengikut jenis kesakitan yang pesakit alami.
Contoh untuk sakit dibahagian belakang lutut saya beberapa minggu lepas, lutut akan stretch dan sakit lagi-lagi apabila dibengkokkan. Physiotherapist yang berpengalaman mula mengurut dibahagian yang sakit untuk kurangkan regangan di bahagian yang sakit dan akhirnya sesi dry needling dengan simulasi elektrik dilakukan.
Kalau ikutkan ketika jarum dimasukkan rasa macam kena renjatan sedikit tapi bertahan juga, kemudian apabila simulasi elektrik dilakukan di jarum, otot yang sakit akan berdenyut dan seperti diurut perlahan tetapi rasa urutan itu didalam otot.
Kalau biasa kita urut rasa mungkin dibahagian kulit sahaja kan, tetapi yang ini lebih kepada direct point yang sakit. Sakit? Sakit juga la sama macam kena urut dan rasa lenguh lepas rawatan. Tapi selepas balik dah berehat inshaAllah lenguh dan sakit berkurangan ikut tahap kesakitan individu.
Jika teori teknik akupuntur cina lebih untuk melepaskan tenaga Chi, tetapi dengan teknik (Dry Needling) Western Acupunture ini selepas jarum dimasukkan ke dalam titik simpulan atau tekanan di kulit atau otot, dengan sedikit simulasi elektrik akan mengurangkan ketegangan pada sekeliling otot yang sakit seterusnya mengurangkan kesakitan yang dialami.
Dry Needling dengan Simulasi Elektrik
Setakat ini dah kali ketiga saya buat terapi untuk minggu ini, alhamdulillah sakit belakang dan sakit pada belakang lutut makin berkurangan.
Dengan keadaan umur yang semakin meningkat kadangkala lupa nak jaga badan sendiri, apapun berikhtiar la selagi mana yang boleh dan jangan lupa berdoa juga kepada Allah SWT untuk memberikan nikmat kesihatan dan sentiasalah bersyukur kepadaNya.
Boleh tengok disini untuk lihat cara bagaimana Dry Needling dilakukan -- > BioRehab Kulai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2019/10/kurangkan-sakit-lutut-dengan-dry-needling-acupuncture.html