Kuota Budi95 300l Ron95 Berapa Km Tarikh Renew Setiap Bulan
Penerima BUDI95 akan menerima kelayakan sebanyak 300L RON95 sebulan pada harga bersubsidi. Jumlah ini ditetapkan berdasarkan data Kerajaan yang menunjukkan ia mencukupi bagi lebih 99% pengguna kenderaan persendirian.
Data Kerajaan turut menunjukkan bahawa purata penggunaan petrol oleh pemandu kenderaan persendirian adalah hanya sekitar 80 liter sebulan. Namun, Kerajaan menetapkan siling kelayakan yang lebih tinggi bagi mengambil kira julat dan taburan penggunaan mengikut individu.
Kenapa Ada Had Kuota BUDI95 Untuk Rakyat Malaysia?
Penetapan kuota ini adalah penting untuk mengelakkan subsidi disalahguna oleh pihak yang tidak sepatutnya. Selama puluhan tahun, subsidi tanpa had telah menjadi sasaran penyeludupan ke negara jiran di mana harga minyak jauh lebih mahal. Begitu juga penggunaan berskala besar oleh syarikat komersial yang menikmati subsidi murah untuk keuntungan perniagaan. Dengan mekanisme baharu, subsidi akan benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, dan tidak lagi bocor keluar dari sistem.
Sekiranya diperlukan, penyesuaian akan dibuat termasuk pertimbangan menambah kelayakan untuk kumpulan tertentu.
Apa Akan Jadi Kalau Kita Beli RON95 Melebihi 300L?
Anda boleh membeli kuantiti melebihi kuota yang diperuntukkan iaitu 300L. Sekiranya baki anda telah habis digunakan, baki jumlah pembelian akan ditetapkan pada harga pam (iaitu harga minyak tanpa subsidi kerajaan).
Untuk makluman, berikut adalah Harga Runcit Produk Petroleum mulai 30 September 2025 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) :
Harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada paras RM2.60 seliter;
Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter;
Harga runcit petrol RON95 di bawah Program BUDI95 ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai 30 September 2025;
Harga runcit petrol RON95 bagi penerima di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada paras RM2.05 seliter mulai 30 September 2025;
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter;
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak & Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
NOTA:
RON97 – Boleh digunakan oleh semua kenderaan Malaysia & asing
RON95 – Khusus untuk warganegara Malaysia sahaja
Harga mingguan RON97 & Diesel akan dikemaskini setiap Rabu oleh Kementerian Kewangan. Sila rujuk artikel berikut untuk harga terkini : Harga Petrol RON95 / RON97 & Diesel

Bilakah Kuota BUDI95 Akan Diperbaharui?
Jumlah kelayakan 300L RON95 bersubsidi tersebut akan diperbaharui secara automatik pada setiap awal bulan, iaitu 1haribulan.

300L RON95 Boleh Guna Untuk Berapa KM Perjalanan?
Apakah manfaat yang diperolehi melalui BUDI95?
Harga petrol RON95 diapungkan = 2.60/L
Harga petrol RON95 bersubsidi utk pemegang IC Malaysia = 1.99/L
2.60-1.99 =0.61 /L (Penjimatan RM0.61 seliter)
Kuota sebulan = 300L
Oleh itu jika anda menggunakan kuota sepenuhnya 300L sebulan, 300L x RM0.61= RM183.00 yang kerajaan peruntukan khas untuk warganegara mengisi minyak sebulan.
Jadi, sejauh mana perjalanan anda boleh pergi dengan 300L minyak RON95?
Anggaran jarak berdasarkan purata penggunaan 8 liter / 100km adalah 3750KM.
Contohnya bagi perjalanan dari KL – JB adalah sejauh 330KM sehala. Jika dua hala = 660KM.

Jika anda nak beli RON95 bersubsidi sebanyak RM50, anda akan nampak harga RM65.33 di pam. Jangan risau, kiraan itu berdasarkan harga runcit semasa RON95 yang tertera di pam.
Anda masih bayar RM50, malah berjimat RM15.33 dengan bantuan BUDI95!

Kalau kita kira dari segi RM pula, 300L bersamaan dengan RM1.99 x 300L = RM597 sebulan untuk minyak RON95 bersubsidi.

Kalau masih rasa pening nak kira, jangan risau. Isi je sampai pam berhenti sendiri, kiraan akan tunjuk dalam resit BUDI95 anda.
Kuota BUDI95 Untuk eHailing
Untuk makluman, pemandu e-hailing dan pengendali bot akan menerima manfaat tambahan BUDI95 mulai 15 Oktober 2025.
Pemandu e-hailing tidak perlu memohon secara individu, sebaliknya, Kerajaan akan berurusan dengan Syarikat Pengendali ehailing (EHO) untuk membuat permohonan secara berkelompok.
SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN PEMANDU E-HAILING AKAN MENERIMA MANFAAT TAMBAHAN BUDI95 MULAI 15 OKTOBER, PENGENDALI BOT TIDAK KETINGGALAN JUGA
Kerajaan juga melanjutkan kelayakan kuota tambahan BUDI95 ini kepada pemilik bot berdaftar tanpa memerlukan lesen memandu yang sah. Kerajaan akan bekerjasama dengan agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengenal pasti pemilik bot berdaftar.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk soalan lazim FAQ melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 atau melalui Whatsapp di 03-2631 4595 untuk maklumat lanjut.
Siapakah individu yang layak untuk menerima BUDI95? Semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif layak, iaitu:
a. mempunyai lesen memandu aktif bagi jenis lesen seperti berikut:
Lesen Memandu Kompeten (CDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
Lesen Memandu Percubaan (PDL) (Kelas kenderaan A, A1, B, B1, B2, C, D dan DA); atau
Lesen Belajar Memandu (LDL) (Kelas kenderaan A, B, B1, B2 dan C);
DAN
b. pemegang Kad Pengenalan warganegara Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai jenis lesen memandu dan kelas kenderaan, sila layari portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di https://www.jpj.gov.my/pusat-media-3/informasi-perkhidmatan-jpj/
Bolehkah jumlah BUDI95 ahli keluarga saya (contoh: anak) dipindahkan kepada saya jika perlu? Jumlah BUDI95 yang diberikan adalah khusus untuk penggunaan individu yang layak dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain bagi mengelakkan ketirisan.
Bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan BUDI95? Anda boleh melayari laman portal rasmi www.budimadani.gov.my atau https://www.budi95.gov.my
Anda boleh menghubungi talian pusat khidmat BUDI MADANI melalui e-mel
[email protected] atau nombor telefon 1300-88-9595 bagi semakan kelayakan.
Anda juga boleh menghubungi talian WhatsApp +603-2631 4595 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Selain itu, anda boleh menggunakan aplikasi TNG e-Wallet ataupun aplikasi syarikat minyak dan lakukan proses e-KYC dalam aplikasi berkenaan untuk semakan BUDI95.
Apakah rasional di sebalik penetapan kelayakan bulanan sebanyak 300 liter dan bagaimana ianya ditentukan? Penerima BUDI95 akan menerima kelayakan sebanyak 300 liter RON95 sebulan pada harga bersubsidi. Jumlah ini ditetapkan berdasarkan data Kerajaan yang menunjukkan ia mencukupi bagi lebih 99% pengguna kenderaan persendirian.
Data Kerajaan turut menunjukkan bahawa purata penggunaan petrol oleh pemandu kenderaan persendirian adalah hanya sekitar 80 liter sebulan. Namun, Kerajaan menetapkan siling kelayakan yang lebih tinggi bagi mengambil kira julat dan taburan penggunaan mengikut individu.
Penetapan kelayakan ini juga penting untuk mengelakkan subsidi disalahguna oleh pihak yang tidak sepatutnya. Selama puluhan tahun, subsidi tanpa had telah menjadi sasaran penyeludupan ke negara jiran di mana harga minyak jauh lebih mahal. Begitu juga penggunaan berskala besar oleh syarikat komersial yang menikmati subsidi murah untuk keuntungan perniagaan. Dengan mekanisme baharu, subsidi akan benar-benar sampai kepada rakyat Malaysia, dan tidak lagi bocor keluar dari sistem.
Sekiranya diperlukan, penyesuaian akan dibuat termasuk pertimbangan menambah kelayakan untuk kumpulan tertentu.
Apakah harga RON95 tanpa subsidi setelah program ini berkuatkuasa? Harga pam RON95 tanpa subsidi akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dengan merujuk kepada Mekanisme Harga Automatik (APM). Melalui formula APM, harga pam RON95 akan mengambil kira pergerakan harga pasaran dan pada masa yang sama Kerajaan akan mengelakkan kesan turun naik harga pam yang berlebihan (excessive volatility).
Sila rujuk notis Kementerian Kewangan Malaysia di artikel Harga Petrol RON95 / RON97 & Diesel untuk harga terkini.
Bolehkah saya menggunakan kuota BUDI95 untuk kegunaan kereta orang lain? Ya, anda boleh membeli BUDI95 untuk kegunaan mana-mana kereta berpendaftaran tempatan sekiranya anda layak dan mempunyai baki yang mencukupi.
Mengapa harga RON95 di pam lain daripada harga RON95 yang dicetak di resit? Harga yang dipaparkan di pam merupakan harga tanpa subsidi yang ditetapkan oleh mekanisme apungan harga (APM) manakala harga di resit (RM1.99/liter) merupakan harga BUDI95 (dengan subsidi Kerajaan). Harga di pam adalah harga untuk dibayar jika tiada subsidi BUDI95.
Bolehkah saya isi penuh dan bayar kemudian? Tidak. Sistem pembelian petrol BUDI95 menetapkan pembayaran dahulu sebelum anda boleh mengisi minyak agar harga minyak dibeli dan nilai baki BUDI95 yang digunakan jelas.
Jika kuantiti yang dibeli melebihi kapasiti kenderaan saya, adakah saya akan mendapat kembali lebihan jumlah baki BUDI95 yang ditempah? Ya, apabila anda membeli lebih dari jumlah yang diisi, baki amaun yang dibayar akan dipulangkan melalui cara pembayaran asal dan baki yang tidak digunakan akan dikembalikan kepada baki bulanan anda.
Adakah Kerajaan menetapkan sebarang had kuota BUDI95 pengisian minyak RON95 secara harian bagi rakyat di bawah BUDI95? Tiada sekatan dikenakan terhadap pengisian minyak lebih daripada sekali sehari. Namun begitu, Kerajaan akan terus memantau corak penggunaan dengan teliti untuk mengelakkan penyalahgunaan.
Adakah terdapat had pembelian BUDI95 dalam satu transaksi? Setiap pengguna yang layak akan mempunyai jumlah BUDI95 secara bulanan. Apabila anda membuat pembelian BUDI95, jumlah pembelian akan ditolak daripada baki kuota BUDI95 anda, tertakluk kepada had maksimum RM250 bagi setiap transaksi.
Sekiranya baki BUDI95 anda telah habis, sebarang pembelian minyak seterusnya akan dikenakan pada harga pam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kuota-budi95/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kuota-budi95