Kunjungi Tempat Menarik Dan Hotel Terbaik Di Penang


Assalamualaikum


Kunjungi Tempat Menarik Dan Hotel Terbaik Di Penang | Nak bercuti tapi pandemic Covid-19 buatkan aku terfikir apa jalan yang terbaik untuk melunaskan hasrat bercuti disamping nak release tension dan penat seharian bekerja perah otak dan keringat untuk kesejahteraan syarikat

Aku paling teringin nak bercuti ke Penang. Penang antara negeri yang aku belum pernah jejakkan kaki lagi. Tempat yang terkenal dengan tempat bersejarah, kaya dengan keindahan flora dan fauna dan juga dikatakan sebagai syurga makanan.
Jika korang mencari destinasi pelancongan yang mempunyai pantai pasir putih beserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, Penang adalah destinasi pelancongan yang terbaik.
1. Penang Hill
Penang Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Bendera adalah tempat yang wajib dikunjungi kerana menyimpan pelbagai sepsis flora dan fauna serta memiliki pemandangan yang indah.


Antara tempat menarik yang selalu dikunjungi ialah The Sky Walk. Disini korang bakal dapat menikmati pemandangan di atas bukit yang terbentang luas dengan pemandangan laut yang indah.
Selain itu, Love Lock atau terkenal dengan jambatan cinta juga menjadi pengunjung kerana disini boleh letak kunci berbentuk love di pagar.
2. Magic World Penang (Phantamania)

Rasai sendiri dunia penuh dengan magikal di depan mata. Kalau sebelum nie korang tengok pertunjukan magik melalui kaca tv, sekarang tidak lagi apabila korang kunjungi Magic World Penang.
Dunia magik ini seakan hidup apabila korang perlu lalui Lorong berliku atau ‘maze’ kaca. Selepas itu, korang akan menemui dan lalui lebih banyak ilusi optikal selepas berjaya keluar dari ‘maze’ kaca.
Lebih menarik apabila korang dapat menyaksikan pertunjukan magik. Sebelum pulang, korang boleh singgah ke kedai aksesori untuk membeli barangan magik yang jual disana.
3. Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang merupakan salah satu tumpuan para pelancong kerana ia menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang ditemui dan yang hampir pupus serta mempunyai ekosistemnya yang tersendiri.
Pengunjung juga berpeluang mendalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir, berbatu sehingga dataran lumpur, baya bakau dan hutan hujan tropical.
Kalau korang kaki mengembara dalam hutan, pastikan korang melawat tempat ini. Kerana ia terletak berhampiran dengan pantai Kerachut, ia juga sebuah tempat popular untuk memancing.
4. Taman Rama-Rama (Entopia)
Pelbagai jenis rama-rama yang berterbangan secara bebas sambil bersiar di taman yang dihias bunga berbagai warna. Tarikan yang mesra kanak-kanak sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil memupuk sikap cinta alam semulajadi.
Bukan itu sahaja, taman ini turut menempatkan banyak lagi serangga lain seperti kelip-kelip, pepatung, kumbang, mentadak dan banyak lagi haiwan invertebrata lain seperti kala jengking, labah-labah dan ulat gonggok.
5. The Top
Selain Jurassic Research Centre dan Rainbow Skywalk, sebenarnya terdapat banyak lagi tarikan menarik yang lain. Yang menariknya, kesemua tarikan ini berpusat di The Top yang merupakan taman tema indoor yang terbesar di Pulau Pinang.
Secara keseluruhannya terdapat 18 buah tarikan yang wajib korang lawati seperti 7D Discovery Motion Theater, Tech Dome Penang, Ocean Explorer, Penang Boutique Aquarium, The Gravityz, Penang State Gallery, UFO-X, Magic Mirror Maze, Zombie Outbreak, Dance Oki, Augmented Reality dan banyak lagi.
6. Pantai Batu Ferringhi
Penang sangat sinonim dengan Pantai Batu Ferringhi yang merupakan destinasi pelancongan yang paling popular terutamanya pelancong asing. Pantai peranginan ini mempunyai banyak aktiviti untuk diterokai bersama seisi keluarga seperti berkelah atau bersantai sambil melihat pemandangan indah terutamanya pada waktu matahari terbenam.
Selain itu, pelbagai permainan yang ditawarkan disini untuk dijadikan aktiviti sukan bersama keluarga seperti bermain jetski, banana boat, parasailing dan sebagainya.
Sekiranya korang bercuti ke Penang, terdapat beberapa hotel in Penang yang menarik sebagai destinasi penginapan. Korang boleh cari hotel seperti Hard Rock Hotel Penang, Park Royal Hotel Penang, Golden Sands Resort Hotel Penang dan sebagainya.
Hotel in Penang tersebut ini berhampiran dengan Pantai Batu Feringghi yang semestinya mempunyai pemandangan yang indah serta pelbagai restoran yang enak boleh didapati di sini.
7. Pasar Malam Batu Ferringhi

Kalau tadi ke Pantai Batu Feringghi, sebelah malam kita ke Pasar Malam Batu Ferringhi. Pasar Malam Batu Ferringhi merupakan salah satu lokasi yang digemari pelancong kerana terletak tidak jauh daripada pantai serta mempunyai banyak pilihan barangan cenderamata untuk dibawa pulang.
Antara jenis-jenis barang yang terdapat di sini ialah seperti kekunci, pakaian, barangan kraf serta pelbagai pilihan barangan untuk aksesori lelaki dan wanita. Rata-rata pengunjung akan ke sini untuk membeli barangan tersebut.
Apa paling best di sini, korang boleh tawar menawar dengan penjual untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah. Selain itu, terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman yang membolehkan korang menikmati waktu malam dengan makan-makan, cuci mata atau bershopping di sini.
8. Escape Theme Park

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat pelbagai aktiviti lasak (Adventure play) diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (Zip Lining), Atan Leap (Bungie Jumping) dan banyak lagi!


Dah puas dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh? Korang boleh meneruskan keseronokan dengan bermain di Waterplay nya yang padat dengan pelbagai permainan air. Sehari memang tak cukup!
9. Penang Street Art

UNESCO telah memberikan pengiktirafan bahawa Penang merupakan destinasi pelancongan kerana tarikannya yang cukup luar biasa. Penang menempatkan banyak bangunan bersejarah sehingga menghasilkan seni bina reka bentuk bangunan yang mengagumkan.
Penang Street Art juga menjadi salah satu lokasi tumpuan pengunjung yang mana menghasilkan banyak lukisan mural yang kreatif. Kebanyakan lukisan yang terdapat di sini menggambarkan personaliti kebudayaan di Penang dari sudut yang berbeza. Setiap lukisan yang dihasilkan mempunyai maknanya tersendiri. Lukisan-lukisan moral ini dihasilkan oleh pelukis terkenal dari Lithuania, Ernest Zacharevic pada suatu ketika dahulu.
Tempat ini menjadi tempat paling terkenal untuk berswafoto dikalangan penduduk mahupun pelancong untuk dijadikan sebagai kenangan.
10. Penang Avatar Secret Garden

Berswafoto bersama keluarga dan tersayang di dalam dunia ‘avatar’ di mana pokok-pokok di sekitar diterangi dengan cahaya yang penuh warna-warni yang sangat memukau pandangan.  Penang Avatar Secret Garden merupakan bandar satelit yang berkonsepkan cahaya lampu yang terletak Tanjung Tokong.
Apa yang menarik, tempat ini dikelilingi lampu LED yang digantung di pokok-pokok besar di atas bukit yang sangat menakjubkan. Selain itu, tempat ini berada berhampiran dengan pantai dimana pengunjung dapat menikmati angin pantai sambil makan atau bergambar di sekitar itu.
Walaupun tempat ini agak kecil, memang tidak dinafikan ia mempunyai persekitaran yang sangat cantik dan menarik sebijik macam cerita Avatar. Tidak sia-sia jika anda berkunjung ke sini ketika bercuti.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eyqahasnan.com/2021/01/kunjungi-tempat-menarik-dan-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Layan Tempat Tempat Menarik Di Penang

Jom Layan Tempat Tempat Menarik Di Penang

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 374 hits
Kebanyakan orang duduk di rumah sepanjang PKP ni tapi kerjaya Abam Kie ni mana boleh stop Abam Kie kena juga pergi ke sekolah dan mengajar calon calon SPM 2020 tu Selain daripada itu Abam Kie kena buat mengajar murid murid tingkatan 4 dan 5...
Penang S Equatorial Hotel On The Verge Of Closing

Penang S Equatorial Hotel On The Verge Of Closing

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 191 hits
The five star Hotel Equatorial Penang is said to be making preparations for closing down GEORGE TOWN The five star Equatorial Hotel Penang might be closing soon because of adverse business conditions caused by Covid 19 according to a letter...
Kakitangan Hotel Shangri La Penang Ditawarkan Vss

Kakitangan Hotel Shangri La Penang Ditawarkan Vss

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 308 hits
Shangri La Hotels Bhd yang dimiliki oleh hartawan Tan Sri Robert Kuok dilaporkan oleh The New Straits Times telah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela untuk dua harta tanahnya di Pulau Pinang kepada pekerja yang berminat untuk memohon Menurut...
Malaysia Tempat Ke 16 Terbaik Urus Covid 19

Malaysia Tempat Ke 16 Terbaik Urus Covid 19

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 271 hits
Meskipun dikritik oleh seorang pemimpin kanan DAP dengan mengatakan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah lemah dalam perang melawan COVID 19 Kajian telah meletakkan Malaysia di tangga ke 16 terbaik dalam pengurusan COVID 19 Inde...
Hotel Kos Rendah Mungkin Jadi Tempat Tinggal Pekerja Elak Kesesakan Kata Menteri

Hotel Kos Rendah Mungkin Jadi Tempat Tinggal Pekerja Elak Kesesakan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 210 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata beliau difahamkan pekerja mungkin ditempatkan di hotel satu atau dua bintang bagi mengelakkan penularan Covid 19 PETALING JAYA Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata hotel kos rendah mungkin dijadikan penginap...
Ini Cadangan Tun Mahathir Untuk Pilih Pemimpin Terbaik Untuk Mentadbir Negara

Ini Cadangan Tun Mahathir Untuk Pilih Pemimpin Terbaik Untuk Mentadbir Negara

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 283 hits
1 284 total views 1 284 views today Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan percaya pemimpin yang taat pada perintah agamanya adalah seorang yang layak untuk mentadbir negara dengan baik dan berkesan Bila seseoran...
Inilah Pekerjaan Terbaik Menurut Nabi Muhammad

Inilah Pekerjaan Terbaik Menurut Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 295 hits
Inilah pekerjaan terbaik menurut Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam Apa itu
Qalby App Mizz Nina Apps Solat Al Quran Arah Kiblat Waktu Solat Azan Dan Doa Terbaik Untuk Muslim

Qalby App Mizz Nina Apps Solat Al Quran Arah Kiblat Waktu Solat Azan Dan Doa Terbaik Untuk Muslim

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 721 hits
Qalby app aplikasi by yang telah dilancarkan sejak bulan Disember 2020 yang lepas Qalby app berkonsepkan gaya hidup Muslim terbitan Mizz Nina sendiri Ada e journal waktu solat arah kiblat Azan bacaan Al Quran Koleksi doa Qalby TV dan banyak...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever