Foto telur ayam dengan kuning telur berwarna hijau gelap telah tersebar di media sosial hari ini, membingungkan pakar veterinar dan masyarakat umum.
Untuk membuktikan dakwaannya, penternak muda itu menyiarkan video dirinya memecah telur ayamnya dan memang benar kuning telur tersebut berwarna hijau gelap. Baru-baru ini wartawan dan doktor haiwan dari seluruh India telah menghubunginya mengenai telur ayam peliharaannya yang aneh, bukan saja pakar, malah dia sendiri pun bingung memikirkan kejadian pelik itu.
Bermula Sembilan bulan yang lalu, Ak Shihabudheen pertama kali mendapati kuning telur dari ayam betina di ladang kecilnya bertelur dengan kuning telurnya berwarna hijau gelap, dan ini sangat mengejutkan Ak Shihabudhee. Beliau tidak makan telur itu. Semua telur ditetaskan. Dari enam ekor anak ayam yang menetas dari telur ayam induk, beberapa ekor dari mereka telah dewasa juga mulai bertelur dan kuning telurnya juga berwarna hijau.
Media India melaporkan bahawa pakar veterinar tertarik dengan kuning telur berwarna aneh. Pegawai dari Kerala Veterinary dan Animal Sciences University, mengunjungi ladang ayam Shihabudheen untuk melihat sendiri ayam dan telur daripada ayam-ayam ternakannya, dan mengambil sampel untuk dianalisis di makmal mereka.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |