Kunang Pesisir Morten


 Judul : KUNANG PESISIR MORTENPenulis : Raiha Bahaudin Penerbit : JIWATahun terbit : Cetakan pertama 2021Jumlah halaman : 233
Kunang Pesisir Morten, sebuah novel yang sudah lama saya tahu judulnya kerana ia telah pun diterbitkan buat kali pertama pada tahun 2015 oleh penerbitan Dubook Press. Pun begitu, baru sekarang saya membacanya setelah memiliki naskhah yang diberi nafas baru oleh rumah penerbitan JIWA. Kulit bukunya lebih segar dengan ilustrasi yang menggambarkan isi cerita - kisah persahabatan tiga kanak-kanak iaitu Adi, Dhiya dan Lim.

SINOPSISKunang Pesisir Morten membawa kisah persahabatan seorang kanak-kanak lelaki bernama Adi bersama seorang kanak-kanak perempuan genius bernama Dhiya dan kemudiannya menjadi trio dengan kehadiran Lim, seorang kanak-kanak lelaki berbangsa Cina dari kampung seberang sungai. 
Latar kisah novel ini bermula pada tahun 1984 di Kampung Morten, Melaka. Memetik kata-kata penulis (menerusi Adi selaku watak yang menceritakan kisah mereka) di awal bab bagi menggambarkan suasana Kampung Morten pada ketika itu :“Pada waktu ini, ketika ini, kau masih dapat melihat barisan tandas kayu perca bersusun hodoh di atas persisiran lumpur Sungai Melaka. Kami di sini sering berjalan tegak tanpa menoleh ke arah jamban kayu itu kerana berasa ngeri dan seram. Lebih malang lagi, kau tidak perlu mengintai pun untuk melihat mereka membuang air besar di celah lompong papan. Bahan buangan itu pasti sahaja akan mencebur masuk ke dalam sungai, terapung buat seketika sebelum melarut dan tenggelam.” - halaman 1.Kembara persahabatan mereka bertiga penuh warna-warni - suka duka, detik cemas, debaran dan nilai persahabatan. Paling indah, persahabatan mereka telah berjaya merapatkan jurang dua bangsa yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai.
Demi memenuhi impian Dhiya untuk memiliki tiub cat akrilik Rowney, mereka bersama-sama menjayakan jualan kuih cucur udang resepi ibu Adi dan popia nyonya resepi keluarga Chen. (Ah…saya pula yang terliur setiap kali perkataan cucur udang dan popia disebut-sebut dalam novel ini.)
Demi membebaskan Lim dari pertuduhan jahat, Dhiya sekali lagi menunjukkan sisi geniusnya bersama Adi dalam usaha mereka menjejaki pencuri sebenar barang pusaka Haji Ibrahim. Berjayakah mereka?
Bagaimanakah pengakhiran kisah persahabatan mereka bertiga

Isi novel Kunang Pesisir Morten
PERKARA MENARIK DI DALAM NOVELSepanjang pembacaan, terdapat banyak perkara menarik yang membuatkan karya oleh Raiha Bahaudin ini saya anggap hebat. Antaranya :Penulis menyelitkan fakta sejarah dengan gaya penceritaan yang santai. Antaranya, berkenaan penubuhan tabika KEMAS (halaman 27), sejarah keturunan Cina peranakan (halaman 100) dan sejarah jalan & bangunan di Melaka (halaman 157).Babak yang menggambarkan realiti hidup rakyat bawahan (halaman 56).Pengetahuan tentang pementasan opera Cina - jenis watak, maksud pemilihan warna kostum dan solekan (halaman 61).Pengetahuan asas lukisan (halaman 71).Ilmu bisnes (halaman 88).
KANAK-KANAK GENIUS?Ada kalanya saya sukar menerima kepintaran Dhiya anak jalanan berusia 9 tahun dalam menyelesaikan pelbagai persoalan, begitu juga kelicikan watak Tam (yang juga anak jalanan). Pemikiran skeptikal saya ini disangkal oleh penulis menerusi penjelasan berkenaan kanak-kanak pintar dengan bakat luar biasa pada halaman 202. Tersenyum sendirian saya ketika membaca perenggan tersebut yang seolah-olah ditujukan buat saya


KISAH BENAR ATAU SEKADAR FIKSYEN?Selesai membaca novel ini, saya tertanya-tanya adakah kisah ini diangkat dari kisah benar atau fiskyen semata? Ini kerana gaya penceritaan yang sangat jelas, seolah-olah ia benar-benar terjadi. Juga disertakan kepingan foto Kampung Morten sekitar tahun 80-an di hujung naskhah

Hasil carian saya menemukan jawapan penulis berkenaan soalan di atas. Kata beliau, “Jadi cerita itu benar atau fiksi? Ahh. Itu kau putuskan sendiri”.
Apa yang pasti, penulis memang membesar di Kampung Morten. Jadinya itu satu kelebihan buat beliau untuk menghasilkan penceritaan yang jelas, ditambah dengan keupayaan imaginasi serta pengetahuan luas dan penggunaan laras bahasa yang sedap dibaca. Maka hasilnya, lahirlah sebuah novel yang menurut saya luar dari kebiasaan novel yang ada di Malaysia. Ia mengingatkan saya kepada novel dari seberang karya Andrea Hirata - Laskar Pelangi


MENGAPA PERLU BACA NOVEL INI?Kunang Pesisir Morten, sebuah kisah yang berpijak di bumi nyata. Novel yang berisi - ada ilmu, ada kritikan sosial, ada semangat perpaduan antara kaum, ada harapan-harapan dan ada memori zaman kanak-kanak saya yang juga bebas bermain ke sana sini. Menikmati naskhah ini juga membuatkan saya mencari kebenaran fakta sejarah, skandal politikus dan mendengar lagu nyanyian David Bowie

Apa lagi mahu saya katakan? Kalian nikmatilah sendiri novel hebat ini! Tetapi suka saya ingatkan, cita rasa pembaca adalah berbeza. Jadi, bacalah apa-apa buku pun tanpa meletakkan sebarang jangkaan awal. Kalian baca, kalian buat penilaian sendiri

Seperkara lagi, tak sabar saya nak menonton supertele Pesisir Morten, hasil adaptasi novel ini. Walaupun katanya ada banyak perubahan cerita, tetapi sekurang-kurangnya dapat juga karya sebagus Kunang Pesisir Morten diangkat ke layar TV







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/10/kunang-pesisir-morten.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba