Kumpulan Syarikat Suria Klcc Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Dekorasi Indah Bak Empayar China Zaman Silam


KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM | Assalammualaikum semua! Ruby berasa beruntung sangat dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Sebab kita boleh sama-sama meraikan perayaan dari pelbagai bangsa dan agama. Ini adalah salah satu cara bagaimana kita menjaga keharmonian diantara satu sama lain. 
Di Malaysia, setiap perayaan utama diraikan dengan dekorasi indah di pusat membeli-belah. Ruby sangat menantikan dekorasi dari Suria KLCC sebab ini adalah lokasi kegemaran Ruby sejak kecil. 
Kini, giliran Ruby membawa keluarga dan anak-anak. Hehehe. Suria KLCC sentiasa tampil dengan dekorasi lain dari yang lain. Ruby suka dekorasi yang mereka telah buat. Ada taman bunga, pagoda, istana dan kombinasi warna semua cun. Macam dalam filem dan drama Dinasti tau


KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC MERAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN DEKORASI INDAH BAK EMPAYAR CHINA ZAMAN SILAM
Paling best adalah banyak tempat untuk bergambar. Sebagai pengunjung yang berkeluarga dan ada anak kecil, kami tak cukup masa untuk beratur untuk sekeping gambar. Sebab anak-anak pasti akan berlari kesana kesini. Hahaha. 
Ada pengunjung beranggapan terlalu serabut. Tetapi bagi kami, yayyy ada banyak tempat bergambar! Boleh simpan kenangan banyak-banyak. 
Suria KLCC menyambut kehadiran Tahun Baharu Cina seawal 7 Januari hingga 13 Februari dengan hiasan Istana Diraja China pada zaman silam

Dilhamkan dengan keindahan taman lanskap, Centre Court telah ditransformasi kepada sebuah Istana China zaman silam

Rekabentuk empayar yang gah itu turut tersedia hingga ke Aras 1 Ramlee Mall dan kesemua pintu masuk utama turut dihiasi mengikut tema bagi menjanjikan peluang berfoto yang strategik

 
Rekabentuk istana replika di Centre Court mirip zaman kegemilangan sejarah China yang dikenali dengan kemajuan, inovasi dan mahsyur dengan kegemilangan kebudayaan. Istana China Kuno ini telah direkabentuk semula dengan teliti dengan setiap perincian diberi penekanan termasuklah ukiran batu berbentuk singa simbolik pengawal empayar, astaka taman bercirikan senibina China, kolam keratai, dan tanglung indah yang bergantungan. 

Tidak ketinggalan pepohon Sakura yang ikonik di samping keindahan lanskap yang mampu menjadikan latarbelakang yang mengagumkan untuk setiap foto atau video yang diambil. Sudah semestinya pengalaman melalui halaman istana kuno ini mampu membangkitkan semangat perayaan. 
Di samping itu kesemua sudut yang dihias indah mampu diabadikan di dalam instragram, turut juga dilengkapkan dengan sebuah photobooth yang disediakan mesin pencetak untuk cetakan gambar kepada pelanggan untuk dibawa pulang dan dikongsikan bersama yang tersayang


Terdapat juga sajian pancaran visual bunga-bungaan interaktif di dalam Istana yang terletak di Centre Court bagi menggambarkan kedatangan musim bunga di Hemisfera Utara


Di perkarangan pusat membeli belah pula, replica pagoda yang tertinggi di Malaysia kembali tersergam di Esplanade KLCC. Penampilan terakhirnya pada 2020 telah berjaya meletakkannya di dalam Malaysia Book of Record sebagai replica pagoda yang tertinggi. Pelanggan dan pelawat pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama struktur yang berdiri megah ini.


Untuk menambahkan lagi keterujaan, pelanggan juga boleh menyaksikan tarian singa tradisional di Centre Court dan tarian Singa Akrobatik di Esplanade KLCC pada setiap hari Sabtu bermula sekarang hingga 30 Januari.

Bagi mereka yang gemarkan ‘terapi’ membeli-belah, ‘Suria KLCC’s Shoppers Reward Programme’ akan menghadiahkan baucar membeli belah bernilai RM100 dan set ‘Angpow’ Suria KLCC untuk mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1500. Bagi mereka yang berbelanja sekurang- kurangnya RM3,000 pula akan mendapat ganjaran merupakan skarf EP YAYING yg bernilai RM999 setiap satu di samping Baucar tunai EP YAYING bernilai RM168

 Ketika musim perayaan ini, Suria KLCC meneruskan tanggungjawab sosial korporat dengan pengumpulan dana untuk Program Kesedaran Kesihatan Mental melalui penjualan “Suria Ribbon Pin” yang bermula sejak 2021 lagi. Pelanggan digalakkan untuk menyumbang ke arah usaha murni ini dengan membeli pin tersebut pada harga RM10 setiap satu yang terdapat di Concierge Suria KLCC. Semua kutipan akan disalurkan kepada NGO yang menerajui program kesihatan mental ini.

PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA
Di Putrajaya pula, Pusat Membeli-belah Alamanda akan mengalu-alu kan kehangatan musim perayaan yang sama bermula 14 Januari hingga 6 Februari, di mana Centre Court Alamanda turut didekorasi dengan tema Istana DiRaja China. Centre Court dipenuhi dengan pohon Sakura yang disusun indah untuk membangkitkan semangat musim perayaan untuk diabadikan di dalam Instagram. Tanglung merah begemerlapan menghiasi laluan sepanjang North dan South Wings manakala bumbung ‘pushcart’ juga dihiasi dengan Ucapan Tahun Baharu Cina


Pada hujung minggu pula, pengunjung akan dihiburkan dengan tarian singa akrobatik yang juga akan mengedarkan limau mandarin kepada penonton. Ianya juga akan disusuli dengan pertunjukan Wushu. Pada masa-masa lain, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan instrumental alat muzik tradisional cina.

Untuk hiburan beterusan, terdapat juga pertandingan chopstik atau penyepit dimana pengunjung akan diuji dengan kebolehan menyepit kacang menggunakan chopstik. Ianya terbuka kepada lapan orang dewasa setiap sesi dimana 3 pemenang akan dipilih pada setiap sesi, dengan setiap seorangnya bakal menerima Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM30.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam tidak lebih 2 resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran berupa Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM 30 dan dulang makanan. Mereka yag berbelanja sekurang-kurangnya RM1500 dalam 2 resit dari kedai khusus berpeluang untuk memenangi lebih banyak ganjaran. Selain baucar fesyen dan dulang makanan, pembeli juga berpeluang memenangi samada Baucar Fesyen Alamanda bernilai RM60 atau ‘Jute Bag’.

Ahli VIKids yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur 5 hingga 12 tahun untuk aktiviti seni dan kraftangan secara percuma, seperti topeng muka dan puppet naga kertas.

Alamanda juga turut menzahirkan rasa prihatin dengan menjemput kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Sayang Kuala Lumpur & Selangor di Taman Kajang Perdana untuk lawatan ke Alamanda sambil menikmati makan tengahari dan menyaksikan pertunjukan tarian singa di Centre Court

MESRA MALL Di Kemaman pula, kempen Tahun Baharu Cina Mesra Mall berlangsung dari 10 Januari hingga 2 Februari, dimana mereka yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 di mana-mana kedai terpilih akan menerima ganjaran baucar membeli-belah bernilai RM20.



Pada Sabtu, 22 dan 29 Januari, pembeli akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan berkaitan Tahun Baharu Cina seperti tarian singa akrobatik dan persembahan dram, serta penampilan artis Aneka Wajah dan “Dewa Kemakmuran” di Centre Court.

Woksyop kraftangan Kipas Tangan daripada kertas juga akan diadakan untuk ahli VIKids. Pada yang bukan ahli, mereka juga berpeluang mengambil bahagian dengan mendaftar sebagai ahli dengan bayaran hanya RM50. Seramai 6 peserta diperlukan bagi setiap sesi untuk 16 sesi yang dijalankan.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, “Setelah tidak berpeluang untuk meraikannya lebih dari dua tahun sebelum ini, kami sangat berbesar hati untuk mengembalikan semula keriangan dan keceriaan bukan sahaja terhadap centre court di pusat-pusat membeli belah kami, tetapi juga kesemua pihak yang berkepentingan seperti peniaga, pelanggan dan masyarakat sekeliling. Tahun Baharu Cina adalah waktu terbaik untuk mengucapkan selamat kepada semua dengan harapan tahun-tahun mendatang yang lebih baik bukan sahaja untuk kami, tetapi untuk seluruh negara. Bagi pihak pengurusan, saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua dan menasihatkan semua untuk kekal selamat dan patuhi semua SOP.”


SURIA KLCC | ALAMANDA | MESRA MALL

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2022/01/kumpulan-syarikat-suria-klcc-meraikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dekorasi Tahun Baharu Cina Atau Untuk Sembahyang Bersih Kubur Warganet Soal Klcc

Dekorasi Tahun Baharu Cina Atau Untuk Sembahyang Bersih Kubur Warganet Soal Klcc

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 109 hits
Warganet meninggalkan komen lucu mengenai pemilihan reka bentuk seakan Qingming di KLCC PETALING JAYA Suria KLCC menerima kecaman dari warganet berikutan struktur dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli belah berkenaan yang kelihatan ...
Mb Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina

Mb Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 116 hits
MB Egg stra Ong Kembali Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina Assalamualaikum semua Wahh dia kembali gaisss Setahun sis menunggu kehadirannya sebab sis still tak boleh move on dengan keenakannya Ha mesti korang nak tau apa dia kan Yeahh yan...
Ceriakan Rumah Tahun Baru Cina Ini Dengan Peralatan Rumah Baru Dan Menangi Hadiah Bernilai Rm15 000

Ceriakan Rumah Tahun Baru Cina Ini Dengan Peralatan Rumah Baru Dan Menangi Hadiah Bernilai Rm15 000

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 120 hits
Menjelang Tahun Baru Cina semakin hampir ramai rakyat Malaysia sedang mempersiapkan rumah mereka untuk perayaan yang dinanti nantikan ini Inilah masa yang sesuai untuk menukar peralatan lama dan usang anda kerana Hisense sedang mengadakan p...
Marrybrown Egg Stra Ong Yang Lagi Power Dan Egg Stra Bahagia Khas Untuk Tahun Baru Cina

Marrybrown Egg Stra Ong Yang Lagi Power Dan Egg Stra Bahagia Khas Untuk Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 102 hits
Limpahkan kegembiraan dan keseronokan kepada orang tersayang dengan hidangan Egg stra Ong Lagi Power pada Tahun Baru Cina ini Marrybrown Egg stra OngAnda rindu dengan rasa keenakan sajian telur masin Marrybrown Usah risau Marrybrown mendeng...
Prn Lepas Tahun Baru Cina Elak Pengundi Pulang Dua Kali

Prn Lepas Tahun Baru Cina Elak Pengundi Pulang Dua Kali

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 80 hits
Rakyat Johor yang dilihat lebih matang berpolitik berbanding dua negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri seperti Melaka dan Sarawak sebelum ini Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin rakyat Johor...
Selamat Tahun Baru Cina 2022

Selamat Tahun Baru Cina 2022

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 144 hits
Seluruh Keluarga DELIMA SKBB5 ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina di Malaysia Jom kekalkan rasa saling hormat menghormati persefahaman dan perasaan kasih sayang dalam kalangan kita skbb5 ts25 ilovedelima
Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 91 hits
Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni Memang nampak sedap dan membuka selera Masak pula menggunaan udang bersaiz besar memang lagi puas hati Bagi anda ...
New Balance Menyerlahkan Semangat Harimau Sempena Tahun Baru Cina Ini Dengan Koleksi Berani Dan Unik

New Balance Menyerlahkan Semangat Harimau Sempena Tahun Baru Cina Ini Dengan Koleksi Berani Dan Unik

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 119 hits
NEW BALANCE MENYERLAHKAN SEMANGAT HARIMAU SEMPENA TAHUN BARU CINA INI DENGAN KOLEKSI BERANI DAN UNIK Assalammualaikum semua Jenama New Balance yang terkenal dengan produk pakaian gaya hidup aktif tampil dengan koleksi terbaru diinsipirasi d...
Ops Selamat 17 Tahun Baru Cina Polis Dilengkapi Peralatan Canggih Perangkap Had Laju Dari Dalam Kereta

Ops Selamat 17 Tahun Baru Cina Polis Dilengkapi Peralatan Canggih Perangkap Had Laju Dari Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 74 hits
January 27 2022 Ops Selamat 17 PDRM yang diumumkan bakal berlangsung bersempena perayaan Tahun Baru Cina 2022 akan membawakan beberapa pembaharuan Buat anda yang ingin pulang beraya anda perlu ambil tahu tentang hal ini Anda mungkin takkan ...
Kita Usaha Perbaiki Diri Dah Merasa Semua Kan Elite Reunion Di Hari Raya Abby Abadi Titip Nasihat Buat Sahabat

Najib Enggan Ulas Mengenai Dakwaan Berkahwin Baru Selesai Bicara Terus Balik Rumah

Digari Punca Tolak Palang Nk Masuk Rumah Ini Tindakan Terkini Awal Ashaari Elak Pengurusan B0doh

Tiba Tiba Najib Jadi Pendiam

Pengalaman Menginap Di Park Inn By Radisson Putrajaya Satu Yang Luar Biasa

Cosmoderm Skin Lab Luminous A Solusi Rawatan Wajah Hyperpigmentasi

Singapore Seizes 18kg Heroin In Car From Malaysia

Bukan Senang Nak Jadi Business Consultant



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bisik Bisik Gelora Slot Akasia TV3

Inilah Bulu Paling Mahal Di Dunia

5 Jenis Boss Yang Disayangi dan Dibenci Rakyat Malaysia

Info Penuh Program Mystery Ranking Show Malaysia Astro Warna 2022

5 Tabiat Memandu Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda


10 Most Common Wordpress Security Mistakes

50 Tahun Lee Dongwook Kongsi Ciri Wanita Idaman Bila Mahu Berkahwin

Eli Bekas Ahli U Kiss Kembali Bersama Bekas Isteri Kerja Kilang Demi Keluarga

Selamat Ed Sheeran Umumkan Kabar Bahagia Kelahiran Anak Kedua

Buat Sendiri Gummy Bear Guna 4 Bahan Je 6 Minit Dah Siap

26 Jam Mummy Dalam Hospital Anak Dah Setahun Ain Edruce Kongsi Momen Kelahiran Soraya