Kumpulan Orang Asli Gesa Batal Kelulusan Perlombongan Seluas 924 Padang Bola


MALAYSIAKINI 
Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai, Pahang mendesak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) membatalkan segera kelulusan kajian Impak Alam Sekitar (EIA) perlombongan lanthanide di Pos Lanai di Kuala Lipis, Pahang.
Pengerusinya Jeffry Hassan berkata, berdasarkan surat yang diterimanya semalam dia mendapati bahawa kajian yang dibuat bukan untuk satu lombong tetapi tiga lombong dengan jumlah keluasan 660 hektar.
660 hektar bersamaan dengan keluasan 924 padang bola.
EIA itu merangkumi perkampungan Orang Asli di sekitar hutan Jelai, tetapi tidak jelas berapa jumlah kawasan perlombongan yang dicadangkan adalah hutan.
Isnin lalu, Jeffrey menghantar surat membantah kebenaran menjalankan kajian di perkampungan Orang Asli untuk perlombongan elemen lanthanide itu kepada Jakoa di Kuala Lumpur.
Dia mendakwa rancangan perlombongan tersebut akan menyebabkan tanah nenek moyang mereka diceroboh, memusnahkan persekitaran dan membahayakan kehidupan ratusan keluarga di sana.
Digunakan secara meluas untuk tujuan industri dan saintifik, lanthanide adalah elemen yang sama yang diproses oleh syarikat nadir bumi Australia Lynas Corporation di Malaysia.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jakoa, Prof Dr Juli Edo menafikan telah meluluskan permohonan pihak ketiga untuk menjalankan kajian bagi tujuan perlombongan di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang.
Dr Juli berkata semua kelulusan aktiviti di kawasan hutan atau tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Jakoa tidak mempunyai kuasa meluluskan sebarang aktiviti itu.
Justeru, katanya, surat kebenaran bertarikh 17 Jun lalu yang dikeluarkan Jakoa untuk pihak syarikat memasuki kawasan perkampungan Orang Asli sekitar Hutan Jelai, Daerah Lipis adalah semata-mata untuk menjalankan kajian Impak Alam Sekitar (EIA).
Mengulas lanjut, Jeffrey sekali lagi menegaskan bahawa perlombongan kajian EIA itu harus dibatalkan.
“Komuniti Orang Asli tidak arif tentang implikasi kajian sedemikian dan hak-hak mereka dalam undang-undang .
“Inilah yang berlaku dalam kajian EIA Empangan Telom dulu oleh UiTM dimana kebanyakan Orang Asli menjawab mereka tidak mempunyai hak terhadap Wilayah Adat dan bersetuju dengan pembinaan empangan apabila ditanya berkenaan undang-undang hakmilik tanah,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Jeffrey, Jakoa juga tahu bahawa hampir semua batin di Pos Lanai tidak mewakili aspirasi Orang Asli di daerah itu.
“Perkara ini terbukti semasa perjalanan kes Mahkamah Empangan Telom di mana hanya satu batin menyertai saman mahkamah terhadap TNB pada masa itu.
“Justeru itu, jika Jakoa benar-benar ingin mendapatkan suara akar umbi, mereka harus mengiktiraf pelbagai perwakilan seperti kami, iaitu Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli, Pos Lanai,” tambahnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/kumpulan-orang-asli-gesa-batal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rektor Uic Klaim Turki Yunani Batal Perang Karena Usulan Dirinya

Rektor Uic Klaim Turki Yunani Batal Perang Karena Usulan Dirinya

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 265 hits
Profesor Sosiologi Musni Umar mendadak jadi bulan bulanan warganet setelah ia sesumbar terlibat dalam negosiasi perdamaian antara Turki dan Yunani yang terlibat konflik Musni dalam akun Twitternya musniumar mengutip sebuah berita tentang ba...
Konser Satu Dekade Kariernya Batal Karena Pandemi Raisa Ucapkan Permohonan Maaf Dengan Wajah Sendu

Konser Satu Dekade Kariernya Batal Karena Pandemi Raisa Ucapkan Permohonan Maaf Dengan Wajah Sendu

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 414 hits
Meski udah dipersiapkan sejak satu tahun yang lalu Raisa lebih mementingkan kesehatan dan keselamatan para penggemarnya
5916 Patut Batal Saja Semua Lesen Judi Ismaweb 09 09 2020

5916 Patut Batal Saja Semua Lesen Judi Ismaweb 09 09 2020

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 412 hits
BANGI 21 Muharram 1442H Rabu Sudah tiba masanya kerajaan dan pihak berkuasa tempatan membatalkan semua lesen perniagaan membabitkan aktiviti perjudian Bahkan pihak yang menyalahguna lesen berselindung di sebalik premis bagi melindungi kegia...
Mahkamah Persekutuan Putuskankan Pemecatan Musa Aman Oleh Tyt Sabah Menyalahi Perlembagaan Prk Sabah Batal

Mahkamah Persekutuan Putuskankan Pemecatan Musa Aman Oleh Tyt Sabah Menyalahi Perlembagaan Prk Sabah Batal

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 959 hits
Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menetapkan TYT Sabah Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Hj Mahiruddin telah membuat keputusan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan apabila beliau sebagai Tuan Yang Terutama Sabah memecat TS Musa ...
Pulau Pinang Batal Festival Perahu Naga Pesta Chingay Tahun Ini

Pulau Pinang Batal Festival Perahu Naga Pesta Chingay Tahun Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 428 hits
Pulau Pinang membatalkan semua aktiviti dan sambutan perayaan sehingga hujung tahun ini berikutan situasi semasa negara yang berdepan pandemik Covid 19 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin ...
Warga Asing Kena Dapat Kelulusan Untuk Menunaikan Solat Jumaat

Warga Asing Kena Dapat Kelulusan Untuk Menunaikan Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 252 hits
Sekiranya warga asing ingin menunaikan Solat Jumaat di semua masjid dekat Terengganu mereka perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu Walaupun JHEAT sudah membenarkan semua aktiviti agama diadakan kembali di semua surau dan masjid langkah...
Kerajaan Pn Batal Skim Rezeki Ternak Buat Penternak B40

Kerajaan Pn Batal Skim Rezeki Ternak Buat Penternak B40

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 191 hits
Pada 2 September 2020 kami dimaklumkan tentang pembatalan SKIM REZEKI TERNAK JPV 2020 menerusi satu surat yang dihantar kepada PPV Daerah di negeri Perak Skim ini merupakan cetusan idea oleh YB Dato Seri Salahuddin Bin Ayub mantan Menteri P...
Bam Tak Batal Piala Presiden

Bam Tak Batal Piala Presiden

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 151 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Badminton Malaysia tetap akan meneruskan saingan Piala Presiden yang bermula esok biarpun aksi Piala Thomas Uber 2020 di Aarhus Denmark ditunda Presiden BAM Tan Seri Mohamad Norza Zakaria berkata ia penting bagi memas...
Mahkamah Tolak Permohonan Pemandu Teksi Batal Warta Ltte Sebagai Pengganas

Mahkamah Tolak Permohonan Pemandu Teksi Batal Warta Ltte Sebagai Pengganas

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 429 hits
128 total views 128 views today KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan pemandu teksi V Balamurugan untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan Harimau Pembebasan Ta...
Rm2m Per Psc Subang Mp Moots Increased Allocation Under Budget 2026

Caning Should Return To Schools Under Strict Rules But That S My Opinion Pm

Govt To Speed Up Building Of Concrete Wall Along Thai Border

Makanan Glow Untuk Kulit Cantik Dari Dalam

Kl Lites Better Plan Wfh Lest Face Road Disruptions Anti Trump Protests In Asean Summit Run Up

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Sarawak Secured Largest Share Of Petronas S Spending In Past 7 Years Dewan Told

Komando Serang Masjid Rusila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gegar Vaganza 2025

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Dengan Bidara

Printing Kotak Packaging Lipmatte Custom Tambah Nilai Premium Pada Produk Anda

Apam Eno

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Pn Dah Tepu Itu Sebab Ngo Melayu Cari Umno Hidup Semula Mn Penganalisis