Kumpulan Etika
Etika. Bukan
tatasusila atau produk insuran yang ingan dibicarakan. tapi ianya nama sebuah
kumpulan rock yang wujud pada zaman kegemilangan muzik rock. Kumpulan Etika
mula ditubuhkan pada 1985 dan terdiri daripada 5 orang anggota antaranya Kaswan Arsat (vokal), Ahmad Bahtiar (gitar), Zain Azman (gitar), Mohd Razif Raihan (bass)
dan Jamaludin Abu Hasan (drum). Lagu hits kumpulan Etika sudah pastinya Jawapannya Padamu dan Bila Kasih Bertemu Cinta. Namun ramai peminat rock yang
kurang mengetahui bahawa nama asal Etika adalah Wasiat.
Band Wasiat
“Band Wasiat
sebenarnya sebelum itu dikenali dengan nama Flash, tapi vokalisnya orang lain
(Mohd Naufal) dan saya sendiri ada group yang baru nak merangkak di Jalan Travers. suatu hari mereka datang ke tempat saya practice lalu membuat tawaran
untuk join diaorang sebab kata mereka vokalis mereka dah keluar. Mereka ajak
saya jamming dan saya pun setuju,” kata Kaswan ketika mengimbau kembali
penglibatan awalnya bersama Wasiat.
Nama Wasiat
diambil sempena nama sebuah studio di Kompleks Wilayah yang menjadi lokasi
jamming mereka dan dikendalikan oleh Kaswan sendiri sebagai pekerja. Wasiat
menukar nama kepada Etika apabila mendapat tawaran merakamkan album di bawah
syarikat Happy Record pada tahun 1989. ini kerana tiada produser yang berani
bekerja dengan nama wasiat kerana pada mereka ‘wasiat’ hanya dikeluarkan oleh
orang mati. Pelik kerana orang islam percaya pada perkara-perkara seperti ini.
Di bawah Happy Record, Etika hanya merakamkan dua album iaitu Jawapannya Padamu (1990) dan Etika (1991).
Album pertama mereka diterbitkan oleh Kopratasa dan dirakamkan di Fantasia
studio.
Walaupun sebanyak
5 buah lagu mereka tidak diluluskan oleh RTM untuk siaran, tetapi jualan album
mereka menjangkau lebih 50 ribu unit dan melayakkan mereka memperoleh anugerah
cakera platinum.
Album pertama dan kedua Etika
Album kedua Etika
diterbitkan oleh Zulkif Headwind pada tahun 1991 dan dirakamkan di studio Channel Eleven. Walaubagaimanapun Kaswan tidak sihat semasa merakamkan album
kedua tetapi lagu dapat disiapkan mengikut masa yang diperuntukkan kecuali
lagu-lagu rancak yang memakan masa lebih pendek.
Kedua-dua album Etika
terjual hingga ke Singapura dan Brunei.
Etika, dari kiri Ahmad Bakhtiar, Jamaluddin Hassan, Kaswan Arsat, Zain Azman (sebelum menganggotai Blackrose) dan arwah Mohd Razif
“Selepas album
kedua, kami dah tak ambil peduli tentang album dan tak minta apa-apa pun dari
syarikat. Kami bawa haluan masing-masing, tapi kalau ada function, kita on,” jelas Kaswan yang mengakui ianya ada kaitan dengan konsep muzik yang sepatutnya
mereka bawa.
Seperti
kumpulan rock yang lain, Etika juga aktif membuat persembahan di majlis-majlis
kahwin, ekspo, funfair, majlis makan malam dan menjadi band pengiring kepada
artis lain. Antara show yang masih diingati sehingga kini ialah ketika
mengiringi Rohana Jalil, Roy dan Hana Yaacob pada hari keluarga sebuah kilang
di Stadium Darul Makmur.
Etika pernah
mendapat tempat keempat dalam pertandingan Juara Rock di ekspo Malaysia 30
tahun di Jalan Tuanku Abdul Rahman (sekarang Maju Junction) yang ketika itu dijuarai
oleh Loving Born.
Lagu mereka tidak
ketinggalan memasuki carta muzik-muzik tetapi cuma bertahan 2 minggu sahaja.
“Kami tak popular
kerana ketika itu XPDC melancarkan album pertama pada tarikh yang sama iaitu 3
september 1990. Tiada gosip dan cerita buruk yang pernah kami terima. Alhamdulillah..”
ujarnya.
Semestinya
sebagai bekas rockers banyak kenangan pahit dan manis pernah dilalui.
Kebanyakannya peristiwa lucu yang menghiburkan.
“Pernah ada
peminat yang meminta ciuman, tapi nasib baik masa tu iman kuat lagi. Kami
beritahu dengan baik, tak boleh,” cerita Kaswan.
“Ada satu kisah
yang tak dapat dilupakan iaitu di Tampin, Negeri Sembilan. Bila nak show saya
dilanda demam tapi dah confirm dengan tauke funfair. Saya takde suara nak nyanyi
tapi belasah jugak sampai sumbang mambang. Penonton tak baling telur dan objek
cuma mereka terpegun dan berlalu pergi main game..he..he..”
“Satu lagi kisah
di Kampar Perak. Hujan lebat sebelum kami sampai hingga tapak funfair jadi
lecak. penonton tak ramai. tapi ada seorang penonton yang menari dari mula
sampai habis show..rupa rupanya dia gila daa..”
Haha.. itu
macam pun ada. Banyak lagi pengalaman pahit manis yang mengundang gelak ketawa
dan kerinduan apabila diingati. Siapa yang tak rindukan zaman muda ye tak?
Etika tidak
pernah dibubarkan, cuma tidak aktif dan senyap begitu sahaja. Pun begitu jiwa muzik
masih kuat dalam diri setiap mereka. Masing-masing kini sibuk dengan tugasan
dan keluarga tersayang. Razif telahpun pulang ke rahmatullah kerana kerosakan
paru-paru.
Memang ada
cadangan untuk mereka kembali ke arena muzik. Tetapi segalanya terletak pada
ketentuan Allah. Semoga semuanya success dan sejahtera.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cicaktonjeng.blogspot.com/2012/08/kumpulan-etika.html