Kumbang Bunga Tercalon Di Indonesia Buktikan Irama Tradisional Terus Mekar


‘Kumbang Bunga’ Tercalon Di Indonesia, Buktikan Irama Tradisional Terus Mekar
SHAH ALAM, 7 November (Bernama) — Tatkala ramai menganggap irama tradisional hampir tenggelam di celah arus muzik moden, lagu Kumbang Bunga, hasil kolaborasi sulung Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersama-sama dengan bintang dangdut popular Indonesia Lesti Kejora, membuktikan sebaliknya.
Menampilkan gabungan irama Melayu, inang dan dangdut dalam nafas segar, lagu penyatuan dua budaya serumpun itu mencipta fenomena tersendiri apabila meraih lebih 1.3 juta tontonan di YouTube dalam tempoh kurang sebulan selepas dilancarkan.
Lebih manis, naskhah ciptaan duo komposer berbakat Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini turut tersenarai dalam tiga pencalonan di Indonesia Dangdut Awards (IDA) 2025 dalam kategori Lagu Dangdut Terpopuler, Video Klip Dangdut Terpopuler dan Duo/Duet/Kolaborasi Dangdut Terpopuler.
Melahirkan kesyukuran atas sambutan diterima, ibu kepada Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa Khalid ini menyifatkan pengiktirafan di peringkat serantau itu sebagai tanda penghargaan terhadap usaha berterusannya dalam memperkasa muzik tradisional yang semakin jarang diketengahkan.
“Saya rasa bersyukur kerana ia adalah satu kolaborasi yang saya dah rancang lama dan akhirnya jadi kenyataan. Alhamdulillah, kami dapat pencalonan untuk anugerah di Indonesia yang akan berlangsung pada bulan Disember nanti,” katanya kepada Bernama.
Ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, baru-baru ini, Siti Nurhaliza menyifatkan sambutan positif terhadap lagu dan albumnya bergenre tradisional membuktikan peminat masih menantikan karya berteraskan warisan budaya.
“Respons yang diterima daripada awal kita keluarkan single pun dah luar biasa. Nampaknya, ramai yang menantikan album dan nyanyian saya dalam lagu kontemporari dan tradisional.
“Saya harap album ini boleh pergi lebih jauh dan mendapat penerimaan sehebat Cindai, bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh nusantara,” kata penyanyi yang telah merangkul lebih 300 anugerah dalam dan luar negara sepanjang hampir 30 tahun dalam industri hiburan negara.
Gabungan irama Melayu, Inang dan Dangdut Mengulas mengenai konsep muzik lagu berkenaan, Biduanita Negara ini berkata penyatuan dua suara dan jiwa dalam Kumbang Bunga yang diterjemahkan menerusi gabungan nuasa Malaysia dan Indonesia ini, mengambarkan keunikan dua budaya penyanyi serumpun.
“Memang ada elemen dangdut dalam lagu itu tetapi ada juga irama Melayu dan Inang. Bahagian dangdut itu khusus untuk Lesti manakala elemen Inang dan nyanyian Melayu pula, lebih kepada saya. Itulah tujuan utama lagu duet ini,” jelasnya.
Berkongsi mengenai kerjasama dengan Lesti, anak kelahiran Temerloh, Pahang ini menyifatkan penyanyi dari seberang itu sebagai seorang yang mudah memberikan komitmen sepanjang proses rakaman dan penghasilan muzik video.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza turut sama menzahirkan penghargaan kepada peminat dari seluruh rantau yang terus menyokong kerjayanya termasuk dalam usaha memperkenalkan muzik tradisional ke peringkat antarabangsa.
“Peminat saya di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sudah menerima lagu-lagu yang saya keluarkan sebelum ini sampai sekarang. Sekarang dengan teknologi moden tidak ada batas, boleh didengar di seluruh dunia,” katanya.
Kumbang Bunga merupakan antara 10 lagu yang dimuatkan dalam album tradisional terbaharu Siti Nurhaliza berjudul Gema Bumantara, yang diluncurkan pada 28 Okt lepas, menjadi kesinambungan perjalanan seni penyanyi tersohor itu dalam memperkasa dan memperindah warisan muzik tradisional Melayu.
Sumber: Bernama
BACA: Siti Nurhaliza Dilantik Profesor Adjung UiTM
BACA: “Semua ikut menari”, Meriah Satu Petronas Bila Penyanyi Tabola Bale Tiba-Tiba Muncul
BACA: Siamang Hadir ‘Lapor Diri’ Di Bilik Guru Raih Pelbagai Reaksi
The post ‘Kumbang Bunga’ Tercalon Di Indonesia, Buktikan Irama Tradisional Terus Mekar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/07/kumbang-bunga-tercalon-di-indonesia-buktikan-irama-tradisional-terus-mekar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kumbang Bunga Trending Youtube Di 3 Negara Duet Siti Nurhaliza Bersama Lesti Kejora

Kumbang Bunga Trending Youtube Di 3 Negara Duet Siti Nurhaliza Bersama Lesti Kejora

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 276 hits
Original Content Lagu duet terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama bintang dangdut popular Indonesia Lesti Kejora berjudul Kumbang Bunga mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya menduduki carta trending YouTube di tiga negara serant...
Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 213 hits
Selepas kelahiran anak kelima saya mula alami masalah rambut gugur yang agak teruk Setiap kali mandi atau sikat rambut helaian jatuh tanpa henti Boleh jelas nampak rambut di lantai agak banyak terutamanya di bilik saya Mula mula saya fikir ...
Dah Mati Cerita Tamat The Resurrected Buktikan Sebaliknya

Dah Mati Cerita Tamat The Resurrected Buktikan Sebaliknya

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 245 hits
Drama Netflix terbaru iaitu The Resurrected merupakan drama terbaru 2025 bahasa Mandarin yang diarahkan oleh Hsu Chao jen Leste Chen Plot cerita berkenaan dengan dua ibu yang kehilangan anak dan ada yangs sampai anak koma serta seorang peni...
Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 318 hits
Showcase Jiwa Malaysia 2025 Malam Penuh Warna Irama Jiwa Anak Malaysia Assalamualaikum semua Pada 1 November 2025 lalu malam yang betul betul menyatukan jiwa muzik Malaysia Sis sempat ke Showcase Jiwa Malaysia 2025 di Dewan Sri Putra Bukit ...
Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

Presiden Indonesia Pm Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak Asean Esok

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 239 hits
Presiden Indonesia PM Thailand Tiba Di Malaysia Menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Esok SUBANG 25 Okt Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul tiba di Malaysia malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berk...
6 3 Quake Jolts Indonesia S East Nusa Tenggara No Tsunami Risk

6 3 Quake Jolts Indonesia S East Nusa Tenggara No Tsunami Risk

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 200 hits
JAKARTA A 6 3 magnitude earthquake struck Indonesia s East Nusa Tenggara province early Monday with no tsunami potential according to the country s Meteorology Climatology and Geophysics Agency as reported by Xinhua The quake occurred at 4 ...
Acha Septriasa Diumum Pelakon Utama Filem Munafik Versi Indonesia

Acha Septriasa Diumum Pelakon Utama Filem Munafik Versi Indonesia

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 354 hits
Unlimited Production dan Skop Production bekerjasama untuk mengadaptasi filem box office Malaysia arahan Syamsul Yusof ke versi Indonesia Pengarah Guntur Soeharjanto dipilih sebagai pengarah untuk versi Indonesia manakala pelakon Acha Septr...
Indonesia Gesa Asean Manfaat Rcep Perkukuh Perdagangan Indo Pasifik

Indonesia Gesa Asean Manfaat Rcep Perkukuh Perdagangan Indo Pasifik

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 211 hits
Indonesia Gesa ASEAN Manfaat RCEP Perkukuh Perdagangan Indo Pasifik KUALA LUMPUR 27 Okt Indonesia menggesa ASEAN memanfaatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau sebagai platform untuk memperkukuh daya tahan dan mempromosikan perdagan...
Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 269 hits
Kuih Abok Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai Hanya menggunakan bahan bahan yang ringkas kuih ini menjadi pilihan terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang Kalau dapat makan masa masih panas mema...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia

Penyanyi Malaysia Indonesia Bergabung Gegar Stadium Merdeka Januari Ini