Kumar Sanu Suara Di Sebalik Lagu Lagu Melodi 90 An Kini Di Malaysia Untuk Konsert Pertama




Kumar Sanu yang terkenal dengan lagu melodi Bollywood era 90-an kini berada di Malaysia untuk konsert pertama beliau pada malam ini. – Gambar fail
BUAT julung kalinya, peminat penyanyi latar Bollywood, Kumar Sanu bakal disajikan dengan persembahan konsert, ‘Kumar Sanu- Live In Malaysia’ yang akan dibawa oleh beliau pada malam ini di Plenary Hall, KLCC Kuala Lumpur.
Terkenal pada era 90-an sebagai “Melody King of Bollywood”, Kumar Sanu akan mempersembahkan keajaiban suara beliau secara langsung di hadapan beribu peminatnya. Beliau yang kini sedang menjelajah ke beberapa negara, berada di Kuala Lumpur sebelum meneruskan persembahan seterusnya di Singapura, diikuti Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam bulan-bulan akan datang.
Dalam satu pertemuan dengan media malam tadi, Kumar Sanu menyampaikan rasa keterujaan beliau untuk melangsungkan konsert pertama beliau di Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bangsa dan budaya.
“Saya gembira berada disini untuk konsert esok (hari ini). Saya menyimpan hanya yang terbaik untuk peminat saya yang terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya pada sidang media dan pertemuan dengan peminat.
Kumar Sanu, 67, terkenal dengan lagu balada romantik dan suara beliau telah membentuk satu gelombang dalam landskap muzik Bollywood era ‘90-an dengan karyanya masih terus bergema di hati peminat merentasi generasi.
Konsert malam ini dianjurkan oleh Rocking Rickshaw dengan kerjasama Cinestar Events Australia dan disokong oleh Genira Creative Productions.
Pengarah urusan Rocking Rickshaw, Anil Goswami, berkata malam muzik berprestij ini bertujuan untuk menghidupkan kembali kenangan indah dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan di pentas.
“Konsert ini adalah satu sambutan melodi yang telah membentuk sebuah era dalam dunia muzik. Ia dibawa untuk membangkitkan kembali nostalgia zaman kegemilangan Bollywood, menyatukan peminat lama dan baharu dalam kecintaan mereka terhadap lagu-lagu ikonik Kumar Sanu,” kata Anil.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang telah bekerja keras dalam usaha promosi sehingga hampir 90 peratus tiket telah terjual.
Anil turut memaklumkan bahawa konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan 24 lagu evergreen Kumar Sanu yang dipilih dengan teliti, termasuk sesi terbuka bersama penonton.
Kumar Sanu yang mengakui Malaysia sebagai negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi turut menjawab soalan mengenai penyanyi berbakat dari Malaysia, Kamal Chopra, yang pernah berduet dengannya menerusi lagu “Chadni”.
Beliau memuji beliau bakat Kamal Chopra dan akui beliau bersedia memberi peluang kepada bakat-bakat baharu dalam industri muzik.
Beliau juga menasihati bakat baharu supaya tidak mengharapkan kejayaan dalam sekelip mata, sambil berkongsi mengenai detik perubahan dalam kerjayanya menerusi kejayaan lagunya dalam filem “Aashiqui”.
Beliau berkata walaupun selepas itu, beliau terus berusaha memperbaiki dirinya.
“Masa, bakat dan tuah, ketiga-tiga ini penting untuk berjaya,” katanya memberi nasihat.
Kumar Sanu (nama sebenar Kedarnath Bhattacharya) ialah penyanyi playback lagenda India yang suaranya telah merakam ribuan lagu dalam lebih belasan bahasa, termasuk Hindi, Bengali, Marathi, Tamil, Telugu, Malayalam, Gujarati, Punjabi, Urdu dan bahasa ibundanya, Bengali.
Antara pencapaian beliau termasuk lima kemenangan berturut-turut Filmfare Awards for Best Male Playback Singer (1991–1995) dan Guinness World Record untuk jumlah lagu terbanyak dirakam dalam sehari, iaitu 28 lagu.
Beliau juga telah menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti “Mera Dil Bhi Kitna Pagal Hai” (Saajan), “Sochenge Tumhe Pyar” (Deewana), “Kuchh Na Kaho” (1942: A Love Story), “Tujhe Dekha Toh Yeh Jaana Sanam” (Dilwale Dulhania Le Jayenge), dan “Yeh Kaali Kaali Aankhen” (Baazigar).
Peminat boleh menjangkakan persembahan yang padat dengan lagu-lagu Bollywood terbaik beliau, kebanyakannya dalam bahasa Hindi, serta kemungkinan disertakan lagu-lagu popular terpilih daripada bahasa lain seperti Bengali dan Punjabi bagi meraikan legasi kepelbagaian bahasanya.



Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/15/kumar-sanu-suara-di-sebalik-lagu-lagu-melodi-90-an-kini-di-malaysia-untuk-konsert-pertama-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usm Dan Sandisk Lancar Makmal Inovasi Dan Automasi Industri Pertama Di Malaysia

Usm Dan Sandisk Lancar Makmal Inovasi Dan Automasi Industri Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 267 hits
Universiti Sains Malaysia dan Sandisk Corporation melancarkan USM Sandisk Centre of Innovation and Automation Lab di fasiliti Sandisk Batu Kawan Ia merupakan model University in Industry pertama di Malaysia yang menggabungkan kecemerl
Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia

Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 219 hits
Yeoh Li Tian Grandmaster Catur Pertama Malaysia Pemain catur nombor satu negara Yeoh Li Tian melakar sejarah baharu buat Malaysia apabila berjaya melengkapkan norm terakhir untuk meraih gelaran Grandmaster sekali gus menjadi Grandmaster cat...
Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 2208 hits
Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam Cerita Di Sebalik Lagu Dalam Diam Lagu ini lahir dari ruang sunyi yang sering kita sembunyikan senyuman yang menutup runtuhan kata kata yang tidak terluah Ia bukan sekadar melodi ia adalah cerita seorang in...
Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 622 hits
Peserta asal Kota Kinabalu Sabah Didie Shazry dinobatkan sebagai juara sulung program Raise The Star Malaysia Mendendangkan lagu Melompat Lebih Tinggi dan single pertamanya ciptaan Ainai Abdul berjudul Pegang Hati membolehkan Didie berjaya ...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 3234 hits
Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan kesejahteraan sosial dan keadilan Konsep Malaysia MADANI melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani mer...
Kompilasi Lagu Patriotik Malaysia Perpaduan Patriotisme

Kompilasi Lagu Patriotik Malaysia Perpaduan Patriotisme

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 272 hits
Terokai kompilasi lagu patriotik Malaysia yang menyemarakkan semangat kebangsaan dan perpaduan Jalur Gemilang Tanggal 31 Saya Anak Malaysia 2020 Keranamu Malaysia Joe Flizzow Altimet SonaOne Faizal Tahir Negaraku Nyalakan Tekad Lima Prinsip...
Malaysia Kini Ekonomi Islam Terkuat Di Dunia

Malaysia Kini Ekonomi Islam Terkuat Di Dunia

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 580 hits
HarapandailyAugust 16 2025Malaysia mencipta rekod cemerlang apabila meraih kedudukan teratas sebagai ekonomi Islam terkuat dunia bagi tahun ini Negara kita mencatatkan pencapaian skor indeks yang mengagumkan iaitu 165 1 menurut Indeks Ekono...
Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia

Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 276 hits
Sunway Lagoon Lancar Coaster Air Hibrid Pertama Malaysia KUALA LUMPUR 4 Ogos Sunway Lagoon telah memperluas rangkaian tarikan ikoniknya dengan pelancaran Wild Chase Water Coaster iaitu gelongsor air hibrid pertama di Malaysia yang menggabun...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang