Kullu Kheir Semuanya Baik Baik Saja


KULLU KHEIR, semuanya baik-baik saja. Gambar adalah ubahsuai dari canva.com
Dikisahkan ada seorang raja yang mempunyai seorang pembantu (pemuda) yang sangat dikasihinya. Pembantunya itu kebiasaannya dalam apa jua keadaan, sering berkata atau membalas kata-kata dengan perkataan :"KULLU KHEIR" yang bermaksud semuanya baik-baik saja

Pada suatu hari, raja mengajak pembantunya ini pergi memburu kerana memburu adalah kesukaannya. Sedang asyik mencari mangsa buruan, si pembantu itu ternampak lalang atau rimbunan pohon belukar bergoyang-goyang memberi tanda ada sesuatu dibaliknya. Lantas tanpa berlengah si pemuda itu pun melepaskan panahnya. Serentak dengan itu terdengarlah suara jeritan

Rupa-rupanya yang menjerit itu adalah sang raja. Raja lantas keluar dari tempat persembunyian itu dan menjerit, "Siapa yang punya angkara ini?" Si pemuda tersebut ketakutan, namun tetap saja yang dijawabnya. "Saya. Kullu kheir."
Raja merasa sangat marah. Apatah lagi bila panah tersebut menyebabkan baginda kehilangan satu jarinya. "Apa yang kheir?" tanya raja dengan marah. Raja tersebut akhirnya dengan rasa sangat marah, memerintahkan agar pembantunya itu dipenjarakan. Meringkuklah si pemuda itu di dalam penjara

Setahun berlalu, raja merasa rindu untuk berburu lagi. Lantas diperintahkan agar dipersiapkan segala kelengkapan berburu dan sekumpulan pengawal untuk mengiringnya. Namun, kali ini tanpa si pemuda tersebut sebab pemuda itu masih menjalani hukumannya di penjara

Maka, pergilah raja bersama kumpulan pengawal dan pengiringnya. Kerana terlalu asyik berburu, tanpa raja sedari, baginda sudah terpisah jauh dari pengawal dan pengiringnya sehingga baginda sudah termasuk ke kawasan orang asli yang makan orang iaitu orang kanibal. Bahkan lebih menakutkan, rupa-rupanya raja sudah pun termasuk perangkap mereka. Lantas raja pun dibawa ke kurungan bersama tawanan lain

Setiap hari para tawanan diberi makanan yang enak dan banyak dengan tujuan supaya tubuh mereka gemuk sebelum mereka dimasak dan dimakan oleh kaum kanibal tersebut. Seorang demi seorang selamat menjadi lauk. Suatu hari sedang mereka memilih-milih tawanan yang ingin dijadikan lauk untuk hari itu, seorang dari mereka terpandang raja tersebut

"Ini! Ini badannya tegap gemuk, kulit halus, pasti enak kalau dijadikan lauk kita hari ini!" Mereka akhirnya sepakat membawa raja tersebut keluar untuk disiang. Sebelum itu, mereka memeriksa seluruh tubuh si raja. Tiba-tiba seorang dari mereka menjerit, "Jarinya kurang satu! Dia cacat!"
Mereka mempersembahkan hal tersebut kepada ketua mereka, lantas dengan segera ketua mereka berkata, "Lepaskan dia! Lepaskan dia! Bagi kita, dia itu pembawa malang! Sial kita nanti dibuatnya!" Maka dilepaskanlah raja tersebut. Raja tersebut tercengang dan terus tanpa berlengah-lengah lagi melarikan diri dari tempat tersebut

Sesampainya raja di istananya, tiba-tiba baginda teringat kepada pemuda si pembantu yang sangat dikasihinya itu, maka segera diperintahkan kepada pengawal supaya melepaskan pemuda tersebut dan membawanya mengadap baginda. "Kullu kheir. Ya, kalau tak kerana jari beta putus disebabkan panah kamu, tentu saja beta sudah dijadikan lauk oleh sekumpulan kanibal. Maafkan beta sebab menyumbat kamu di dalam penjara."
Pemuda tersebut seraya menjawab, "Oh tak mengapa, Tuanku. Tak mengapa, kullu kheir!" Raja jadi pelik. "Kenapa pula kamu meringkuk dipenjara tapi tetap saja kullu kheir (semuanya baik-baik saja)?"
"Jika Tuanku memaafkan patik sejak mula dan tak menyumbatkan patik ke dalam penjara,  sudah tentulah semasa Tuanku keluar berburu kelmarin patik akan ikut dan tertangkap sekali. Tuanku terlepas kerana jari Tuanku cacat, tapi patik tak dan pastilah patik yang akan menjadi lauk mereka hari itu. Makanya, walau patik dihukum di penjara tapi kullu kheir!"
Masya'Allah

Kredit penulis asal. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2022/12/kullu-kheir-semuanya-baik-baik-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Kata Apa Lena Saja Pandai

Jangan Kata Apa Lena Saja Pandai

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 212 hits
Tolong jangan troll pakcik kat tengah yang tengah tidur tu Kesianlah kat dia Dia dapat insomnia tu semenjak 24 11 Tak boleh nak tidur malam Ada la tu yang dia fikirkan tiap malam tu Kesiaaannn dia Guane boh
Siapa Yang Mungkin Tak Sokong Usul Percaya Mudah Saja Diteka Orangnya

Siapa Yang Mungkin Tak Sokong Usul Percaya Mudah Saja Diteka Orangnya

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 143 hits
Berdasarkan sokongan mengikut parti jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sekarang ialah seramai 148 orang Ia merangkumi daripada PH berjumlah 82 BN 30 GPS 23 GRS 6 Warisan 3 KDM 2 PBM 1 dan Bebas 1 k...
Rasa Kebas Tangan Kaki Cuba Buat Air Ini Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Saja

Rasa Kebas Tangan Kaki Cuba Buat Air Ini Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Saja

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 184 hits
Masalah kebas kaki dan tangan antara amaran awal gangguan saraf Jika ada tanda tanda seperti ini jangan abaikan Kebiasaannya faktor pekerjaan yang berulang seperti menaip memasak duduk terlalu lama trauma akibat kemalangan jatuh atau kesan ...
Bagaimana Cara Steril Kucing Dan Apa Saja Manfaatnya

Bagaimana Cara Steril Kucing Dan Apa Saja Manfaatnya

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 127 hits
Jika Anda khawatir tentang kehamilan yang tidak diinginkan atau penularan penyakit tertentu pada kucing Anda Anda harus mempertimbangkan untuk steril kucing Anda terutama jika berkeliaran di luar rumah atau jika Anda memiliki lebih dari sat...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co