Siapa Yang Mungkin Tak Sokong Usul Percaya Mudah Saja Diteka Orangnya


 
Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sekarang ialah seramai 148 orang.
Ia merangkumi daripada PH berjumlah 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, KDM 2, PBM 1 dan Bebas 1 kerusi.
Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang merupakan blok pembangkang.
Dengan memiliki jumlah sokongan sebanyak 148 daripada 222 kerusi Parlimen keseluruhannya, bermakna Anwar cukup-cukup mencapai garisan dua pertiga majoriti dalam kerajaan yang dipimpinnya.
Jika semua Ahli Parlimen parti-parti yang membentuk kerajaan setia kepada keputusan parti masing-masing, maka undi yang akan diperolehi oleh Anwar dalam usul percaya di Parlimen esok adalah 148.
Pun begitu, dalam proses pembentukan kerajaan selepas PRU15 baru-baru ini, dikatakan seramai 10 Ahli Parlimen BN telah menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.
Dua daripada mereka bagaimanapun telah bertemu dengan Anwar di Pejabat Perdana Menteri, baru-baru ini.
Kedudukan mereka yang selebihnya itu masih misteri ketika ini – sama ada masih menyokong Mahiaddin atau turut akur dengan keputusan UMNO/BN yang memilih bersama PH membentuk kerajaan perpaduan.
Lebihan 20 Ahli Parlimen BN yang lain adalah mereka yang bersama dengan apa juga keputusan parti, setia kepada Ahmad Zahid Hamidi dan pasti akan menyokong usul percaya terhadap Anwar.
Kiranya 10 atau mungkin 8 Ahli Parlimen BN yang sebelum ini menyokong Mahiaddin itu tidak mengundi Anwar dalam usul percaya esok, maka undi yang diperolehinya dalam usul percaya tersebut akan berkurangan kepada sama ada 138 atau 140.
Jumlah kedua-dua itu bagaimanapun masih melepasi garisan 112 iaitu jumlah majoriti paling minima yang diperlukan untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.
Ahli Parlimen daripada gabungan parti lain boleh dikatakan tidak diragui kesetiaannya kerana mereka secara umumnya akur, taat dan setia kepada ketetapan parti atau ketua masing-masing.
Apabila parti masing-masing sudah membuat ketetapan menyokong Anwar dan akur terhadap titah Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan, mereka biasanya tidak akan berpaling lagi daripada pendirian yang telah dimuktamadkan itu.
Boleh dijamin 100 peratus mereka daripada gabungan selain BN itu akan menyokong Anwar dalam usul percaya yang akan dikemukakan esok.
Jadi, sementara kemenangan memang boleh dikira sudah terjamin buat Anwar, persoalan yang timbul sekarang ialah apakah undi yang diperolehinya berjumlah 148 iaitu melepasi dua pertiga atau kurang daripada itu.
Kalau berjaya 148 undi diperolehi, maka stabillah kerajaan yang terbentuk untuk lima tahun mendatang ini.
Meskipun jika undi yang diperolehi kurang daripada 148 itu tidak menjejaskan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri, risiko lebih besar sebaliknya ialah kepada mereka yang tidak mengundi mengikut ketetapan parti itu.
Kalau pun identiti mereka tidak diketahui oleh semua orang, ketua parti berkenaan tentu boleh mengenalpasti siapa di kalangan Ahli Parlimennya yang tidak mahu akur dan setia kepada keputusan parti itu.
Akhirnya, kalau pun dengan tidak mengundi usul percaya itu tidak menyebabkan kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen tergugur, ketua parti berkenaan tentu lebih arif untuk menguruskan mereka selanjutnya.– ShahbudinHusin 18/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/siapa-yang-mungkin-tak-sokong-usul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haniff Khatri Mou Sokong Usul Percaya Tidak Berperlembagaan Ketua Ketua Parti Mungkin Terdedah Siasatan Jenayah

Haniff Khatri Mou Sokong Usul Percaya Tidak Berperlembagaan Ketua Ketua Parti Mungkin Terdedah Siasatan Jenayah

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 193 hits
The Third Force Sesiapa sahaja yang mempengaruhi atau menghalang seorang ahli Dewan Rakyat daripada melakukan sesuatu yang dia berkuasa untuk lakukan boleh dianggap melakukan jenayah yang boleh dihukum sampai ke tempoh tujuh tahun di penjar...
Mp Umno Bn Masih Boleh Tentang Undi Percaya Usul Kerajaan

Mp Umno Bn Masih Boleh Tentang Undi Percaya Usul Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 249 hits
agendaily com17 12 2022Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Ahli Parlimen yang sekarang ini berpihak kepada kerajaan PH UMNO pimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menentang usul termasuk undi perc...
Usul Percaya Lulus Dengan Undian Suara Anwar Kekal Pm

Usul Percaya Lulus Dengan Undian Suara Anwar Kekal Pm

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 188 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 19 2022 6 32 PMUsul undi percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim lulus dengan undian suara petang ini Keputusan itu dicapai setelah speaker Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi Dengan kepu...
Umno Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuh Parti Kata Zahid

Umno Terima Apa Saja Usul Untuk Perkukuh Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 198 hits
UMNO akan menerima nbsp apa sahaja usul untuk dibawa ke Perhimpunan Agung yang akan datang selagi mana ia nbsp dapat memperkukuhkan parti kata nbsp Presidennya Ahmad Zahid Hamidi Beliau yang juga nbsp timbalan perdana menteri nbsp berkata n...
Usul Undi Percaya Anwar Mahu Pimpin Negara Dengan Mandat Jelas

Usul Undi Percaya Anwar Mahu Pimpin Negara Dengan Mandat Jelas

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 209 hits
malaysiakini comDiterbitkan Dec 11 2022 8 18 PMPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti ahli ...
Anwar Lepasi Usul Undi Percaya Peroleh Sokongan Majoriti Jadi Pm

Anwar Lepasi Usul Undi Percaya Peroleh Sokongan Majoriti Jadi Pm

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 169 hits
Nora MahparKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Tambun Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai perdana menteri ke 10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini Usul undi percaya itu diluluskan dengan undi...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Doa Dipermudahkan Urusan

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Dior188

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas