Kula Segaran Bertindak Kebudak Budakan Perlu Disekolahkan Cara Jadi Menteri Mtuc



Oleh: Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor  

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) amat terkilan dengan tindakan terbaru Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran melontar tuduhan dan kritikan melulu terhadap Setiausaha Agung MTUC, J Solomon.

Perlakuan tidak senonoh itu adalah untuk membalas tindakan Solomon menggesa Kula Segaran mendapatkan penjelasan mengenai laporan media bahawa Malaysia merancang mengambil masuk sehingga 150,000 warga Pakistan untuk bekerja sebagai pegawal keselamatan.

Desakan Solomon itu dibuat bersandarkan kedudukan Kula Segaran sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas sektor buruh, termasuk buruh asing di negara ini.

Berdasarkan kedudukannya itu, sudah pasti menjadi tanggungjawab Kula Segaran memperolehi penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri secara terus atau menerusi mesyuarat Kabinet mengenai laporan media berkenaan yang memetik sumber rasmi iaitu Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia.
UMMAH Tuntut PM Pecat Waytha, Kulasegaran Demi Keadilan Buat AdibMenteri ‘Terkejut’ Timbalan Umum Pameran Firaun Sempena Tahun Melawat MalaysiaGesaan itu menjadi intipati kenyataan Solomon pada 12 Feb lalu. Selain itu, Solomon telah juga menzahirkan kebimbangan mengenai risiko keselamatan jika laporan itu benar dan limpahan warga asing berpendidikan rendah diamanahkan mengawal aset awam, kawasan perumahan dan harta benda lain.

Sayugia diingatkan bahawa kenyataan Solomon itu disiarkan selepas Kula Segaran berkata laporan media itu perlu dirujuk kepada KDN dan ia tiada kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia. Kenyataan Solomon juga dikeluarkan sebelum KDN mengulas laporan media berkenaan.

Malangnya semalam (13 Feb) Kula Segaran “menyerang” Solomon dengan kata-kata tidak senonoh,
yang sekali lagi mendedahkan beliau sebagai seorang menteri yang tidak boleh menerima cadangan atau teguran membina.

MTUC berpendapat bahawa Kula Segaran sepatutnya tidak bermasalah untuk memberi komitmen mendapatkan gambaran atau penjelasan lanjut daripada agensi/kementerian mengenai laporan media mendakwa ribuan warga Pakistan berkemungkinan dibawa masuk menjadi pengawal keselamatan di Malaysia

Tidak salah untuk Solomon mencadangkan sedemikian dan sudah tentu tidak salah untuk menteri berusaha mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu pekara yang amat berkait rapat dengan bidang kerja kementerian yang di pimpinnya.
Koronavirus: Menteri Pertikai Masjid Putra Ditutup Dari Kunjungan Pelancong AsingTular Foto Menteri Merokok Di Kawasan Larangan Bermotif Cemar Imej Menteri – SU AkhbarSebaliknya, Kula Segaran bertindak kebudak-budakan apabila rata-rata menolak cadangan MTUC itu dan sebaliknya menyerang keperibadian Solomon dengan kata-kata kesat yang tidak masuk akal, dan kosong dari segi fakta.

Adalah jelas Kula Segaran perlu disekolahkan mengenai cara-cara menjadi seorang menteri bertanggungjawab, terbuka kepada kritikan membina dan paling penting, berbudi pekerti.

Kula Segaran amat memerlukan persekolahan ini kerana MTUC mendapati beliau semakin “liar” dan ghairah membidas pemimpin kesatuan yang tidak sehaluan atau bersependapat dengan beliau. MTUC sering menjadi sasaran tidak adil ini.

MTUC juga ambil maklum bahawa Kula Segaran sekian lama bertindak memadam dan “menyekat” apa sahaja kritikan terhadap kenyataan orang ramai dan warga pekerja di laman Facebook beliau.

Semua ini memaparkan beliau semakin angkuh dan membelakangkan luahan dan perasaan pekerja mahu pun peka terhadap kebajikan mereka.

Apa pun, selaku presiden MTUC , setiausaha agung saya, Solomon dan pemimpin lain akan terus bersuara lantang dalam isu yang melibatkan kepentingan pekerja serta rakyat di negara.

Kami menggesa Kula Segaran supaya lebih matang dan ikhlas apabila berdepan dengan cadangan atau teguran kami kerana ia dibuat dengan niat baik.

Sejauh mungkin kami mengelak daripada mengkritik menteri kecuali jika perlu.

Oleh kerana itu, MTUC “diam” dan menerima penjelasan Kula Segaran bahawa PERKESO boleh bertindak tanpa pengetahuannya apabila membekukan permohonan baru untuk rawatan dialisis percuma bagi pencarum tertentu.

Ini juga mendedahkan kelemahan atau kepincangan menteri dalam mengurus agensi di bawah bidang kuasanya.

Justeru, bukan kami di MTUC yang memerlukan sebarang persekolahan, tetapi Kula Segaran sendiri perlu meningkatkan tahap kecekapan dan kemampuan beliau mengurus Kementerian Sumber Manusia.

Apa pun, kami gembira kerana hasil teguran kami dan rakyat amnya, PERKESO memulihkan kemudahan dialisis itu seperti sebelumnya.

Apa yang kami harapkan ialah Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran tidak cepat melatah dan terbuka dan menghormati hak dan perjuangan pemimpin kesatuan sekerja yang mendokong dan melaksanakan amanah.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kula-segaran-bertindak-kebudak-budakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menteri Teten Dorong Umkm Beri Sumbangsih Besar Bagi Ekonomi

Cara Menteri Teten Dorong Umkm Beri Sumbangsih Besar Bagi Ekonomi

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 307 hits
Menteri Koperasi dan UKM Teten Masduki mengatakan saat ini pengusaha UMKM mendominasi perekonomian nasional Hanya saja tidak banyak menyumbang PDB Pengusaha yang dominan kan UMKM yang besar itu cuma 0 01 persen kata Teten di Museum Bank Ind...
Cara Mencegah Iphone 6 Tidak Boleh Bengkok

Cara Mencegah Iphone 6 Tidak Boleh Bengkok

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 370 hits
IPhone 6 sering digambarkan sebagai peranti yang terdedah bengkok Itulah mengapa pemilik akaun PeripateticPandas di Youtube menunjukkan cara ekstrem untuk mencegah iPhone 6 bengkok Pemilik akaun tersebut melubangi iPhone 6 pada kedua dua si...
Cara Rambut Badannya Di Sental Keadaan Bilik Air Buat Anak Jadi Takut Bukan Anak Tak Suka Mandi

Cara Rambut Badannya Di Sental Keadaan Bilik Air Buat Anak Jadi Takut Bukan Anak Tak Suka Mandi

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 517 hits
Ramai ibu hairan bukankah bayi manusia telah hidup selama 9 bulan di dalam air Jadi mengapa ada bayi yang takut mandi Enam Sebab Anak Takut Mandi 1 Posisi Badan yang Tak Selesa Di dalam rahim bayi duduk dengan kedua tangan dan lutut yang ra...
Cara Mudah Dan Murah Buat Sushi

Cara Mudah Dan Murah Buat Sushi

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 406 hits
Homemade Sushi sebenarnya senang nak buat Ramai orang ingat nak buat sushi ni susah Kalau tahu buat sendiri memang dapat jimat banyak tau Nak buat sushi ni barang barang dan bahan saya beli di Lazada je Nanti saya bagi nama dalam resepi han...
Ilmuwan Temukan Cara Lolos Dari Kiamat

Ilmuwan Temukan Cara Lolos Dari Kiamat

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 201 hits
Para ilmuwan Amerika Serikat dan Rusia berupaya menemukan cara agar lolos dari kiamat Yang dimaksud kiamat di sini adalah ketika dua negara yang berseteru sejak Perang Dingin ini menggunakan senjata nuklir untuk memulai perang Salah satunya...
Rahsia Cara Buat Duit Untuk Student

Rahsia Cara Buat Duit Untuk Student

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 508 hits
Apakah Tips Panduan Bagaimana Rahsia Cara Buat Duit Untuk Student Artikel ini Paksu ingin kongsikan bagaimana caranya dan rahsia The post appeared first on
8 Cara Menumbuhkan Rambut Yang Cepat Dan Mudah Dengan Alami

8 Cara Menumbuhkan Rambut Yang Cepat Dan Mudah Dengan Alami

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 261 hits
Bisa jadi sebenarnya kulit dan tubuh Anda membutuhkan bahan alami untuk mengatasi menumbuhkan rambut
Zaman 2020 Kenapa Isi Minyak Cara Lama Guna Setel Sahaja

Zaman 2020 Kenapa Isi Minyak Cara Lama Guna Setel Sahaja

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 633 hits
Anda masih lagi ker keluar kereta dan berbaris panjang untuk membayar minyak di stesen minyak Kalau masih macam tu anda masih tidak di zaman 2020 kerana sekarang pembayaran minyak semudah klik dan juga boleh terus boleh pam Tapi hanya untuk...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah