Kukuhkan Ekonomi Bukan Demontrasi Sia Sia Begini
Utamakan agenda kukuhkan ekonomi – Presiden PAS
KL: PAS menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS mengharapkan kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan baharu ini lebih mengutamakan agenda bagi memulihkan ekonomi.
“Selain itu, merapatkan jurang kaya miskin, meningkatkan tahap pendidikan, dan pembangunan seimbang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, seterusnya menjaga prinsip Federalisma dengan Negeri-Negeri,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia menjaga keharmonian dan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk.
Selain itu, katanya menyarankan kerajaan untuk berlaku adil dan berkebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penjawat awam, pasukan keselamatan, pemimpin masyarakat, rakan media dan rakyat keseluruhan yang dapat menjaga dan mengekalkan keamanan negara. – HARAKAHDAILY 1/3/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan seperti perhimpunan yang kononnya 'domokrasi' begini, tak habis-habis menyalahkan UMNO untuk menutupi janji-janji palsu mereka. Hingga sekarang tiada agenda ekonomi yang berkesan.
Himpunan demokrasi di hadapan Sogo, di sini, petang tadi, bertukar sedikit kecoh apabila mereka cuba bergerak ke Dataran Merdeka. Kumpulan berkenaan yang disertai oleh 50 individu dari pelbagai pertubuhan mula berkumpul seawal jam 6 petang tadi sebelum memulakan ucapan di pintu masuk Sogo.
Antara yang hadir menyampaikan ucapan adalah Datuk S Ambiga; Datuk Paduka Marina Mahathir; Timbalan Ketua Pemuda, Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadhil dan aktivis dari Sabah serta Sarawak.
Tidak sampai sejam menyampaikan ucapan, peserta perhimpunan kemudian mengajak orang ramai untuk mengikut mereka berjalan menuju ke Sogo sambil membawa pelekat membantah kerajaan pintu belakang.
Sehingga jam 7.30 malam tadi peserta himpunan tiba dan berhimpun di Dataran Merdeka. Sehingga kini pihak media masih belum mempunyai butiran lanjut mengenai perancangan susulan peserta himpunan ini. (IH)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/kukuhkan-ekonomi-bukan-demontrasi-sia.html