Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1 ini dikongsikan kepada guru dan murid tahun satu (1) untuk meningkat daya kefahaman murid. Soalan-soalan ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui platform Google Classroom dan Microsoft Teams.
Murid-murid yang mempunyai akses internet digalakkan untuk melakukan kuiz boleh membuat soalan-soalan latihan dan kefahaman melalui online. Manakala bagi murid yang tidak mempunyai akses internet, mereka boleh mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan buku teks, lembaran kerja, buku latihan dan pelbagai bahan lain.
Hal ini bagi memastikan agar tiada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran walaupun mereka berada di rumah.
Kaedah-kaedah Menguasai Bahasa Melayu
Seperti yang diketahui umum, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu telah diterima dah dikenali sebagai lingua franca (bahasa komunikasi utama). Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantara dalam hubungan diplomatik dan perdagangan secara meluas. Setiap orang yang tinggal di mana-mana sahaja kawasan di seluruh Kepulauan Melayu boleh memahami dan bertutur Bahasa Melayu sama seperti bahasa lain iaitu Bahasa Perancis dan Latin.
Mendalami tatabahasa
Mengenal pasti membina ayat dengan betul atau salah apabila membuat karangan
Memudahkan pembaca untuk memahami isi atau perkara yang ingin disampaikan dalam sesuatu karangan
Meluaskan pemikiran untuk berfikir dan mencari idea
Mengetahui info-info terkini atau pengetahuan am sebagai isi dalam sesuatu karangan
Memupuk minat membaca dalam kalangan murid agar dapat memikirkan idea-idea baharu yang diperlukan untuk menulis karangan
Mengeluarkan isi dan fakta-fakta yang tepat daripada sumber ilmiah yang dapat membantu dalam penulisan karangan
Menjadikan Kamus Dewan sebagai rujukan utama
Kamus Dewan sebagai bahan rujukan sekiranya terdapat perkataan baharu atau perkataan tidak diketahui
Pembendaharaan kata dapat ditambah untuk digunakan menulis karangan
Dapatkan “Kuiz Online BM Tahun 1” di sini
Di dalam artikel ini, kami nak kongsikan soalan-soalan kuiz Bahasa Melayu Tahun 1. Terdapat lima (5) set contoh kuiz online yang khas dikongsikan kepada anda semua. Untuk menjawab soalan-soalan kuiz, sila tekan pada link yang telah disediakan di bawah.
Download : Link soalan-soalan disini:-
Set (1) Kuiz Online BM Tahun 1
Set (2) Kuiz Online BM Tahun 1
Set (3) Kuiz Online BM Tahun 1
Set (4) Kuiz Online BM Tahun 1
Set (5) Kuiz Online BM Tahun 1
Cara Memartabatkan Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam bidang pendidikan, perniagaan dan perdagangan
Memperkenalkan Bahasa Melayu dalam pelbagai medium selaras dengan kemajuan teknologi masa kini
Semua pihak bertanggungjawab untuk memupuk penggunaan bahasa melayu sejak peringkat awal lagi
Mempraktikkan bahasa melayu dalam kehidupan harian terutamanya dalam perhubungan sosial, perniagaan, pendidikan dan sebagainya
Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya warga pendidik dan ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memupuk dan membimbing anak-anak kecil untuk menguasai Bahasa Melayu. Bahasa Melayu di dalam pendidik tidak sama seperti bahasa pertuturan harian kita gunakan yang dikenali sebagai “bahasa pasar”. Justeru, amatlah penting untuk mendidik para murid mengetahui penggunaan kota kata, tatabahasa, simpulan bahasa dan pelbagai lagi demi kepentingan bangsa dan negara kerana bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan.
Dengan itu, diharap artikel kali ini dapat memberikan banyak manfaat kepada semua orang. Dengan adanya perkembangan teknologi semasa, tidak mustahil jika bahasa melayu boleh menjadi bahasa utama di dunia kelak. Sebelum ini kami ada membuat perkongsian berkaitan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu Tahun 6 dan Ujian Mac Bahasa Melayu Tahun 6.
Jika anda berminat mendapatkan pelbagai bahan-bahan pendidikan, info semasa kerajaan, boleh layari Sistem Guru Online.
Kuiz Online Bahasa Melayu Tahun 1
FatinNadia Saaidon
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2021/03/kuiz-online-bahasa-melayu-tahun-1-2.html