Kuih Wajik Yang Lembut





Alhamdulillah, hari ini kami akan ke Ipoh Perak untuk menemani Nana yang menpunyai urusan kerja di sana. Sambil sambil itu, kami ikut untuk bercuti. Sejak bersara, masa saya memang banyak terperap di rumah sahaja. Bila ada masa anak anak keluar daerah atas urusan kerja, saya ikut.
Selepas solat Dhuha pagi tadi, saya sempat melihat gambar gambar dan video sempena perkahwinan DYTM Pengiran Muda Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah Adam. Cantik kedua pengantin, memang bagai pinang di belah dua. Semoga jodoh keduanya kekal berpanjangan.
Di majlis perkahwinan seperti ini, kita dapatlah melihat perhiasan berlian yang besar besar sebesar ibujari pun ada. Hmm harga tak tahu lah macam mana kan. Kita beli sebiji berlian yang satu karat pun dah berharga berpuluh ribu. Itu pun berpuluh tahun menyimpan baru boleh beli. 
Hahaha tak pasti ada tak orang macam saya yang bermimpikan di syurga untuk memakai berlian yang besar berkilau kilauan. Sesuatu yang mustahil untuk dimiliki di dunia. Namun saya OK, kerana memilikinya di dunia adalah satu beban yang perlu dijawab di hadapan Allah.
Sekarang kita masuk pula bab masakan. Hari ini saya kongsikan resipi kuih wajik. Boleh tengok entri kuih wajik saya sebelum ini di SINI. 

Saya memang peminat kuih tradisional seperti kuih wajik. Di Kelantan, ianya lebih dikenali sebagai pulut manis. Ini adalah antara kuih yang kerap disediakan oleh arwah Bonda saya terutama jika ada majlis.
Kuih wajik ini kalau ada perhatikan, ada dua jenis. Satu yang jenis lembut jer. Bila dikunyah lembut lembut gitu. Yang kedua, yang jenis krup krap krup krap dan keras sedikit pulutnya. Ada orang suka yang jenis keras, tak jemu. Saya pulak suka kedua duanya. 
Yang membezakan antara keduanya ialah cara pulut dimasak. Kalau hendak lembut, masakkan lah pulut agak lembut sedikit. Kalau nak cepat, tanak dengan periuk elektrik. Kalau suka yang jenis keras tu, boleh kukus sahaja. Proses yang lain sama sahaja. Dikacau sehingga rasa sedikit sukar untuk mengacaunya. Tandanya dah cukup dan boleh diangkat. Kalau bibik saya sebelum ini, dikacau sehingga pulut boleh dilipat dan dibalik balikkan seperti gambar di bawah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

Kuih Wajik LembutOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 cawan beras pulut - 300 gram1 cawan gula pasir250 gram gula Melaka200 gram santan segar½ sudu kecil garam
Cara cara:Rendam beras pulut selama 30 minit. Kukus sehingga masak. Nota: Jika suka pulut yang lembut, renjiskan pulut ketika masih panas dengan sedikit air panas dan kacau rata sehingga pulut menjadi lembut. Ketepikan. 
Masakkan semua bahan lain ke dalam kuali dan kacau sehingga pekat dan berbuih buih.

Masukkan pulut dan kacau sehingga kering dan kuih wajik boleh dibalik balikkan. 


Angkat dan tuang ke dalam loyang yang dilapik daun pisang dan dilenser dengan sedikit minyak.


Biarkan sejuk sebelum dipotong.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/01/kuih-wajik-yang-lembut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Donut Coklat Zus Coffee Sumpah Lembut Walaupun Sejuk

Donut Coklat Zus Coffee Sumpah Lembut Walaupun Sejuk

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 246 hits
Aku memang peminat tegar Zus Pernah beli tumblr zus time dorang ada collaborate dengan Mosh dan sekarang aku menunggu tumblr zus yang viral dekat tiktok tu yang transparent tu guysss tak sabarnya nak dapat sebab aku order last year lagi tau...
Cucur Udang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Senang Rupanya Nak Buat

Cucur Udang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Senang Rupanya Nak Buat

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 416 hits
Kalau yang suka makan kuih atau masakan ringkas untuk minum petang pastinya boleh mencuba resipi ini Nampak senang dan boleh dibuat untuk dinikmati bersama keluarga sambil layan angin petang Resipi ini dikongsi Nurul Jannah melalui Rasa Sha...
Pancake Warna Warni Pikat Selera Anak Makan Lembut Lemak Berkrim

Pancake Warna Warni Pikat Selera Anak Makan Lembut Lemak Berkrim

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 191 hits
Pancake antara menu yang menjadi kegemaran anak anak Minum petang tak lengkap kalau sekadar mama hidangkan minuman sahaja Apa kata mama masak pancake Mesti berebut anak anak makan Resipi pancake hasil perkongsian Siti Khajar ini sesuai sang...
Jemput Makan Kuih Telinga K

Jemput Makan Kuih Telinga K

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 319 hits
Di tahun 2024 kita beranggapan gelar atau panggilan yang tidak kita senangi tidak usahlah digunakan Melayu paling benci dipanggil malas Manakala Cina tidak kotor seumpama disangka Malah kawan saya berbangsa Cina tempatan asyik mengadukan ta...
Umur 8 Tahun Dah Dikerah Pergi Niaga Kuih Naik Basikal Abang Pulak Malu Jadi Dia Suruh Aku Jerit Sorang

Umur 8 Tahun Dah Dikerah Pergi Niaga Kuih Naik Basikal Abang Pulak Malu Jadi Dia Suruh Aku Jerit Sorang

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 179 hits
Ramai yang mempunyai pengalaman dibesarkan dengan serba susah disebabkan keluarga kurang berkemampuan Namun ramai juga turut menjadikan ia sebuah pengalaman paling berharga disebabkan dibesarkan dengan cara sebegitu jadi mudah untuk menyera...
Kuih Kuih Je Hari Ni

Kuih Kuih Je Hari Ni

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Hi korang Dah tengahari citer sarapan erk maaf la SA bz hari ni x duduk setempat kesana kesini kesinun penat dh ni esok sampai Jumaat lagi penat kot Pagi ni SA beli kuih je malas nak makan berat berat mahal ye kuih seketul R...
Kuih Jala Mas Manisan Tradisional Pantai Timur

Kuih Jala Mas Manisan Tradisional Pantai Timur

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 485 hits
Kuih Jala Mas merupakan salah satu kegemaran manisan tradisional bagi masyarakat pantai timur Malaysia terutamanya di negeri negeri seperti Kelantan dan Pada zaman dahulu Kuih Jala Mas bukanlah sesuatu yang biasa biasa Ia memiliki sejarah y...
Resepi Kuih Seri Muka Pandan

Resepi Kuih Seri Muka Pandan

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 383 hits
Jom coba Kuih Seri muka Pandan Lapisan Bawah 150 gram beras pulut rendam 1 2 jam cawan santan segar pekat sudu kecil garam Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang Kukus pulut selama 30 minit guna noxxa steamer Kemudian ditekan te...
Give An Inch Take A Mile Pas Cries Foul With Serving Of Alcohol At Ipoh S St Michael S Alumni Gathering

Asia S First Lego Ferrari Build Race Zooms Into Legoland Malaysia This November

Hari Kanak Kanak Tema Kerjaya Di Sekolah Adha

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

Misteri Harta Karun Terkenal Di Dunia

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Pempengaruh Media Sosial Rambo Castello Meninggal Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tasteful Tonti A 1981 Moto Guzzi 850 Le Mans Iii By Foundry

Keputusan Piala Fa 17 Oktober 2025

Glenn Sebastian Feat Rynel Echon Percuma Chord

Doa 18 Oktober 2025

Pihak Berkuasa Tidak Tolak Kemungkinan Wujud Pembabitan Orang Dalam Kes Curi Kabel Dan Komponen Ecrl

From Stock To Street Ready A Beginner S Guide To Suspension Tuning