Jemput Makan Kuih Telinga K


 

Di tahun 2024, kita beranggapan gelar atau panggilan yang tidak kita senangi; tidak usahlah digunakan. Melayu paling benci dipanggil malas. Manakala Cina tidak kotor seumpama disangka. Malah kawan saya berbangsa Cina tempatan asyik mengadukan tandas tanpa bidet di Australia. Masyarakat trans-wanita usahlah lagi dipanggil “bapok” atau “pondan”. Kita tiba akhirnya ke masa kini yang membawa kita ke perhentian terakhir penggunaan kata “keling” untuk merujuk India.
Terlebih dahulu saya meminta maaf menggunakan kata “keling” sebanyak 29 kali di dalam artikel ini, ia semata-mata bertujuan menjelaskan. Elok dibaca sampai habis, tanpa emosi.
Memang sejarah kata “keling” itu membawa kepada “keunggulan”. Akan tetapi makna sesuatu kata akan berubah. Seperti mana perkataan “kunyit” yang membawa maksud – kunyit – sejenis bahan untuk masakan; tetapi hari ini boleh bermaksud aksi porno. Oleh sebab ada kanak-kanak juga suka membaca rencana saya ini maka saya tidak akan mengulas berlebihan kata “kunyit” itu.
Ada banyak lagi perkataan yang membawa maksud berbeza masa lampau kini menjadi satu kata yang berlainan sama sekali. Dalam bidang bahasa ia jatuh di bawah kajian perubahan semantik.
Sebagai seorang felo di Institut Alam dan Tamadun Melayu, saya boleh mengesahkan macam-macam kehebatan pada kata “keling” di masa lampau. Sebelum saya bincangkan kata ini, sayugia diingatkan perkataan “keling” juga bermaksud sejenis kapal; dalam peribahasa ‘bagaikan keling karam’ bukanlah merujuk hingarnya orang India tatkala kapal sedang tenggelam. Peribahasa ini membawa gambaran paniknya penumpang sejenis kapal ( کليڠ ) ekoran kapal sedang terbenam lantas berlakulah huru-hara.
Ada juga maksud lain “keling” yang malas saya bincangkan di sini. Elok saja difokus kepada kata “keling” yang kontroversi itu.
Dalam kamus bahasa Melayu moden, kata “Keling” merujuk kepada negeri Kalingga dan Telangana sejak kurun ketiga masehi. Di utara Tanah Melayu, kata ini digunakan untuk merujuk orang India dari Kalingga. WG Shellabear, yang mengutip pelbagai kata dan kalimat untuk direkodkan dalam Malay-English Vocabulary pada 1912 memberikan makna “keling” dalam kamusnya sebagai “the native of the eastern coast of British India, especially the Telugus and Tamils”. Manakala jika merujuk kamus susunan RO Winstedt, Malay-English Dictionary (1963) kata ini datang dari asal kata negeri Kalingga di India.
Kedua-duanya mengisyaratkan kata “keling” ini sebagai mereka yang berasal dari India di kurun ketujuh. Ulangan: abad ketujuh. Mereka bagaimanapun tidak menyebutkan agama orang Keling justeru Shellabear jika ingin merujuk seorang Tamil Muslim akan menyebutnya sebagai “Keling Islam”.
Kedua-dua wakil penjajah Inggeris ini sebenarnya tidak menciptakan kata tersebut secara semberono. Dalam Sulalat al-Salatin, kata “keling” digunakan 66 kali dalam pelbagai konteks. Sebagai contoh ada disebutkan “benua keling”; “hulubalang keling” iaitu pahlawan dari Kalingga; “rakyat keling” yakni warga Kalingga; “raja keling” iaitu Raja Kalingga; “kain keling” dan “belanga keling” yang merujuk sejenis produk tekstil dan alat dapur yang dihasilkan di Kalingga.
Saya percaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika terlepas menggunakan kata ini sedang menyebutnya secara tidak sedar dalam konteks ini.
Akan tetapi seperti telah saya sebutkan lebih awal, perubahan semantik berlaku. Kata “keling” yang merujuk Kalingga itu perlahan-lahan tidak disukai orang India. Entah bila dan entah siapa mencetuskan kata “keling” itu menjadi sesuatu yang negatif. Mungkinkah ia datang dari kecelaruan dan kebodohan sesetengah kita tidak mengertikan peribahasa ‘bagaikan keling karam’ itu?
Oleh sebab ramai dalam kalangan masyarakat India menyatakan betapa negatif dan kasarnya perkataan “keling” itu, maka Indian Association of Singapore pada 1 Ogos 1921 menuntut penukaran nama Jalan Kling di Singapura. Akhbar The Straits Times mengiklankan notis Municipal Office berjudul “Kling Street-Change of Name”.
Nama jalan itu, sempena tahun baru, diubah kepada Jalan Chulia mulai 1 Januari 1922.
Saya suka makan kuih Telinga Keling. Akan tetapi di tahun 2024 mengambil semangat tahun baru berkait perubahan nama Jalan Kling ke Jalan Chulia pada 1 Januari 1922 itu, saya mengajak semua kita berhenti merujuk kuih Telinga Keling sebagai Telinga Keling.
Tidak perlulah pula kita menjadikannya terlampau dramatik sebagai Telinga Chulia. Lebih munasabah mungkin kerana kuih ini dipelajari orang Melayu daripada masyarakat India masa lalu, kita rujuk ia juga sebagai adhirasam atau kajjaya, atau athrasa, atau ariselu. Untuk orang Melayu cukuplah kita memberi nama lunaknya, peneram. Kata peneram lebih murni dan tidak merujuk kepada mana-mana anggota badan manusia.
Jadikan salah satu azam tahun 2024 anda untuk menggugurkan gelar atau panggilan yang orang lain tidak senangi. Berhenti menggunakan kata yang menyakitkan hati orang. Malah dalam banyak keadaan dan konteks, Melayu Cina India Kadazan Iban ini sudah tidak relevan.
Kita semua orang Malaysia. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/01/jemput-makan-kuih-telinga-k.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Mini Wak Radol

Makan Di Mini Wak Radol

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum WBTKEJADIAN lama dah ni bulan September tapi masih dalam tahun 2023 lagi Tak silap masa ni Sk balik kerja ambil Iman di kolej dan singgah di kedai makan Mini Wak Radol cawangan Kampung Melayu Kangkar Pulai Di Johor khususnya...
Macam Mana Awak Sikap Gentleman Kim Woobin Di Majlis Makan Malam Dipuji Ramai

Macam Mana Awak Sikap Gentleman Kim Woobin Di Majlis Makan Malam Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 234 hits
Semua orang tidak boleh berhenti bercakap tentang betapa baiknya Kim Woo bin ARTIKEL BERKAITAN Pada 16 Disember di dalam rancangan Omniscient Interfering View pelawak Lee Young ja telah mengadakan majlis makan malam di mana dia telah menjem...
Langsung Pm Anwar Makan Tengah Hari Di Nasi Ayam Warisan Kd 22 Disember 2023

Langsung Pm Anwar Makan Tengah Hari Di Nasi Ayam Warisan Kd 22 Disember 2023

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 267 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Nasi Ayam Warisan KD AWANInews SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https
Bau Lauk Masakan Pun Tak Boleh Masuk Trimester Kedua Zahirah Macwilson Baru Selera Makan Nasi

Bau Lauk Masakan Pun Tak Boleh Masuk Trimester Kedua Zahirah Macwilson Baru Selera Makan Nasi

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 178 hits
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang berkongsi bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun hadapan Kongsi Zahirah yang kini sudah pun hamil di trimester kedua kandungannya mengakui semakin r...
Garlic Bread Kudapan Berkhasiat Elak Anak Makan Makanan Ringan

Garlic Bread Kudapan Berkhasiat Elak Anak Makan Makanan Ringan

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 125 hits
Garlic bread sangat sesuai untuk dijadikan kudapan berkhasiat Ia bagi mengelakkan anak daripada makan makanan ringan Tak tahu nak cuba menu baru untuk anak apa kata buat Garlic bread untuk anak Selain tiada apa apa perasa tambahan semestiny...
Video Penampakan Jalur Neraka Parung Panjang Atrean Truk Tambang Mengular Kerap Makan Korban Jiwa

Video Penampakan Jalur Neraka Parung Panjang Atrean Truk Tambang Mengular Kerap Makan Korban Jiwa

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 205 hits
Truk tambang tersebut melanggar jam operasional hingga menyebabkan korban jiwa Teranyar ibu dan anak meninggal tertimpa truk
Makan Soto Sate Di Warung Mee Rebus Sentap Anim

Makan Soto Sate Di Warung Mee Rebus Sentap Anim

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum WBTMALAM tadi repeat ke Warung Mee Rebus Sentap Anim yang terletak di Pekan Nanas kerana nak mencuba Soto Nasinya Tekak ni jugak dah lama nak makan sate Boleh baca kali pertama kami Sk pesan awal awal dengan Pak Inche jangan...
Memenuhi Undangan Makan Malam Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Memenuhi Undangan Makan Malam Di Restoran Ana Ikan Bakar Petai

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 242 hits
nbsp Memenuhi Undangan Makan Malam di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Minggu lepas nieyl ada terima undangan makan malam dari abang ipar nieyl Actually dia jemput tu sebab hari tu nieyl dengan husband nieyl ada merewang masa anak buah dia kah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord