Kuih Seri Muka Azie Kitchen A Keeper Recipe




Alhamdulillah saya masih membuat kuih seri muka menggunakan resepi yang sama. Sebelum ini saya menyediakanya menggunakan acuan kuih lompang di SINI. Klik juga di SINI untuk entri menggunakan loyang saiz 7"x7"x3". 
Sebenarnya menggunakan saiz loyang 8''x8" hari ini pun OK. Pertama lebih cepat masak. Kedua tak lah tebal sangat. Jadi sesuai untuk dimakan. Jika tebal sangat, kot lah ada yang tak habis. Kan dah membazir.  
Haa sila ambil maklum yang saya hari ini hanya guna ½ adunan sahaja. Bukan resepi penuh. Rumah saya tak ramai orang, jadi saya tak perlu buat banyak banyak. Cukup sekadar dimakan untuk habis dalam masa sehari atau 2 hari sahaja. 
Untuk resepi adunan penuh, guna loyang saiz 10"x10". Resepi penuh, boleh klik di SINI. Kalau nak berniaga, elok guna saiz loyang ini, senang nak dipotong. Itu sebab kena baca juga di ruang catatan sebelum mula menyalin resepi sebab saya akan tulis apa apa info penting berkaitan dengan resepi. 
Ramai komen, kena baca panjang panjang dulu, baru ada resepi. Silap tu, sebab kalau tak nak baca pun boleh. Terus sahaja lah ke resepi. Tapi siapa yang rugi kalau ada info penting yang tidak diketahui.

Saya memang tak akan bertukar pada resepi yang lain untuk kuih seri muka. Saya sangat berpuas hati dengan resepi ini. Namun begitu, tidak semestinya saya tidak mencuba resepi kuih seri muka yang lain. Saya memang suka mencuba dan mempelbagaikan resepi walaupun telah menpunyai a keeper recipe.

Potongan kuih saya hari ini tidak berapa cantik kerana belum betul betul sejuk gara gara nak potong cepat untuk Hubby bawa kuih pada Nana dan Alain. Rupa tak cantik pun tak apalah, asal rasanya sedap. Betul tak? 
Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya yang saya kongsi sebelum ini di SINI. Selamat mencuba.....

Kuih Seri Muka Istimewa Azie Kitchen Oleh: Azie KitchenLoyang 8''x8''x2"
Lapisan Bawah:300 gram beras pulut - boleh juga guna 320 gram  1 ½ cawan santan - dari 1 biji kelapa ½ sudu kecil garam 
Beras pulut dibasuh bersih dan rendam selama 1-2 jam. Kemudian bilas dan tos. 
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Pastikan santan sekadar menenggelamkan pulut. Kukus pulut sehingga masak dan lembut. 
Angkat dan dikacau dengan senduk kayu supaya bergaul rata. Jika tidak melekat pada senduk, ertinya telah masak. Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga padat. 
Nota:Jika santan cukup pekat dan lemak, pulut tidak akan melekat, jadi boleh guna loyang yang sama. Jika guna, santan kotak, masukkan 1 sudu besar minyak masak.
Boleh juga lapik, loyang dengan plastik atau dengan baking paper. 
Hari ini saya menyediakan setengah adunan sahaja. Untuk adunan penuh, guna loyang saiz 10"x10". Adunan penuh menggunakan 3 ½ cawan beras pulut (640 gram) dan 3 cawan santan. Gandakan sahaja.

Lapisan Atas:½ cawan air daun pandan - kisar 4 helai daun pandan2 cawan santan segar pekat 1 cawan gula pasir - boleh kurangkan2 biji telur – saiz B½ cawan tepung gandum ½ sudu kecil garamSedikit pewarna hijau dan pewarna coklat 
Kisar daun pandan dengan ½ cawan air dan tapis airnya. Ambil air daun pandan secukupnya.
Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau dan masukkan 1 cawan santan. Kacau lagi. 
Masukkan baki tepung dan diikuti dengan baki santan. Masukkan pewarna hijau dan beberapa titis pewarna coklat untuk menghasilkan warna hijau yang lebih gelap. Tapis dan akhir sekali, masukkan ½ cawan air daun pandan dan kacau rata. Nota: Jangan terlebih pukul untuk mengurangkan buih. 
Masukkan loyang lapisan pulut yang telah ditekan padat dan rata ke dalam pengukus dan kukus 5-7 minit atau sehingga panas. 

Masak lapisan hijau sambil dikacau sekadar keluar wap sahaja. Tuang adunan hijau dengan perlahan lahan atas senduk kayu/sudu barulah turun ke permukaan pulut untuk elakkan lapisan pulut bocor. Nota: boleh juga jika tidak mahu dimasak terlebih dahulu, boleh tuang terus lapisan hijau atas pulut.

Kukus atas api kecil dan air pengukus sekadar mendidih (tidak mendidih dengan kuat) selama 15 minit atau sehingga kuih keras sedikit. 
Setelah kuih keras sedikit, boleh dikuatkan api untuk kuih masak sepenuhnya. Kukus selama 45-60 minit atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak. 
Ketika mula mengukus, buka penutup pengukus setiap 2-3 minit sekali dan tutup semula untuk membuang wap yang kuat. Ulang sehingga kuih sedikit keras. Untuk 5-10 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.

Biarkan sejuk selama 3-4 jam, baru dipotong dengan pisau plastik bersaiz kecil atau pisau yang dilenser dengan minyak.
Nota:Saya kukus selama 35 minit dan kukus tanpa tudung pengukus selama 10 minit.
Untuk memotong dengan cantik, celupkan pisau ke dalam air panas dan potong. Sekiranya ada pulut melekat di pisau, bersihkan dulu. Celup pisau ke dalam air panas dan ulanglah sehingga selesai. Semasa dipotong, jangan ditarik pisau, bagi mengelakkan potongan lapisan atas menjadi tidak cantik. 

Jika untuk makan pagi, seelok buat sebelah malam. Kalau untuk hidangan petang, boleh disediakan awal pagi. Kuih seri muka boleh tahan lebih 30 jam di bawah tudung saji.
Boleh juga guna 320 gram beras pulut untuk sukatan santan dan garam di atas. Juga sedap dan lembut.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/09/kuih-seri-muka-azie-kitchen-keeper.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kuih Seri Muka Mini Sedap Mudah Tak Perlu Kukus Lama

Resipi Kuih Seri Muka Mini Sedap Mudah Tak Perlu Kukus Lama

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 990 hits
Bagi yang baru nak belajar buat kuih Seri Muka boleh cuba resipi ni Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang Senang kan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CARA MASAK KUIH SERI MUKA MINI GUNA ACUAN LOMPANGBAHAN BAWAH 1 cawan ...
Fynn Jamal Kenapa Pesanan Jaga Diri Itu Lebih Selalu Ditonyoh Pada Muka Perempuan

Fynn Jamal Kenapa Pesanan Jaga Diri Itu Lebih Selalu Ditonyoh Pada Muka Perempuan

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 406 hits
Baru baru ini Fynn Jamal menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu entri dimana ianya satu pesanan dan ingatan buat kaum wanita Dalam entri yang sama tersebut Fynn turut memberikan pendapat mengapa pesanan jaga diri selalu di...
Kami Akan Bawa Anda Ke Muka Pengadilan Anak Sulung Nora Ariffin Mahu Saman Penyebar Video Adiknya

Kami Akan Bawa Anda Ke Muka Pengadilan Anak Sulung Nora Ariffin Mahu Saman Penyebar Video Adiknya

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 936 hits
Susulan video anak perempuan penyanyi Nora Ariffin bercumbu dengan teman lelakinya tersebar pihak keluarga itu bersedia untuk mengheret individu yang menyebarkan video itu ke muka pengadilan Anak sulung Nora Ariffin Mohd Syakir Iman Johan 2...
Sharnaaz A Happy Birthday To You Nabila Dipermudahkan Kebahagiaan Diatas Muka Bumi Ini

Sharnaaz A Happy Birthday To You Nabila Dipermudahkan Kebahagiaan Diatas Muka Bumi Ini

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 467 hits
A happy birthday to you noornabila semoga sentiasa dalam lindungan Allah dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yg berpanjangan dan di permudahkan kebahagiaan diatas muka bumi ini yg tidak bertepian source
Sempat Ujian Tesis Tatap Muka Mahasiswa Upn Yogyakarta Dinyatakan Positif Covid 19

Sempat Ujian Tesis Tatap Muka Mahasiswa Upn Yogyakarta Dinyatakan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 452 hits
Kasubag Kerjasama dan Humas UPN Veteran Yogyakarta Markus Kusnardijanto menerangkan jika ujian mahasiswa itu dilaksanakan pada Senin siang Sementara hasil swab mahasiswa keluar pada Selasa
Disdikbud Jateng Batasi Siswa Ikut Belajar Tatap Muka

Disdikbud Jateng Batasi Siswa Ikut Belajar Tatap Muka

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 364 hits
Dia mengungkapkan ada beberapa sekolah yang sudah mengakomodasi siswa dengan penyelenggara jasa transportasi Itu dilakukan apabila siswa yang bersangkutan tidak memiliki kendaraan pribadi untuk datang ke sekolah
48 Individu Ingkar Pkp Ditahan 17 Tak Pakai Pelitup Muka

48 Individu Ingkar Pkp Ditahan 17 Tak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Polis menahan 48 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan semalam kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 47 individu telah dikompaun dan 1 individu dijamin An...
Menukar Antara Muka Pengguna Netflix Dari Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu

Menukar Antara Muka Pengguna Netflix Dari Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 493 hits
Wahai geng Netflix Saat yang kita semua tunggu akhirnya tiba Netflix melancarkan antara muka pengguna miliknya dalam Bahasa Melayu Pilihan terbaru ini membolehkan ahli ahli di Malaysia mengemudi UI membaca judul serta sinopsis dan menonton ...
Pkpp Masih Ramai Ingkar Jarak Fizikal Tidak Pakai Pelitup Muka

Pkpp Masih Ramai Ingkar Jarak Fizikal Tidak Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 284 hits
Masih ramai tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto BernamaKUALA LUMPUR 6 Sept Tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak mengamalkan penjarakan fi...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Ini Senarai 10 Hotel Yang Terdekat Dengan Masjidil Haram