Kuih Sekaya Telur Yang Mesti Cari Di Bulan Ramadhan



 

Assalamualaikum semua. Harap semua sihat walafiat. Jangan lupa klik follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di blog tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 
Juga Selamat berpuasa dan jangan lupa buat persediaan untuk menghadapi hari hari yang penuh bermakna buat kita semua iaitu malam 10 akhir Ramadhan yang di dalamnya terdapat satu malam iaitu Lailatul Qadr. 
Malam yang segala amalan dan ibadah pada malam tersebut akan digandakan lebih dari 1000 bulan. Banyak tu. Pastikan banyak melakukan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir dan bersedekah pada setiap malam. Ianya bermula dari Maghrib sehingga terbit fajar. 
Kadang kadang kita melihat ada orang yang tak kisah dan tak merasa apa apa bila disebut kelebihan malam lailatul Qadr, kelebihan membaca Al Quran di bulan Ramadhan dsb. 
Yang muda, faham lah juga. Ini yang dah tua dah lebih 60 tahun pun, masih tidak mengambil kelebihan ini. Tidak pernah memegang Al Quran di tangan. Mungkin juga tidak ada nashkah Al Quran sendiri.  
Terfikir tidak kah mereka merasa takut dengan kematian, berada di dalam kubur sendirian tanpa peneman dan cahaya Al Quran. Hidup mereka lebih pada dunia di dalam bulan Ramadhan ini, menyediakan juadah berbuka dan juadah raya. 
Fahamlah hidayah itu milik Allah tapi kita kena berusaha mencarinya terutama bila kita telah diberi peringatan. Cari lah hidayah semasa nyawa masih dikandung badan. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya rasa bukan sahaja saya yang suka dan mesti cari kuih ini ketika bulan Ramadhan tapi kebanyakan mereka yang berasal dari Kelantan dan Terengganu juga akan mencarinya. 
Kuih ini memang akan muncul di bazar bazar Ramadhan tapi kalau hari lain, susah sikit nak menemuinya. Kuih yang basah basah ini memang sedap dimakan ketika berbuka puasa

Ada 2 jenis, pertama yang dipanggil pulut sekaya telur telur di mana lapisan bawah adalah lapisan pulut seperti pulut seri muka. 
Pulut yang rasa lemak lemak masin dipadankan dengan sekaya telur yang manis manis. Keduanya kuih sekaya sahaja iaitu tanpa lapisan pulut. 
Kuih Sekaya ini sedap dimakan sejuk sejuk dan saya akan ulang makan berhari hari. Tak puas makan sehari jer. Jadi kalau buat sendiri, memang puas makan dan dapat ulang setiap hari. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…



Kuih Sekaya Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:5 biji telur
½ keping gula Melaka - 52 gram
¼ cawan gula
¾ cawan santan pekat
Secubit garam
Esen vanilla


Cara-Cara:
Satukan santan dengan gula dan gula Melaka. Pukul sehingga larut. Nota: boleh juga dikisar. 
Masukkan telur, kacau sampai sebati (jangan dipukul ya, kacau slow-slow je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.
Tapis dan masukkan ke dalam loyang. Loyang dibalut dengan plastik tahan panas untuk mudah keluarkan. Nota: saya tak ada plastik. 

Kukus lebih kurang 10- 15 minit atau sehingga masak (cucuk lidi, kalau tak melekat, tandanya dah masak).
Sejukkan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/03/kuih-sekaya-telur-yang-mesti-cari-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

Teguran Bulan Ramadhan Buat Dj Era

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 225 hits
Kepada 3 DJ Era berkenaan jadikan peristiwa yang berlaku satu teguran Allah di bulan Ramadan Kadang kadang bila terlampau bersuka ria kita terlupa ada batas yang mungkin kita langgari Sekarang diharap dengan nasihat dari PMX Anwar Ibrahim m...
6 Tips Didik Anak Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadhan Dengan Mudah Seronok

6 Tips Didik Anak Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadhan Dengan Mudah Seronok

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 180 hits
Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan masa terbaik untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak anak tentang ibadah puasa Tapi nak latih anak berpuasa penuh bukan perkara mudah kan Anak anak perlu dibimbing secara perlahan lahan supaya ...
Nasi Ulam Utara Menu Tradisi Mesti Buat Setiap Bulan Ramadan

Nasi Ulam Utara Menu Tradisi Mesti Buat Setiap Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 234 hits
Nasi Ulam ni memang suatu kemestian bila tiba bulan Ramadan Sejak beberapa tahun ni sejak mak dah tak larat nak buat umi pulak teruskan legasi dan seakan tradisi buat umi untuk menghidangkan nasi ulam untuk diri sendiri dan adik beradik yan...
Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

Koleksi Resipi Bubur Lambuk Popular Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 213 hits
Jom cuba resipi Bubur Lambuk best ni Judah ini memang popular dan sinonim dengan bulan Ramadan Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka rasa tak lengkap Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi Setiap negeri ada rasa yang berbe...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ini dah masuk hari kelapan semua umat Islam di Malaysia mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tah...
Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 170 hits
Bulan Ramadhan hampir tiba Kaum Muslimin pun menyambutnya dengan penuh harap dan kebahagiaan Bagaimana tidak Bulan yang penuh berkah dan keutamaan ini adalah bulan diturunkannya Al Qur an yang menjadi petunjuk bagi manusia menuju kebahagiaa...
Infaq Ramadan Bersama Ngo Amal Till Jannah Gandakan Pahala Di Bulan Berkah

Infaq Ramadan Bersama Ngo Amal Till Jannah Gandakan Pahala Di Bulan Berkah

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 318 hits
Jom Gandakan Pahala dengan Berinfaq di Bulan Ramadan Ramadan adalah bulan keberkatan dan inilah masa terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan NGO Amal Till Jannah mengajak anda untuk bersama dalam Kempen Infaq Ramadan satu inisiatif kh...
Menu Berbuka Ramadhan Ke 2 By Pak Zain

Menu Berbuka Ramadhan Ke 2 By Pak Zain

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum Semalam SA balik 4 30pm tapi sedikit lambat jalan jammed so suami jemput SA lambat sikit lepas tu memang jammed teruk la sepanjang jalan dari KL Seremban sampai rumah pukul 7 15pm Sekali PZ memang dah masak dan juadah dah te...
Continuous Learning In Business

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Jalan Jalan Bukit Bendera

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Sup Tulang Bawang Goreng

Menambah Custom Field Pada Wordpress

Bread High In Protein Omega 3 And Fibre In Every Low Carb Bite

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Tips Elak Sinki Tersumbat Mudah Sungguh Dan Menjimatkan