Kuih Raya Tunjuk Tunjuk 2021
Kuih Raya Tunjuk Tunjuk 2021 || Alhamdulillah, masih bernyawa..Boleh lagi menikmati kuih raya...tak macam saudara kita kat Palestin sana..Sedih lah bila imagine..Hm.. Moga Allah membantu mereka selalu..
Ok, berbalik pada kisah kuih raya 2021. Of course, kuih raya mesti ada! Cuma tahun ni semangat awal awal puasa tu lain daripada last year dek kerana bazar Ramadan dan taraweh dibenarkan beroperasi. Tu yang order macam macam.. Dan kebanyakan kuih aku order tu dibeli dari member yang dikenali. Kita support member wak!!
Err.... But hujung-hujung, stay home jugak...Kah! Sapa yang kena makan kalau bukan tuan rumah jela..Hahahah.. Sambil blogwalking, update blog, dan edit gambar bagai, aku teruskan mengunyah kuih rayaaaa....Seronok je.. No complain!
1. Kuih Raya dari Dapur Gebu.
Ini bini member aku jual. Dua kali musim raya dah beli dengan dia
Memang puas hati sangat. Ada bangkit cheese, Red velvet, dan choc chips tu sampai dua bekas kubeli..sebekas je dah habis sebelum raya tau.. Hahaha.
Dapat satu pelitup muka as free gift gitu.
2. Popyums
Popyums beli dengan wife kawan aku jugak
Ini sedap sangat sebab dia dah bagi awal tester sebelum Ramadan. Ada perisa popia nestum, salted egg and cheezy. Disebabkan ada set set kombo, i order set kombo terusss . Dapat sampul duit raya as free gift.
3. Kuih dari brand Lumi
Lumi! Beli dengan senior masa kat U dulu.
Ui, satu perisa tu masin masin. Adik aku yang sorang tu cakap sedap..tapi takut nak makan bebanyak masin masin..Hahaa..
4. Tart Nutella dan Untain Cheese
Beli dengan member tempat kerja
Satu bentuk cam ulat ni, perisa cheese gitu...Dan lagi satu, perisa nutella
5. Tart Nanas
Ini pun member jual. Gemuk betul bentuknya. Mak i suka.
6. Kerepek Pisang
Ini pun mak aku suka..sebab dah pernah rasa sebelum Ramadan...sebab tu beli lagi..Hihi..
Kesemuanya adalah kerepek dan kuih home made. Sometimes agak pricey tapi i think... berbaloi dengan rasanya. Cume tekak ni lelain.. kadang kadang ada jugak aku rasa tak ngam dengan tekak tapi orang lain ngam jer.. Tak buat kuih, no time..oven pun takdak. So tunjuk tunjuk aje... Korang acano??
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/05/kuih-raya-tunjuk-tunjuk-2021.html