Kucing Suka Bertandang Ke Rumah
Assalamualaikum..
Rabu dah kan..sekejap aje la masa berlalu...SA kat office rasa lambat aje masa berjalan..tapi bila kat rumah amboii....sedar sedar dh pagi dh...pagi ni terjaga awal sebab dengan ketung ketang kat dapur, sekali tengok anak dara tu bangun sahur....ingat nak join tapi esok la rasanya baru boleh join...alhamdulillah Dania dah abis exam semalam..so dia akan start bercuti sementara nak masuk degree...sebulan je cutinya...jadi la tu kan...26 Dec nanti daftar degree plak...SA dh amik cuti awal tu..
Jumaat ni trip ke JB bawak dia...lepas tu nak pi Perak plak dalam minggu yang seterusnya...we see how la kalau uncle dapat cuti..
Balik kerja malam tadi Dania amik macam biasa...Seremban masih hujan dan tingkat atas rumah SA masih trip xde elektrik..dari Khamis minggu lepas SA tido depan tv..entah bila la cuaca nak ok semula ni..
Masuk rumah semalam Pak Zain senyap2 datang kat SA kat dapur...long....cuba ko tengok anak dara ko tu ha..apo kojo eh...SA pun pi tinjau.....apa pulak kerjanya.....Pak Zain suruh amik gambar...
SA pun curi curi snap gambar....laaaaa......main kucing rupanya..sampai cenggitu sekali ha..ada gak mama ngan uncle nak belikan dia kucing tapi tu la..kat mana plak nak letak kan..x kan nak kurung..kucing bukan boleh dikurung- kurung macam ayam kan..semua kucing yang suka dengan Dania ni merupakan kucing jiran..memang hari- hari betandang kat rumah kami..in case tuan rumah kucing ni takde kat rumah or balik kampung ke, dia x perlu risau pasal kucing dia sebab Pak Zain memang hari- hari bagi kucing makan...haaa..sampai macam tu sekali kan...
Tengok la kerjanya....ini la kerja dia hari-hari kalau ada kat rumah...mengerjakan kucing jiran...dia memang suka kucing tapi tu la kami ni x boleh bela kucing dalam rumah..Mak Pah x leh sebab dia dialysis. Dania ni sama macam Mak Teh dia suka kucing...kucing pun suka dia..kalau dengar je kereta Dania sampai..berlari diorang berkumpul. Padahal kucing jiran depan tu...bukan kucing kami pun..
Kucing memang suka lepak rumah kitorang..x tau la apesal..tapi bila google banyak rupanya sebab dan petanda sekiranya kucing memilih untuk bertandang ke rumah kita. Pak Zain plak suka sangat bagi kucing makan malahan 3 kali sehari dia bagi makan..selalunya lebihan makanan kami la..eh...Pak Zain ni demand ok..bukan ikan aje dia bagi kucing- kucing tu makan..dia bagi ayam jugak especially daging ayam. Ini bermaksud bahawa dalam makanan yang hendak dijamah itu, ternyata ada bahagian rezeki untuk kucing yang perlu dikongsi bersama. Bukan berkongsi makanan atau rezeki dengan manusia aje ye..ada pahalanya bila berkongsi rezeki dengan haiwan especially kucing
Memberi makanan kepada makhluk Allah termasuklah kucing adalah satu kebaikan. Allah berfirman bahawa akan melipat gandakan satu kebaikan dengan sepuluh kali lipat kebaikan yang lain
Contohnya seperti apabila kita berbuat baik pada manusia dan pastinya mahukan balasan yang setimpal dari orang lain.Tetapi tidak pula kepada manusia berbuat baik terhadap kucing kerana kucing tidak dapat membalas apa yang telah kita berikan kepadanya
Di masa yang sama, kita dapat belajar bagaimana perasaan memberi dan berkongsi rezeki dengan penuh keikhlasan dalam memberi makanan kepada kucing. Sama juga seperti manusia ketika berkongsi rezeki kepada orang lain
Pendapat SA jika kita menolak daripada berkongsi makanan dengan kucing, ianya seperti kita menolak rezeki yang bakal di berikan oleh Allah SWT kepada kita
Kita juga harus ingat bahawa rezeki itu luas dan ia bukan sahaja sekadar wang ringgit, namun mencukupi kesemua aspek kehidupan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2023/11/kucing-suka-bertandang-ke-rumah.html