Kucing Peliharaan Kesayangan Garfield




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua? Alhamdulillah, aku disini baik-baik sahaja. Untuk perkongsian kali ini adalah lebih bersifat peribadi dan berkenaan sesuatu yang dekat dengan aku. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda mengenai haiwan peliharaan di rumah aku yang paling aku rapat dan paling aku sayang.
Ramai yang ada haiwan peliharaan kan? Haiwan peliharaan aku ini bernama Garfield. Tetapi nama panggilannya adalah Apin. Aku pun tak pasti macam mana boleh jadi macam tu, tapi mungkin panggilan oleh mak aku. Sebab macam susah nak sebut Garfield. Jadi, sehingga sekaranglah Garfield ni digelar Apin. Oh satu lagi, Apin ni seekor kucing jantan. 

Apin ni selalu teman aku bila melepak depan rumah. Depan rumah aku di Kulim, Kedah, ada pondok. Di situlah aku selalu berangan tentang masa depan, tentang impian nak kahwin dengan puteri raja, impian nak jadi kaya raya tapi tak riak dan sebagainya. Jadi, Apinlah partner aku yang selalu teman lepak disitu


Of course Apin akan mengganggu aku bila nak buat kerja dekat laptop. Bukanlah gangguan sebenarnya. Haha. Apin ni suka datang pastu naik atas meja. Lepas tu, dia mesti nak aku usap-usap kepala dia. Kadang-kadang, masa aku buat kerja, dia tidur kat atas riba aku. Sampailah kerja siap atau aku dah berhenti buat kerja dekat laptop

Satu lagi hobi atau perangai Apin ni adalah dia akan jadi yang pertama yang tido dekat atas toto atau katil aku. Kebiasaannya bila aku balik ke rumah di Kulim, aku akan tidur di ruang tamu (sebab bilik aku, adik-adik aku tidur kat situ.) . Jadi, bila aku letak toto dan bantal-bantal dekat ruang tamu, Apin dah tau yang itu masanya untuk tidur

Kadang-kadang, kalau tidur dalam bilik ( bila adik-adik aku tak ada ), Apin akan kejutkan bila waktu subuh. Dia suka baring dekat celah ketiak, dekat bahagian kaki dan sebagainya. Boleh dikatakan separuh daripada katil tu akan jadi milik dia. Ada juga beberapa kali aku yang bangun dulu, Apin ni sampai pukul 11 pagi tak bangun lagi


Kadang-kadang Apin ni ada perangai pelik dia. Suka masuk dalam bekas macam ni. Kadang-kadang masuk dalam kotak. Masa dia agak muda, dia bawak balik macam-macam benda, contohnya burung. Ada juga beberapa kali dia menghilangkan diri. Tapi lepas tu dia pandai balik rumah. 
-----------
9 November 2019,  iaitu sehari selepas aku tiba di Kuala Lumpur selepas bercuti selama seminggu di rumah keluarga terletak di Kulim, aku mendapat berita bahawa Apin dah mati. Perasaan aku sebenarnya bercampur-baur. Sebahagian dari aku rasa sedih, kehilangan dan macam nak balik jumpa dengan Apin. Sebahagian lagi redha dan gembira akhirnya Apin tak payah lagi tahan kesakitan


Aku redha dengan kematian Apin kerana hayatnya sangat panjang. Apin dilahirkan pada tahun 2012, bersama 3 lagi adik beradiknya yang lain. Ketika itu dirumah ada lebih daripada 20 ekor kucing. Kemudian, tahun berganti tahun, banyak yang mati akibat kemalangan, dan majoritinya adalah kerana penyakit

Macam Apin, dia antara kucing yang paling kuat, aku rasa antibodinya sangat kuat, sebab ketika penyakit kucing tu merebak, Apin masih sihat. Pernah sekali, satu malam tu Apin tak tido dengan aku. Esok paginya aku nampak Apin dekat depan rumah. Duduk diam sahaja dekat tepi dinding. Lepas tu aku check, dekat perut Apin macam ada ketulan bengkak. Bila aku pegang, Apin macam tunjukkan reaksi sakit. 
Tapi lepas beberapa hari, Apin sihat balik. Aku ingatkan mungkin itulah ketikanya Apin nak tinggalkan aku, bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain, tetapi masih panjang hayatnya. Selalu kalau aku nak balik ke Shah Alam atau Kajang, aku akan cakap dekat Apin supaya bertahan hidup supaya bila aku balik lagi sekali, aku dapat jumpa dengan Apin lagi

Beberapa bulan pada tahun ini, Apin dah mula menunjukkan sakit-sakit tua. Apin dah jarang keluar rumah. Badan Apin mula kurus. Lepas tu, Apin selalu bersin dan hingus meleleh. Kadang-kadang hingus tu mengeras dan Apin tak boleh nak bernafas guna hidung. Jadi, akulah yang cuci hidung Apin tu


Mungkin dalam hari pertama selepas ketiadaan Apin aku sangat sedih, tapi nak buat macam mana, setiap yang hidup pasti akan mati. Bukan pada manusia sahaja. Mungkin ada yang akan menyoal " ala... kucing je... nak emosi kenapa..". First of all, who are you? Second of all, aku tak perlukan pendapat orang-orang macam tu. Sebab mereka tak faham hubungan antara haiwan peliharaan dengan manusia

Semoga aku dapat berjumpa Apin di alam lain. In shaa Allah. 
TERIMA KASIH APIN
Sekian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/11/kucing-peliharaan-kesayangan-garfield.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pilu Balita Di Bogor Menderita Tumor Mata Kucing

Kisah Pilu Balita Di Bogor Menderita Tumor Mata Kucing

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 263 hits
Lantaran tidak memiliki biaya orang tua Dela tidak pernah lagi memeriksakan kondisi mata Dela Hingga suatu saat mata palsu Dela lepas saat bermain dengan temannya
Kejam Foto Bangkai Anak Kucing Terbakar Netizen Kesal Tindakan Pelaku

Kejam Foto Bangkai Anak Kucing Terbakar Netizen Kesal Tindakan Pelaku

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 320 hits
Kucing merupakan haiwan yang boleh dikatakan paling banyak dipelihara terutamanya di Malaysia Sikapnya yang manja telah menambat hati ramai orang sehingga ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kucing kesayangan mereka Walaupun begi...
Kucing Selamatkan Bayi Dari Terjatuh Tangga

Kucing Selamatkan Bayi Dari Terjatuh Tangga

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 572 hits
Seekor kucing berjaya menyelamatkan anak tuannya dari terjatuh tangga ketika ditinggalkan bersendirian di ruang tamu dalam kejadian yang berlaku pada 31 Oktober jam 5 pagi Video rakaman kamera litar tertutup menunjukkan bayi berusia kurang ...
Tips Mujarat Hindarkan Kucing Poo Pee Dihalaman Rumah

Tips Mujarat Hindarkan Kucing Poo Pee Dihalaman Rumah

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 511 hits
Tips Mujarat Hindarkan Kucing Poo Pee Dihalaman Rumah Mungkin ada diantara anda yang mengalami masalah sebegini dan masih mencari tips yang mujarat agar kucing tidak lagi poo pee di halaman rumah Ianya sangat berkesan dan tidak memudaratkan...
Kesiannya Sampai Mati Keras Kucing Itu

Kesiannya Sampai Mati Keras Kucing Itu

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 387 hits
Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaraan masyarakat Sifatnya yang manja dan lincah membuatkan sesiapa sahaja tertawan Ada sesetengah penjaga yang sanggup menghabiskan wang semata mata untuk memberikan keselesaan kep...
Kagum Ini Rupanya Alasan Kenapa Kucing Dicipta Mempunyai Misai Tak Kira Jantan Atau Betina

Kagum Ini Rupanya Alasan Kenapa Kucing Dicipta Mempunyai Misai Tak Kira Jantan Atau Betina

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 578 hits
Kucing merupakan haiwan yang kebiasaannya dipelihara oleh masyarakat pada hari ini Hal ini mungkin kerana sifat manja yang ada pada kucing menjadi tarikan pada manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan Sifatnya yang manja juga turut dapat m...
Saya Rasa Saya Akan Mati Koma Selepas Dicakar Kucing Jalani 8 Pembedahan Kerana Dijangkiti Penyakit Pemakan Daging

Saya Rasa Saya Akan Mati Koma Selepas Dicakar Kucing Jalani 8 Pembedahan Kerana Dijangkiti Penyakit Pemakan Daging

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 608 hits
The ReporterSeorang wanita warga emas koma setelah dicakar oleh seekor kucing Shirley Hair 65 hampir menemui ajal apabila kucing Siam bertindak mencakar tangannya dan menyebabkan jangkitan kuman berlaku Nenek kepada lima orang cucu itu pada...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan