Kucing Mangsa Banjir Fobia Tengok Air
Kucing mangsa banjir fobia tengok air
“Kucing semua okay cuma sekarang selalu termenung, fobia dengan air.”
Itu kata Kamarulzaman Mohd Ibrahim, 55, yang juga merupakan antara mangsa yang terkesan akibat banjir yang berlaku di daerah itu hari ini.
Beliau yang menetap di Taman Sri Nanding berkata, keenam-enam kucingnya itu terpaksa berpaut semalaman pada batang rod langsir selepas hampir separuh kediamannya ditenggelami air baru-baru ini.
“Air sudah hampir paras dada (jadi) saya tawakal sahaja dan minta kepada Allah supaya selamatkan ‘anak-anak’ (kucing) di dalam rumah. Kesemuanya selamatkan diri dengan berpaut pada rod langsir,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.
Ujar Kamarulzaman, video memaparkan kucing-kucingnya menyelamatkan diri dengan berpaut pada rod langsir turut menjadi tular di laman sosial baru-baru ini selepas ia dikongsi oleh anak perempuannya.
Terdahulu, Kamarulzaman merupakan antara individu yang hadir ke sebuah stesen minyak di sini bagi mendapatkan makanan kucing secara percuma menerusi program anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Persatuan Veterinar Haiwan Kecil Malaysia (MSAVA) serta Kelab Kucing Malaysia.
Sementara itu, Ketua Seksyen Kebajikan Haiwan Bahagian Regulatori Veterinar JPV Putrajaya, Dr. Marzuna Md Yunus berkata, JPV sentiasa menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membantu haiwan-haiwan yang terkesan akibat banjir.
“Hari ini kita agih bantuan di kawasan Sri Nanding iaitu inisiatif sama yang dijalankan di Taman Sri Muda baru-baru ini.
“Kita bekerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya Kelab Kucing Malaysia dan menerima bantuan daripada syarikat makananan kucing seperti Hill’s, Britt dan Country Value serta sumbangan dari individu,” ujarnya.
Jelas Marzuna, ketika misi bantuan kecemasan di Taman Sri Muda tempoh hari, inisiatif berkenaan berjaya memberi manfaat kepada lebih puluhan pemilik haiwan termasuk 20 pusat perlindungan.
Katanya lagi, inisiatif itu juga akan diperluaskan ke negeri-negeri di Pantai Timur bagi menyalurkan bantuan makanan kucing dan anjing kepada mereka yang terjejas.
Manakala Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid menyifatkan, banjir yang melanda kebanyakan kawasan di negeri Selangor kali ini merupakan bencana terburuk yang pernah melanda negara.
Justeru, katanya, pelbagai pihak mula berganding bahu dan mengambil langkah proaktif bagi membantu haiwan-haiwan yang terkesan akibat banjir terutamanya dari segi bantuan makanan melalui projek We Love, We Care.
“Kita sudah mula sejak hari kedua banjir berlaku dengan menghantar bantuan ke pusat perlindungan haiwan.
“Sebab itu kalau kita ada memelihara haiwan terutamanya dalam musim tengkujuh, hendaklah kita sentiasa waspada dengan cuaca semasa. Kalau kucing terlalu banyak kena pastikan kita berada di rumah supaya keselamatan haiwan itu lebih terjamin,” katanya. MG
Kucing mangsa banjir fobia tengok air
Baca Artikel Menarik :
Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya
Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha
The post Kucing mangsa banjir fobia tengok air appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/01/kucing-mangsa-banjir-fobia-tengok-air/