Kucing Jadi Manusia Drama Fantasi Romantik Meow The Secret Boy Mula Dengan Rating Rendah


Episod awal “Meow: The Secret Boy” Seorang wanita muda bernama Kim Solah (Shin Yeeun) telah membawa pulang seekor kucing putih yang comel ke rumahnya meskipun tidak berapa gemar dengan haiwan peliharaan itu. Dia percaya bahawa di dalam dunia ini terdapat dua jenis manusia iaitu orang yang sukakan anjing atau pun orang yang sukakan kucing.

Solah mempunyai hubungan ‘teman tapi mesra’ dengan Lee Jaeseon (Seo Jihoon) yang sangat menyukai kucing bahkan dialah yang menghadiahkan kucing putih itu kepada Solah. Wanita itu nyata keliru dengan lelaki tersebut yang seperti menyukainya daripada cara dia melayannya tetapi pada akhirnya Jaeseon meninggalkan Solah untuk perempuan lain.
Lebih merunsingkan apabila kucing yang dihadiahkan itu sebenarnya adalah untuk teman wanita Jaeseon tetapi terpaksa membatalkan hasratnya itu kerana kekasihnya telah meminta putus daripadanya. Alergik terhadap kucing, Jaeseon akhirnya menyerahkan kucing tersebut kepada Solah kerana sedar wanita itu pasti menerimanya tanpa sebarang persoalan.

Si kucing tersebut (Kim Myungsoo) pula sebenarnya adalah manusia dalam diam. Haiwan ini asyik mempunyai bayangan mengenai kehidupannya sebagai manusia. Kucing putih tersebut hanya bertukar kepada manusia apabila tiada sesiapa yang melihatnya. Kelakar melihat telatahnya apabila cuba mendalami dunia sebagai manusia dan bukannya haiwan.
Walaupun tidak boleh selalu menjelma sebagai manusia tetapi tiap kali kucing tersebut menjadi orang, pasti ia berlaku dalam waktu yang pelik. Seperti apabila dia berjaya membantu menghantar ayah Solah menaiki ambulans selepas dia pengsan kerana serangan jantung.

Solah juga berada dalam dilema selepas mendapat tahu bahawa ayahnya kini sudah mempunyai wanita baru di dalam hidupnya dan telah berpindah ke kampung untuk meneruskan hidup mereka. Disebabkan oleh itu, dia berpindah ke tempat baru yang kebetulan bersebelahan dengan kafe milik Jaeseon.
Cerita ini menjadi kian menarik apabila kucing putih itu yang kini dinamakan sebagai Hongjo sudah mula menyukai Solah namun berasa sedih apabila melihat keakraban wanita itu dan pemilik kafe tersebut. Mereka juga sudah beberapa kali melihat kelibat Hongjo dalam badan manusianya tetapi menyangka dia hanyalah seorang lelaki yang tinggal di kawasan yang sama.
Walaubagaimanapun, Solah terperanjat apabila melihat patung yang diberikan kepada lelaki misteri itu yang pernah menyelamatkannya kini berada dalam rumahnya kembali. Meminta bantuan Jaeseon, kedua mereka mula mencari lelaki itu di merata tempat. Dalam pada itu, semasa Solah dan Jaeseon mula intim, situasi itu telah diganggu oleh Hongjo yang muncul dalam badan manusianya.

Rating rendah Cerita fantasi romantik ini ternyata berjaya membuatkan ramai orang yang tersenyum simpul melihat komelan kucing putih tersebut bersama tuannya, Solah. Drama ini tidak seberat naskhah thriller atau pun misteri, tetapi ia mampu meringankan stres penonton kerana plotnya yang ringan dan menghiburkan.
Pun begitu, “Meow: The Secret Boy” hanya mampu meraih rating sederhana pada episod awalnya dengan catatan 3.6% dan 2.8% sahaja. Lantas meletakkannya di tempat terakhir dalam slot tersebut berbanding dengan drama lain seperti “Memorist”, “Find Me In Your Memory”. Rating tersebut jatuh sedikit kepada 1.6% dan 1.8% pada episod kedua, mungkin kerana drama popular “Hospital Playlist” turut menyertai persaingan dalam slot tersebut pada hari Khamis.
Sekiranya anda peminat drama fantasi yang dipenuhi dengan kisah romantik, jangan lupa untuk menyaksikan “Meow: The Secret Boy” pada setiap Rabu dan Khamis di saluran KBS!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kimchidaily.my/kucing-jadi-manusia-drama-fantasi-romantik-meow-the-secret-boy-mula-dengan-rating-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Separuh Jalan Tapi Rating Kekal Pada Paras 2 Penonton Puji Ketenangan Drama When The Weather Is Fine

Sudah Separuh Jalan Tapi Rating Kekal Pada Paras 2 Penonton Puji Ketenangan Drama When The Weather Is Fine

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 313 hits
Semasa drama When The Weather Is Fine mula diuar uarkan kepada penonton K Drama ramai yang meluahkan rasa teruja kerana tak sabar mahu menonton gandingan dua pelakon terkenal iaitu Park Minyoung dan Seo Kangjoon Tambahan pula ia membawa gen...
The Game Towards Zero Tamat Dengan Rating Rendah Adakah Dek Lakonan Kayu Lee Yeonhee Ok Taecyeon

The Game Towards Zero Tamat Dengan Rating Rendah Adakah Dek Lakonan Kayu Lee Yeonhee Ok Taecyeon

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 236 hits
Selepas 16 episod bersiaran akhirnya tamat sudah drama thriller dan misteri iaitu The Game Towards Zero di saluran MBC Membuatkan penonton tak senang duduk sepanjang tayangannya kini semua sudah boleh menarik nafas lega kerana semua persoal...
Selepas Watak Kasihan Dalam Vip Jang Nara Kembali Dengan Drama Komedi Romantik Oh My Baby

Selepas Watak Kasihan Dalam Vip Jang Nara Kembali Dengan Drama Komedi Romantik Oh My Baby

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 242 hits
Ramai pasti masih terkesan lagi dengan kekecewaan yang dialami watak Jang Nara dalam drama VIP yang ditayangkan pada tahun lepas Betapa luluhnya hati seorang isteri apabila suami yang dicintai rupanya main kayu tiga dengan gadis muda juga m...
Kembali Ke Setahun Lepas 365 Repeat The Year Mula Dengan Rating Stabil Penonton Puji Plot Cerita

Kembali Ke Setahun Lepas 365 Repeat The Year Mula Dengan Rating Stabil Penonton Puji Plot Cerita

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 237 hits
MBC kini kembali dengan drama misteri terbaru iaitu 365 Repeat The Year di mana ia membawa kisah 10 orang yang diberi peluang untuk kembali ke setahun lepas untuk menjalani semula kehidupan mereka dalam tempoh tersebut Episod awal ini lebih...
Lee Bo Young Yoo Ji Tae Cuba Untuk Bersama Dalam Teaser Drama Romantik Terbaru

Lee Bo Young Yoo Ji Tae Cuba Untuk Bersama Dalam Teaser Drama Romantik Terbaru

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 243 hits
tvN telah melancarkan teaser drama terbaru Blossom yang memaparkan pertemuan diantara Han Jae Hyun dan Yoon Ji Soo Anda boleh saksikan teaser tersebut dibawah Watak Han Jae Hyun dilakonan oleh Lee Bo Young dan Jeon So Nee manakala Yoon Ji S...
Drama Find Me In Your Memory Mula Dengan Rating Stabil Penonton Puji Lakonan Kim Dongwook

Drama Find Me In Your Memory Mula Dengan Rating Stabil Penonton Puji Lakonan Kim Dongwook

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 237 hits
Apakah perasaan anda bila anda merupakan seorang yang susah untuk melupakan tentang sesuatu Adakah ia akan berguna membantu atau pun boleh tegakkan keadilan tetapi dengan syarat anda akan sentiasa ingat memori masa lampau yang menyakitkan I...
16 Joyful Diy Easter Centerpiece Ideas That Will Draw All The Attention

16 Joyful Diy Easter Centerpiece Ideas That Will Draw All The Attention

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 242 hits
As you re working on your Easter home decorations you should also think about what you ll do about the table I mean the whole family s going to be around for Easter so it would be a The post appeared first on
Swan Song Of The Pm In Waiting

Swan Song Of The Pm In Waiting

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 149 hits
Que sera sera This is how it ends said Anwar Ibrahim to CNBC in his latest media interview Brave and accepting words indeed for someone whose major aspiration in life was to be the next prime minister of Malaysia The problem is just that fo...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say

Reflections On 25 Years Can Pkr Realise Its Reform Goals

7 Petunjuk Tentukan Kemenangan Prk Kuala Kubu Bharu

Tular Gambar Pelupusan Beras Amp Barang Dapur Di Temerloh Pahang Bekas Mp Kuala Krau Tampil Mengaku Bertanggungjawab

Noorkhiriah Disangka Sudah Meninggal Dunia Hanya Kerana Akak Hidup Lagi Dik Baru 5 Hari Kau Dah Arwah Kan Akak