Kucing Berulat
Aku sebenarnya tak suka kucing,Tp kucing penuh dlm kawasan rumah aku.Kucing yg ramai2 ni hasil dari orang yg tak bertanggung jawab telah buang kucing2 mereka dgn selamba muka depan rumah aku,Oleh kerana itu,aku nmpk seperti suka kpd kucing..Walau pun aku tak suka kucing,aku tak lah sampai hati nak buang plk kucing2 tersebut,kesian bila tgk dlm mata nya,Jadi aku tak sampai hati.Oleh kerana tak sampai hati nak buang semula kucing2 yg dibuang maka ramai lah kucing kat rumah aku..Walau mcm mana baik aku kpd kucing2 ni,aku tak lah sampai bawak masuk semua kucing2 ni kedalam rumah,aku hanya biarkan mereka dicucur atap rumah,Cuma yg perlu aku buat hanya bagi makan je hari2,Walau pun aku biar je kat luar tp tempat dia binatang ni tidur sangat selesa,Aku rasa tugas aku dah selesai kpd makhluk tuhan yg bernama kucing.Dia binatang ni tak kan dakwa aku di akhirat nanti,Aku rasa lah....
Yang aku nak cerita tentang seekur kucing jantan putih yg aku bagi nama GEMUK kerana dia sangat gemuk,Oleh kerana gemuk dan hensem tentu dia jadi mcm jaguh,selalu kehulu dan kehilir,Oleh kerana jantan mungkin dia jadi rebutan sehingga dia berkelahi dgn kucing2 yg lain,walaupun dia ni hensem tp tak pandai berlawan,dia telah kalah teruk,dia seolah2 hilang sehinggakan dia balik pada hari raya baru2 ni dgn muka dah berulat dan cedera diseluruh badan,Oleh kerana hari raya aku tak dapat buat apa2,hanya isi minyak gamat jer tempat yg berulat,busuk jangan cerita lah.Pada hari raya ke-3 aku pergi ke pejabat haiwan untuk minta ubat dan cerita kpd pegawai yg bertugas,Aku rasa jgk malu kerana hanya seekur kucing sehingga perlu minta ubat di pejabat haiwan..Pegawai bertugas meminta aku bawa kucing yg aku maksudkan utk mereka rawat,mereka enggan bagi ubat yg diminta,Nak tak nak aku terpaksa balik utk ambik kucing yg dah buruk muka nya.Kali ini aku bawak ramai dari anak2 saudara aku yg baik dgn kucing yg dah berulat muka nya,Walau pun dimasa ini masih lagi dalam keadaan PKPB,aku tak peduli sangat tentang itu untuk bawak ramai2 anak2 saudara aku naik kereta ramai2 lagi pun bandar kat tempat aku ni tak lah dikuat kuasakan sangat,mungkin hulu terengganu kawasan hijau covid 19,jadi pihak polis pun tak ambik kisah sangat tentang larangan,jadi penuh lah kereta aku dengan anak saudara aku yg kecik sehingga kpd yg besar2,hehehehe,Kucing ni aku panggil gemuk,kerana dia gemuk sebelum dia sakit,apabila aku panggil je dia,dia mesti meluru untuk mendapatkan aku.Selain nama gemuk,nama dia jugak putih..Tp kalau aku panggil putih dia tak hirau,panggil gemuk jer baru dia angkat muka,Suka lah tu dipanggil gemuk.dimasa sakit ni dia sangat kurus,kurus kering.
Dipejabat haiwan kita mesti mematuhi sop nya sendiri kerana sekarang ni masih lagi dalam wabak covid 19.Sop nya ialah seperti basuh tangan dgn mengunakan sanitizer dan air,Setelah itu tulis nama plk kat buku pendaftaran,Hanya dua orang sajer dibenarkan masuk kat bilik rawatan,Dalam bilik rawatan kita tak ada buat apa2 pun cuma tenguk je,Doktor haiwan yg merawatnya,Kita tak sentuh apa2 pun,cuma tenguk je,Doktor basuh tempat yg berulat dan isi ubat serta cocok kucing tu sejarum,Setelah itu balik setelah rawatan selama lebih kurang 20 minit,Doktor yg bertugas memberi jaminan kucing aku akan sembuh,tak perlu risau tapi dengan berjanji mesti bawak balik kat klinik haiwan kalau kucing tak sembuh..Diperjalanan balik aku dapati ulat keluar dengan banyak,mungkin ubat yg diisi telah berkesan sangat2.Bayaran yg dikenakan sebanyak 10 ringgit,Sebelum dari tu mak2 kpd anak saudara aku dah bagi tau,kalau bayaran nya mahal,contoh nya dua tiga ratus ringgit harap talipon,dia orang nak belanja,Makna nya ada yg sangup bayar untuk rawatan kucing aku ni walaupun harga mahal
Tempat yg paling teruk berulat disebelah pipi nya yg kanan,punya lah byk ulat mungkin lebih dari seratus ekor.Kesian nya aku sehingga bawak dia berubat kat pejabat haiwan,Aku tak pernah bawak kucing utk dirawat sebelum ini.Sesungguh nya aku mcm nak menitik air mata tenguk kucing dalam kesakitan,(ishhhh emosi nya aku)
Pada keesukan nya yakni hari raya keempat kucing aku dah menampakan kesembuhan dengan meminum air serta makan,Tempat yg bernanah serta berulat dah pun kering,Aku rasa dia akan sembuh sepenuhnya dalam tiga empat hari lagi,SEKIAN.
Ni lah rupa pejabat haiwan kat tempat aku,kuala berang hulu terengganu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://azramsulong.blogspot.com/2020/05/kucing-berulat.html