Kubur Penuh Mayat Pesakit Covid 19 Terpaksa Tumpang Kubur Jenazah Lain
Kubur Penuh,Mayat Pesakit COVID-19 Terpaksa ‘Tumpang’ Kubur Jenazah Lain
Mayat-mayat pesakit COVID-19 beragama Islam hanya diterima untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta Timur, Indonesia melalui sistem tumpang.
Memetik laporan Detiknews, ia disebabkan berikutan kouta tanah perkuburan bagi mayat pesakit COVID-19 Muslim di situ didapati sudah penuh.
Wakil pengurusan tanah perkuburan, Muhaemin berkata, keadaan itu memaksa pihaknya untuk ‘sekalikan’ dua mayat dalam satu lubang kubur yang sama melalui sistem ‘tumpang’.
“Hingga ketika ini, tanah perkuburan untuk jenazah COVID-19 Muslim sudah penuh, manakala tapak kubur bagi jenazah COVID-19 beragama Kristian pula masih berbaki lebih kurang 100 petak lagi,” katanya pada semalam.
Jelasnya, sistem tumpang kubur itu dilaksanakan dengan cara pertindihan; iaitu dua mayat yang ditanam sekaligus dalam satu pusara yang sama.
Kata Muhaemin, sistem itu perlu mendapat persetujuan pihak keluarga si mati terlebih dahulu.
“Contohnya, mayat bagi keluarga A telah ditanam di tanah perkuburan ini. Kemudian terdapat jenazah pesakit COVID-19 baharu yang kami terima, maka kami akan menanamnya di dalam kubur mayat keluarga A tadi.
“Syaratnya perlu ada permohonan keluarga dan persetujuan antara kedua-dua pihak waris si mati,” katanya lagi.
Dalam pada itu, baki tapak kubur yang tinggal setakat ini pun didakwa berada di kawasan yang tidak ‘selamat’.
“Ada satu dua tapak kubur Muslim yang tinggal, tapi mungkin tidak selamat kerana berada di kawasan tebing, boleh berlaku tanah runtuh.
“Kalau keadaan tanah sudah diratakan, mungkin jadi lebih baik,” katanya.
Difahamkan, tanah perkuburan tersebut sebenarnya sudah mula penuh sejak awal November lalu.
Sumber: Detiknews
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://qasyahfulmalayworld.blogspot.com/2020/12/kubur-penuhmayat-pesakit-covid-19.html