Kubu Bn Ph Di Negeri Sembilan Mula Terjejas



GERAK kerja yang ditumpukan Perikatan Nasional (PN) melalui siri jelajah dan rapat umum sejak awal tahun menunjukkan perkembangan positif di negeri Negeri Sembilan, kata pemimpin parti ini.
Mereka percaya kubu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang selama ini gagal ditembusi di Negeri Sembilan mula terjejas dengan kempen menampilkan pemimpin kanan PN.
Seorang pemimpin akar umbi PAS yang tidak mahu dinamakan berkata, usaha itu jelas menunjukkan hasil terutama dalam ceramah perdana yang diadakan pada Ahad lalu di Senawang.
“Memang ketika ini segala gerak kerja tertumpu di Negeri Sembilan. Ceramah perdana ini memang sengaja diadakan di negeri ini bagi mengukur tahap sokongan.
“Daripada pemerhatian kita dengan kehadiran ramai pengunjung pada ceramah itu kita sangat yakin hasrat PN untuk menembusi negeri pada PRN ini akan dapat dilakukan,” katanya.
PN pada masa ini tidak menguasai sebarang kerusi negeri mahupun Parlimen di Negeri Sembilan.
Dalam PRU15, BN mendominasi lima daripada lapan kerusi Parlimen di negeri tersebut manakala baki tiga lagi dimenangi PH.
Dalam PRU14 pula, PH berjaya menguasai Negeri Sembilan apabila menang 20 kerusi manakala BN menang 16 kerusi.
PAS yang bertanding di 29 kerusi pula berputih mata.
Parti itu melalui gabungannya PN pada Januari lepas seterusnya menetapkan sasaran untuk menguasai majoriti mudah dalam PRN kali ini.
Sasar undi protes pengundi Umno
Mengulas lanjut, pemimpin akar umbi itu menjelaskan PN mengharapkan undi protes dari penyokong Umno yang menolak kerjasama dengan PH.
“Kita sangat yakin akan ada undi protes daripada pengundi Umno yang kecewa parti mereka tidak lagi memperjuangkan hak orang Melayu apabila bekerjasama dengan PH dan DAP.
“Sentimen itu sangat kuat memandangkan sekarang ini pun kita banyak terima permohonan ahli Umno yang ingin menyertai PAS,” katanya.
Keyakinan itu juga berdasarkan prestasi PAS yang semakin popular walaupun tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen dalam PRU15 lalu di Negeri Sembilan, katanya.
Jelasnya, pencapaian PAS sebenarnya baik kerana menduduki tempat teratas dalam pilihan pengundi mengikut saluran Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Oleh itu, mereka melihat kerusi negeri seperti Lenggeng, Ampangan, Paroi dan Batang Pinang berpotensi untuk dimenangi.
“Contoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kita yakin akan dapat tarik banyak undi dari pengundi Umno.
“Bagi pengundi Cina kita tahu susah sebenarnya nak tarik mereka tapi kalau PN dapat 10% daripada undi mereka sebenarnya sudah cukup untuk menjamin kemenangan PN di kerusi itu.”
Ditanya mengenai pembahagian kerusi, pemimpin itu berkata rundingan telah hampir selesai dengan kemungkinan PAS dijangka bertanding sebanyak 12 atau 14 kerusi.
“Selebihnya akan dibahagikan kepada Bersatu dan Gerakan, cuma kita menunggu keputusan akhir untuk dimuktamad kerana ia bergantung juga kepada percaturan semasa.
“Sebab kita lihat ia berdasarkan senario kehadiran beberapa tokoh yang akan menyertai PN,” katanya.
Beliau menjangka keputusan itu akan dimuktamadkan dan dapat diumumkan pada pertengahan bulan ini.
Sementara itu Ketua Penerangan PN Negeri Sembilan Khairul Yazman Yahya berkata ceramah perdana pada Ahad lepas telah memberi isyarat untuk PN berusaha lebih di negeri itu.
Beliau berkata dengan sambutan yang begitu memberangsangkan sangat jelas bahawa terdapat perubahan sentimen yang besar di negeri itu.
“Kita nampak mood rakyat berubah dari PH-BN kepada PN.
“Biarpun PN tidak ada satu kerusi di negeri ini tapi kita ada peningkatan dari segi jumlah undi menyebabkan kita yakin dapat PN akan dapat menembusi negeri itu pada PRN kali ini,” katanya.
Ujarnya, keyakinan itu juga ditambah dengan hasil kajian parti itu yang mendapati 60% kaum Melayu menyokong PN.
“Kekalahan kita pada PRU15 kerana ketika itu PN masih belum bersedia terutama dari sudut kerjasama dan gerak kerja di peringkat parti.
“Namun kita sudah buat post mortem mengenal pasti kelemahan dan perkara itu yang kita sedang perbaiki,” katanya.
Pemimpin itu juga menyedari cabaran PN di Negeri Sembilan bagi PRN kali ini tidak mudah kerana perlu berhadapan dengan pengaruh daripada kerajaan pusat.
“Kalau di Negeri Sembilan bila BN dan PN bergabung di peringkat pusat ia juga menjadikan seolah-olah kerajaan negeri turut bergabung.
“Sebab itu gerak kerja kita sangat agresif. Kita telah gerakkan pelbagai usaha sejak dari hari pertama penubuhan kerajaan perpaduan,” katanya.
Jelasnya, usaha tersebut dikhususkan dengan menumpukan kawasan sasaran kelompok.
“Sebaik sahaja PRU15 kita telah kenal pasti kerusi yang mempunyai potensi menang dan kita tumpukan program di kawasan itu dan mengadakan pertemuan kelompok lebih kecil.
“Hasilnya yang kita dapat lihat pada ceramah perdana Ahad lepas,” katanya.
Ditanya mengenai pembahagian kerusi pula, beliau berkata ia sudah selesai dan hanya menunggu untuk diumumkan oleh pimpinan tertinggi.
Beliau berkata, soal pemilihan calon juga akan diputuskan pemimpin tertinggi - TMI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/kubu-bn-ph-di-negeri-sembilan-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Biar Bn Tanding Di Kubu Kuat Negeri Sembilan Ph Diberitahu

Bahaya Biar Bn Tanding Di Kubu Kuat Negeri Sembilan Ph Diberitahu

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 122 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Pakatan Harapan mengambil risiko besar jika membenarkan Barisan Nasional bertanding di kubu kuatnya di kawasan bandar Negeri Sembilan menurut penganalisis politik Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia ber...
Bubar Dun Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang

Bubar Dun Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 407 hits
BUBAR DUN KELANTAN TERENGGANU KEDAH SELANGOR NEGERI SEMBILAN PULAU PINANG Untuk makluman anda Pilihan Raya Negeri bagi Kelantan Terengganu Kedah Selangor Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan diadakan pada Mac atau Ogos 2023 Disini...
Peja Dilantik Sebagai Pengerusi Pn Negeri Sembilan Gara Gara Kalah Di Tambun Peja Cuba Nasib Di Negeri Sembilan

Peja Dilantik Sebagai Pengerusi Pn Negeri Sembilan Gara Gara Kalah Di Tambun Peja Cuba Nasib Di Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 3/6/2023 - jumlah : 162 hits
Peja dilantik sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan gara gara kalah di Tambun Peja cuba nasib di Negeri Sembilan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengesahkan Beliau dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasiona...
Pas Perikatan Can Take Over Selangor Negeri Sembilan If Khairy And Noh Join Us

Pas Perikatan Can Take Over Selangor Negeri Sembilan If Khairy And Noh Join Us

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 150 hits
PAS Datuk Hashim Jasin reportedly said that Perikatan Nasional can take over Negeri Sembilan and Selangor from Pakatan Harapan in the upcoming state elections if ousted Umno members Khairy Jamaluddin and Tan Sri Noh Omar join them In a repo...
Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan Bantu 4000 Pelajar

Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri Selangor Dan Wilayah Persekutuan Bantu 4000 Pelajar

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 299 hits
Baru baru ini AlongMurni telah hadir ke Majlis Penganjuran PROGRAM JELAJAH IKON MADANI PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia Program JELAJAH IKON MA...
Zahid Ingatkan Anwar Lantik Wakil Umno Ke Exco Kerajaan Negeri

Zahid Ingatkan Anwar Lantik Wakil Umno Ke Exco Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 259 hits
freemalaysiatoday com 09 Jun 2023Umno mahu diwakili dalam exco kerajaan negeri yang ditadbir PH dan ia akan pertahankan penguasaan gabungan itu di Pulau Pinang Selangor dan Negeri Sembilan Zahid Hamidi bersama Pengerusi PH Anwar Ibrahim di ...
Ranking Negeri Terbaik Spm 2022

Ranking Negeri Terbaik Spm 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 404 hits
Ranking keputusan SPM 2022 mengikut negeri Senarai negeri mengikut pencapaian keputusan peperiksaan SPM 2022 Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia negeri disampaikan di dalam bentuk indeks Gred Purata Negeri di mana nilai GPN yang lebih kecil...
M Sian Man Slammed For Feeding Monkeys Poisoned Food

Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Mp Pas Dicabar Menamakan Biawak Baru Jantan Namanya

Tanda Kolesterol Tinggi Yang Ramai Tak Sedar

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous

Filem Emp4t

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

Rukun Solat

I Gps 2025 Insentif Graduan Pulang Sarawak