Kubis Goreng Ala Mamak Dan Kekayaan




Saya terlihat satu video Prof Mas berkenaan ada seorang kawan beliau yang bekerja di bandar dan tinggal di rumah teres. Bila dicadang supaya membina sebuah rumah banglo, kawannya memberitahu dia telah membina rumah besar di kampung yang mana beliau ingin tinggal selepas bersara. Tapi selepas bersara, dia disambung lagi kontrak perkhidmatan selama 2 tahun. 
Semasa dalam kontrak, tiba tiba dia meninggal. Siapa yang duduk rumah dia. Kesian dia tak dapat merasa nikmat rumah besar yang telah dibina dengan sofa jati yang indah itu. Sebab itu, nikmati hari ini dan saat ini semasa kita masih hidup. Esok tak tahu keadaan diri kita. Jangan simpan simpan, hargai diri kita. Sayangi diri kita. Nikmati sehingga kita rasa puas. 
Kalau mampu, jalani dan nikmatilah hidup ini dengan sebaiknya. Ada orang memang suka melihat saving di dalam bank yang banyak. Seronok melihat duit berjuta juta. Bila melihat cara hidupnya seperti orang yang tidak banyak duit, pakai baju murah, tiada handbag berjenama. Hidup dengan berjimat cermat dan berkira. 
Tapi bila mati, tak kira siapa pun, tak ada seorang pun akan membawa duit dan harta ke dalam kubur. Malahan orang yang berharta dan berduit, lagi banyak soaljawabnya. Umpama banyak soal jawab oleh immegresen, jika kita balik dengan membawa pelbagai barangan masuk di airport. 
Kadang terfikir macam mana ya orang yang terlampau kaya yang telah mati dan belum mati, bila harta kekayaannya agak diragui dan diperkatakan ramai sebagai sumber yang tidak berapa bersih. maksudnya diperolehi dengan salah guna kuasa atau dengan rasuah dsb. Bayangkan harta 30 billion. Yang pasti, akan ditanya dari mana kita dapat harta tersebut, cara macam mana dan bagaimana cara ianya dibelanjakan.
Jadi kita tak perlu rasa jeles pun dengan orang kaya, orang berkuasa hatta vvvvip sekali pun, kerana setiap apa yang kita ada semuanya akan dipertanggungjawabkan. Apalagi kalau kita menpunyai hutang dengan manusia termasuklah hutang nyawa, hutang maruah dsb. Kembalikan semuanya kepada Allah.  Kalau yang berkuasa tapi jadi bisu melihat kemungkaran, jika perlu menjawab. OK setakat ini dahulu.

Saya kalau pergi restoran nasi kandar, suka ambil sayur kubis goreng ni. Makan pulak dengan kuah kari dan ayam goreng, memang padu lah. Membuatnya pun tak susah. Yang penting, sedap.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Kobis Goreng Ala MamakOleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:½ biji sayur kobis - hiris panjang½ batang karot - hiris panjang1 sudu kecil biji sawi2 tangkai cili kering dan 1 tangkai cili merah½ sudu kecil serbuk kunyitGaram Gula secukup rasa
Bahan hiris:4 biji bawang merah4 ulas bawang putih
Cara-cara:Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris sehingga wangi. Masukkan biji sawi dan cili kering.
Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh lembut. Masukkan kobis dan sedikit serbuk kunyit. Masukkan sedikit air untuk bahan meresap dan sebati.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan cili merah. Setelah kobis layu, boleh tutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/08/kubis-goreng-ala-mamak-dan-kekayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 382 hits
Assalamualaikum WBT SEKARANG ni macam dah jadi rutin hari minggu pulak kami akan keluar cuma pada hari sabtu sahaja Hari ahad tu duduklah rumah sepanjang hari Satu lagi kalau pagi tu dah sarapan kat luar Sk akan sediakan makanan untuk makan...
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1761 hits
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah Bagi penggemar makanan berempah sotong kari mamak sememangnya antara hidangan yang mampu membuka selera Kari sotong merupakan antara hidangan tradisional yang cukup digemari di...
Nikmati Keunikan Ikan Terubuk Masin Kukus Ala Thai Gabungan Rasa Tradisional Pedas Ala Thailand

Nikmati Keunikan Ikan Terubuk Masin Kukus Ala Thai Gabungan Rasa Tradisional Pedas Ala Thailand

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 679 hits
Bila pergi ke Sarawak antara buah tangan popular dari sana ialah ikan terubuk masin Wah ikan ni kalau goreng memang sedap makan panas panas Tapi tahu tak ikan terubuk ni sebenarnya boleh dimasak secara stim juga Menerusi resipi yang dikongs...
Bihun Goreng Kampung

Bihun Goreng Kampung

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 519 hits
Bihun Goreng Kampung Terima kasih sebab yang beri kata kata semangat pada nieyl Jangan risau nieyl dah berjanji pada diri nieyl kena sentiasa positif dan bersyukur dengan apa yang Allah dah berikan sekarang Akhirnya plan nak masak bihun gor...
Frame Ala Ala Country Cottage

Frame Ala Ala Country Cottage

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 320 hits
Assalaam Sulaman cross stitch yang KY oder dari Neeza n Stitch sudah sampai tak sabar nak bubuh dalam frame yang sedia menanti yang KY beli di Ikea masa shopping bulan ramadhan lepas kan KY ada kata nak decorate rumah KY ni ala ala country ...
Rahsia Ayam Kam Heong Ala Restoran Masak Kat Rumah Pun Jadi

Rahsia Ayam Kam Heong Ala Restoran Masak Kat Rumah Pun Jadi

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 578 hits
Sedapnya Kam Heong ni Kalau makan di restoran mahal juga Tak puas makan Jadi hari ni RASA nak kongsi resipi perkongsian dari yang anda boleh try masak di rumah Selain ayam menu ni juga boleh menggunakan udang atau lala Hmmm bestnya Jom liha...
Mak Masak Nasi Goreng Alasan Murid Lewat Sekolah Bikin Netizen Terhibur

Mak Masak Nasi Goreng Alasan Murid Lewat Sekolah Bikin Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 242 hits
Mak suruh masukkan ikan dalam akuarium Itu bukan skrip drama atau dialog rekaan tetapi alasan jujur seorang murid sekolah rendah apabila ditanya pengawas sebab datang lewat ke sekolah Alasan unik itu mencuri perhatian ramai selepas dikongsi...
Roti Bakar Ala Kopitiam Yang Simple Je Tapi Sedap

Roti Bakar Ala Kopitiam Yang Simple Je Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 638 hits
Kalau teringin nak makan Roti Bakar ala Kopitiam boleh saja buat sendiri di rumah Mudah saja caranya Hanya guna air fryer anda dah boleh dapat hidangan roti yang rangup di luar dengan kombinasi rasa manis kaya dan lemak mentega yang mencair...
Hiburan Ramai Harap Berjodohan Roslan Shah Akui Tidak Setanding Dato Vida Kekayaan Tidak Sama

Hiburan Ramai Harap Berjodohan Roslan Shah Akui Tidak Setanding Dato Vida Kekayaan Tidak Sama

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 534 hits
Gelagat penyanyi dan pengacara Roslan Shah bersama usahawan sensasi Datuk Seri Vida ketika menjalani aktiviti paranormal di Singapura baru baru ini mencuri perhatian netizen Ramai terhibur melihat sisi berbeza Roslan atau mesra disapa Cik L...
Buku Taubatku Untuk Siapa Renungan Mendalam Tentang Taubat Karya Ibnu Jauzi

Rumah Perdana Menteri Nepal Dibakar Penunjuk Perasaan

Leona Sakat Rees Tentang Ciri Ciri Kekasih Hati Ramai Wanita Tak Keruan Asslamualaikum Adik Ipar

Another Knock For Zii Jia In Opener Defeat To Jun Hao

Over 190 People Evacuated From Flooding In Beaufort

Dia Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti Pantun Nafiz Muaz Curi Perhatian Ramai

Terengganu Pelajar Tingkatan Empat Pecut Kereta Rempuh Polis Tular Di Kuala Nerus

Iuc Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa Di Jepun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan

Pelajar Hafizah Raih 10a Spm Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun

Malaysians Think They Can Outsmart Scammers But 73 Still Fall Victim

Honor Confirms The Mystery Smartphone Introducing Honor X9d 5g

Villa Bo By Alexis Dornier A Sculptural Tropical Villa In Tampah Hills Lombok

Zuraida Says She Told Off Anwar For Picking Farhash As Political Aide