Kuat Menyusu Meragam Tanda Bayi Sedang Membesar Berlaku 5 Kali Sebelum Usia Setahun


Bayi anda tiba-tiba sahaja berubah jadi kuat menyusu dan kuat meragam. Kalau dulu dia senang ke nak tidur dan tidak kisah bermain sendirian, kini dia berubah suka merengek, cranky, minum susu lebih banyak dan mudah menangis. Kenapa ya, ada kaitan dengan beralih bulan atau growth spurts kah?

Pertumbuhan bayi pada tahun pertama hidup adalah cepat dan penuh dengan perubahan emosi. Bayi secara purata membesar setengah inci hingga satu inci setiap bulan dan pertambahan beratnya lima hingga tujuh auns setiap minggu pada enam bulan pertama.
Berat ketika lahirnya dengan  akan meningkat kepada dua kali handa pada usia lima bulan dan tiga kali ganda usia setahun. (Bayi lelaki baru lahir cenderung  untuk lebih berat dan panjang berbanding bayi baru lahir perempuan)
Proses pertumbuhan yang pesat ini terjadi dalam jangka masa yang sangat singkat. Dan ini dinamakan aselerasi pertumbuhan atau lebih dikenali sebagai growth spurt. Di mana dalam istilah tempatannya ialah ‘beralih bulan’. 

BILAKAH BAYI MENGALAMI GROWTH SPURTS?
Setiap bayi berbeza, ada garis pertumbuhan pertumbuhan yang berbeza. Selalunya ia berlaku pada usia bayi seperti berikut;
Growth spurts pertama berlaku kira-kira 7 hingga 10 hari selepas kelahiran, tepat pada masanya bekalan susu ibu ibu menyusu mula stabil dan kebanyakan bayi mula bertambah berat badan. Growth spurts kedua antara 3 dan 6 minggu Growth spurts ketiga dan seterusnya pada usia 3, 6 dan 9 bulan.
TEMPOH MASA GROWTH SPURTS
Growth spurts selalunya berlaku dengan cepat, iaitu dua hingga tiga hari bagi setiap kali. Ini menyebabkan ramai ibu bapa yang tidak perasan atau menyedari yang si manja sedang melalui growth spurts. Ia adalah proses yang normal dan tidak ada yang perlu ditakuti.
TANDA-TANDA BAYI ALAMI GROWTH SPURTS
Setiap bayi adalah unik. Mereka melalui tanda-tanda yang sama dan ada yang mengalami simptom yang berbeza.
KERAP LAPAR DAN KUAT MENYUSU
Kelaparan meningkat dan ini menyebabkan bayi jadi kuat menyusu atau makan. Jika bayi masih menyusu, mereka akan sentiasa mahu menyusu atau mengempeng.
MASALAH TIDUR MALAM
Bayi anda yang selama ini mudah untuk tidur malam kini suka berjaga pula. Waktu malam pun suka bermain tidak mahu tidur dan mahu makan atau menyusu.
SUKA MERAGAM
Cenderung untuk mengamuk atau menangis apabila apa yang dikehendaki tidak dipenuhi. Apabila lapar dan penat (akibat tidak tidur secukupnya), bayi akan mudah emosi dan menangis walau pun apa yang terjadi adalah perkara yang kecil yang sebelum ini mereka tidak kisah.

 
TIP KENDALIKAN BAYI YANG SEDANG ALAMI GROWTH SPURTS
Jadi, mama dan papa kena pandai telah mengenali tanda-tanda pertumbuhan  growth spurt ini supaya boleh bertindak dengan betul.
HADKAN MAKANAN PEJAL PADA WAKTU TENGAH MALAM
Pakar mengesyorkan untuk memberikan susu, air dan sajian makanan pejal (sekiranya bayi sudah mula makan makanan pejal) pada siang hari. Ini kerana pada waktu siang, mereka akan sibuk dengan aktiviti dan memerlukan ‘bahan bakar’ tambahan!
Tapi pada sebelah malam, anda perlu kurangkan pemberian makanan sebaliknya berikan susu sahaja kerana bayi perlukan tidur dan rehat secukupnya.

ELAKKAN MENENANGKAN DENGAN MAKANAN
Menenangkan dengan makanan juga boleh menyebabkan si kecil menyusu terlalu berlebihan. Sebelum anda memberikan susu, cari isyarat asas lapar, seperti  tangisannya atau gesaan untuk mencapai payudara/  botol susu. Tetapi pastikan ia tidak berlebihan. Bila bayi memalingkan wajah daripada payudara atau botol, bermakna mereka sudah kenyang. Jangan dipaksa mereka menghabiskan kesemuanya!
CARI ALTERNATIF UNTUK MENENANGKAN
Jika si manja sudah minum susu secukupnya itiga jam sebelum itu dan berat badannya ketika itu naik dengan baik, anda boleh cuba alternatif lain untuk menenangkannya iaitu dengan menukarkan lampin, membedungnya semula dan mendodoinya. Anda juga boleh lakukan apa sahaja perkara lain kerana pada peringkat ini, bayi anda akan lebih sukar untuk ditenangkan dan dihiburkan.

ADAKAH BAYI SAYA OK?
Walaupun bayi sudah naik berat badan, bagi memastikan dia berada pada trek yang betul, anda perlu merujuk kepada carta pertumbuhannya.
Pakar pediatrik anda akan mengukur dan menjejaki ketinggian dan panjang bayi semasa pemeriksaan (yang kerap semasa 18 bulan pertama) dan mencari corak dan trend. Sekiranya pertumbuhan bayi menyimpang secara mendadak naik atau turun daripada lengkung individunya, itu boleh menjadi penunjuk masalah seperti penyakit atau penyakit.
Anda tidak perlu menunggu temujanji kesihatan untuk bercakap dengan doktor anda tentang pertumbuhan bayi. Sekiranya anda mempunyai keprihatinan mengenai aselerasi pertumbuhan ini  atau sebarang aspek perkembangan kanak-kanak, rujuk dan berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.

The post Kuat Menyusu & Meragam Tanda Bayi Sedang Membesar. Berlaku 5 Kali Sebelum Usia Setahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kuat-menyusu-meragam-tanda-bayi-sedang-membesar-berlaku-5-kali-sebelum-usia-setahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasian Bayi 8 Bulan Ditusuk 90 Kali Dengan Gunting Gara Gara Gigit Puting Ibunya Saat Menyusu

Kasian Bayi 8 Bulan Ditusuk 90 Kali Dengan Gunting Gara Gara Gigit Puting Ibunya Saat Menyusu

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 732 hits
Seorang bayi laki laki berusia delapan bulan beruntung masih hidup setelah dia ditusuk 90 kali oleh ibunya Tusukan gunting oleh ibunya itu mengenai sebagian besar di wajahnya Ini terjadi karena bayi itu menggigit puting ibunya saat ia menyu...
Menangis Waktu Senja Atau Tengah Malam Riak Wajah Takut Tanda Bayi Alami Gangguan

Menangis Waktu Senja Atau Tengah Malam Riak Wajah Takut Tanda Bayi Alami Gangguan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 423 hits
Bayi menangis merupakan perkara biasa Antara sebab yang sering membuatkan bayi menangis kerana lapar kesejukan panas atau ibu tiada dekat dengannya Ada juga bayi menangis sebab sawan tangis atau pun akibat gangguan luar Pada kebiasaannya ta...
Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 546 hits
Peringatan untuk ibu bapa yang ada anak kecil kenapa kita dilarang memukul anak kecil yang sedang menangis Mesti ibu bapa akan rasa habis tu kalau anak mengamuk menjerit tak kan nak biarkan Mesti kena ajar Berdasarkan hadis Rasulullah SAW b...
Ini Syarat Penting Sebelum Memberikan Susu Tambahan Bagi Bayi

Ini Syarat Penting Sebelum Memberikan Susu Tambahan Bagi Bayi

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 314 hits
Asih Setiarini ahli gizi Fakultas Kesehatan Masyarakat Universitas Indonesia mengatakan bahwa jika masalah ini dialami ibu boleh memberikan susu tambahan untuk pendamping ASI Tentunya sesuai dengan memperhatikan usia dan ketentuan dari susu...
Anak Berjaga Malam Kuat Meragam Kena Rajin Diurut Bila Selesa Tidur Pun Lena

Anak Berjaga Malam Kuat Meragam Kena Rajin Diurut Bila Selesa Tidur Pun Lena

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 452 hits
Bayi meragam nak berjaga malam memang mencabar untuk ibu ayah Apa kata buat urutan bayi langkahnya pun mudah Confirm si kecil suka masalah susah tidur boleh diatasi Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena Mama dan papa kena raj...
Lebih Baik Kita Menilai Seribu Kali Diri Kita Sebelum Kita Menilai Orang Lain Walaupun Sekali

Lebih Baik Kita Menilai Seribu Kali Diri Kita Sebelum Kita Menilai Orang Lain Walaupun Sekali

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 389 hits
Lebih baik kita menilai seribu kali diri kita sebelum kita menilai orang lain walaupun sekali
Samsung Melakukan Dua Penambahbaikan Ke Atas Rekaan Galaxy Fold Sebelum Pelancaran Semula

Samsung Melakukan Dua Penambahbaikan Ke Atas Rekaan Galaxy Fold Sebelum Pelancaran Semula

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 393 hits
Jualan Samsung Galaxy Fold telah ditangguh selepas masalah skrin yang serius dilaporkan oleh pengulas yang menerima model lebih awal Dalam kes yang serius skrin terus gagal berfungsi selepas debu memasuki komponen dalaman peranti Menurut la...
10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam

10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 844 hits
10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Salam l Assalamualaikum Salam Jumaat dan Salam 12 Ramadan Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia Nabi Muhammad saw Seperti yang kita tahu pada hari Jumaat ni selain dari berselawat k...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024