Kuarantin Dan Work From Home
Hari ini aku cuba marathon untuk update kisah di sini
DAY 257 (29 November 2020 - Ahad) Baru nak duduk rehat sambil buat tinjauan dekat media massa, tiba-tiba..'Ibu.. Muka Nuha bengkak.. Panas..'Ahh.. Sudah.. 😨
'Nape Nuha?' 'Tak tahu, tiba-tiba rasa panas, tangan Nuha pun sama..' Dia ni ratu panik.Terus ku perah otak memikirkan kenapa, jangan sama-sama panik macam dia.
Sekali lagi aku bertanya.. 'Nape Nuha..?''Tadi kan Nuha urut kaki babah, lepas tu muka Nuha jadi macam bengkak, panas..' Dia dah mula nak menangis masa ni.
Rupa-rupanya dia basuh tangan ala kadar je. Apalagi merayaplah rasa panas minyak urut tadi dekat muka dia.. 🤣🤦♀
DAY 258 (30 November 2020 - Isnin)
-Off Record-
DAY 259 (01 Disember 2020 - Selasa)
10 November 2020 - 30 November 2020 adalah cuti sakit paling lama yang aku terima selepas cuti bersalin lapan tahun lalu.
Hari ini..01 Disember 2020Occupational Therapy.Penghujung Disember kita jumpa doktor kembali..
DAY 260 (02 Disember 2020 - Rabu)
Disebalik kisah ambulans KKM
Anak jiran sebelah rumah aku telah didapati positif Covid-19 dan ambulans KKM telah ambil anak beliau petang semalam untuk dikuarantin. Manakala ahli keluarga yang lain dikuarantin di dalam rumah sehingga dipanggil untuk menjalani swab test. Dalam masa yang sama anak-anak aku memang sentiasa bermain bersama anak-anak beliau setiap hari sehingga semalam.
Soalan:Memandangkan esok, 3 November 2020 saya akan kembali bertugas di tempat kerja, adakah boleh saya bertugas seperti biasa?Kena tunggu keputusan top management. Buat masa ni, awak WFH dulu ye.
DAY 261 (03 Disember 2020 - Khamis)Aku dikecualikan dari hadir bertugas secara penggiliran, bekerja dari rumah.
DAY 262 (04 Disember 2020 - Jumaat)-Off Record-
DAY 263 (05 Disember 2020 - Sabtu)
-Off Record-
DAY 264 (06 Disember 2020 - Ahad)
-Off Record-
DAY 265 (07 Disember 2020 - Isnin)-Off Record-
DAY 266 (08 Disember 2020 - Selasa)-Off Record-
DAY 267 (09 Disember 2020 - Rabu)-Off Record-
DAY 268 (10 Disember 2020 - Khamis)-Off Record-
DAY 269 (11 Disember 2020 - Jumaat)Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke 75 Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
DAY 270 (12 Disember 2020 - Sabtu)-Off Record-
DAY 271 (13 Disember 2020 - Ahad)-Off Record-
DAY 272 (14 Disember 2020 - Isnin)Dengan lafaz بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Hari ni aku mula melapor diri di tempat kerja selepas hampir sebulan cuti sakit + work from home (WFH)
Perkara pertama pagi ini:Dapat mesej dalam group - 'Alarm kereta dengan nombor pendaftaran **23* berbunyi' 🤦♀. Alahai cikPutih, kenapa tiba-tiba kau seru namaku
DAY 273 (15 Disember 2020 - Selasa)-Off Record-
DAY 274 (16 Disember 2020 - Rabu)-Off Record-
DAY 275 (17 Disember 2020 - Khamis)-Off Record-
DAY 276 (18 Disember 2020 - Jumaat)-Off Record-
DAY 277 (19 Disember 2020 - Sabtu)Hari ini hari lahir adik bongsu aku
Happy Birthday Adik.Selamat Hari Lahir Adik 🌷🥰🌷Moga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah, diberi kesihatan yang baik, dijauhkan dari kesulitan serta rutin harian dipermudahkanNYA.
DAY 278 (20 Disember 2020 - Ahad)
Nama: Abg Long KawasanJantina: Jantan Perasan KuatTempat dilahirkan: EntahKehidupan: Gelandangan takde pakaianPekerjaan: Makan.. Tidur.. MemancutHobi: Suka bergaduh dengan dak Oyen. Tak sah kalau dak Oyen tak cedera dikerjakannya.
'Aku jentik telur kau nanti, sekali dengan telur tuan kau pun aku jentik, tahu tak?!'. Dah bagi hint macam ni pun takde yang nak mengaku kucing tu deme punya. Memancut sesaja kerjanya sampaikan aku takde privasi dalam kawasan rumah sendiri.
Hari tu dicakarnya tangan aku sebab aku nak jentik telur ia. Kali ni siap kau, aku nak lumurkan kunyit dekat telur kau. Apa nak jadi, jadilah.. Kau tunggu.. Kau tunggu.. 😤
Alah.. MakBudak bebel je tapi nak buat memang tak sampai hati.
#KisahKita: Nanti aku sambung lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2020/12/kuarantin-dan-work-from-home.html