Kuantan Day 4
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Kuantan - Day 4 (last day). Ini satu lagi entry dah berkurun ada di draf kisah Kuantan day 4 a.k.a last day. Sementara rajin meh la Mrs. A habiskan ceritanya. Bersambung dari [SINI] Selepas penyampaian hadiah malam tu kebanyakkan dari kami terus aje pulang ke penginapan masing-masing
Pagi esoknya tu aktiviti sendiri-sendiri aje mulanya Mr. A ajak keluar join breakfast dengan gang-gang yang lain tapi Aryssa dan Adik malas Mrs. A pun sama malas ngeh! ngeh! ngeh! Kekdahnya we all breakfast kat bilik aje. Kemudian Aryssa dan Adik pulak sibuk nak gi swimming pool hurm... Mrs. A pun layankan ajelah
Kuantan - Day 4 (last day).
Aryssa dan Adik je mandi Mrs. A duk tepi
Siap main lumba-lumba swimming ha 😍
Tak lama pun kat swimming pool lebih kurang 45 minit, dah naik bilik semula get ready nak check out pulak. Time Mrs. A check-out tu ada lebih kurang 6 lagi family yang lain check-out sama-sama. Ada juga family yang dah check-out awal pagi nak ke destinasi lain pula katanya.
Goodbye Kuantan 😊😍😘 panjang umur jumpa lagi
Kalau on the way pergi singgah rumah Uda [SINI] untuk lunch, sewaktu on the way pulang pula we all singgah rumah Ucu pulak untuk lunch. Haish! lunch saja. Rumah Ucu terletak di Kuala Krau, Perak actually di sinilah kampung arwah m.i.l Mrs. A. (Ucu mak sedara Mr. A adik bongsu m.i.l)
We all aje yang makan Ucu sekeluarga dah makan katanya tunggu we all lambat sangat
Bertuah betul Mr. A ni permintaan untuk gulai ayam hutan betul-betul direalisasikan dek Ucu. Lastime Uda masakkan patin tempoyak. Alhamdulillah rezeki 😊
Gulai masak lemak cili api ayam hutan as requested.
Terima kasih Ucu sedap sangat
Lama jugak we all singgah di rumah Ucu lepas solat asar dan minum petang barulah meneruskan semula perjalanan ke Seremban. Sepanjang perjalanan pulang banyak jalan traffic jam hujan pun iya juga. Lebih kurang pukul 11.00 malam barulah sampai di rumah. Alhamdulillah syukur selamat sampai ke destinasi. Sampai-sampai aje terus ngecek anak-anak bulus semua ngeh! ngeh! ngeh! Okay tamat sudah kisah Kuantan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/02/kuantan-day-4-lastday-.html