Langkah Baru Bantu Anak Seni Pada Platform Industri Seni Yang Lebih Tepat


Salam uolls,
Saban hari , industri seni tak kisahlah dari segi nyanyi atau lakonan sekalipun menjadi seperti berkembang dengan adanya sosial media seperti Youtube, Instagram dan TikTok. Dari suka-suka , mereka yang berbakat telah menempa nama. Ada juga desas desus yang tidak berbakat tetapi dek kerana pengikut mencecah juta atau hanya punya paras rupa berjaya mendapat tempat di bidang hiburan.




LANGKAH BARU
Terbaru sebuah platform iaitu Langkah Baru yang dicetuskan oleh karyawan-karyawan seni muzik di belakang tabir ini adalah usaha mereka untuk memberikan sumbangan kepada industri muzik tanah air menerusi skil, pengalaman dan pengetahuan yang ada  sepanjang penglibatan mereka di dalam industri ini. 





Teknologi baharu telah mengubah landskap industri muzik Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Proses pembikinan dan rakaman lagu, strategi dan bentuk pemasaran serta penjualan lagu dan cara pendengar menikmati muzik telah berubah.


Menerusi teknologi baharu ini, industri muzik telah mengalami transisi peralihan besar daripada kaedah konvensional dan tradisional kepada digital muzik yang mana ia turut memaksa kebanyakan syarikat rakaman untuk menukar bisnes modul mereka dengan pantas. 


Sama ada perubahan teknologi dan dominasi digital muzik ini menguntungkan syarikat rakaman atau sebaliknya, namun suatu hal yang nyata ia telah memberi peluang kepada bakat-bakat baharu atau sedia ada untuk memperolehi hak pemilikan terhadap harta intelek (karya-karya) mereka dan mendapatkan keuntungan terus daripada penjualan lagu menerusi platform penstriman digital muzik. 






Malangnya, masih ramai bakat-bakat di luar sana yang tidak menggunakan ruang dan peluang ini dengan sebaiknya kerana mungkin mereka tidak punya kesedaran atau barangkali kekurangan pengetahuan tentang cara membuat duit atau menjana pendapatan yang lebih selesa dan stabil daripada industri ini.




Permasalahan yang dilihat inilah yang telah mendorong pencipta lagu, pemuzik dan produser muzik Taja Mustapha dan Kimmy Khir, pemilik bersama Archive Capital Sdn Bhd dan Taja Archive Sdn Bhd khusus dalam syarikat penerbitan muzik dan pengurusan penerbitan muzik (music publishing) untuk membangunkan projek LANGKAH BARU. 


Projek Langkah Baru adalah suatu solusi bagi membantu bakat-bakat ini menggapai cita-cita dan impian mereka menjadi penulis lagu dan penyanyi tetapi pada masa yang sama memahami selok-belok industri muzik dan mengetahui hak-hak terhadap pemilikan harta intelek mereka.  


Projek berkonsep program edutainment yang memfokuskan pembangunan bakat dan pembinaan rangkaian di dalam industri muzik Malaysia ini juga adalah inisiatif Taja Mustapha  dan Kimmy Khir bersama rakan-rakan karyawan seni lain seperti Adi Priyo Sambodo@Adi 6ixthsense, Alyph , Prashan Chitty, Joe Lee dan Liza Ramli.





Asas kepada program edutainment Langkah Baru ini adalah untuk melengkapkan persiapan dan persediaan bakat kurang komersil kepada industri arus perdana (mainstream) dengan mengetengahkan modul dari sudut perkongsian ilmu tentang industri komersial, proses mencipta lagu, bagaimana kerja-kerja rakaman dilakukan sehinggalah saat bergelar penyanyi rakaman, cara memasarkan diri, pemasaran dan penjualan lagu serta pengetahuan tentang harta intelek dan asas hak cipta buat pencipta lagu, pemilik rakaman, dan pelaku rakaman. 

Modul pengetahuan dan pembelajaran yang dirangka khusus sangat relevan dan komprehensif untuk keperluan setiap bakat sebelum melangkah ke industri muzik ini, bahkan ia juga dibina dengan sangat unik kerana menyatukan seluruh industri dalam satu program untuk saling belajar, mengenal dan memahami asas.


Apatah lagi, ia turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Badan Badan Pelesenan Muzik MACP, PPM dan RPM dan rakan industri muzik strategik yang lain.


Perjalanan Projek LANGKAH BARU 
Projek Langkah Baru ini mula dicetuskan pada Disember 2020 oleh Taja dan Kimmy. Kedua-dua pemilik Archive Capital Sdn Bhd dan Taja Archive Sdn Bhd ini sememangnya sangat prolifik dengan kegiatan-kegiatan  muzik tanah air. 
Ilham untuk menghasilkan projek seni ini tercetus apabila menyedari bahawa masih ramai bakat sedia ada di luar sana yang kurang kesedaran dan pengetahuan bahawa bakat dan karya lagu hasil intelek mereka mampu menjadi legasi dan menjana pendapatan menerusi royalti. 


Bertitik-tolak daripada itu, mereka telah menetapkan misi untuk mencari bakat-bakat yang sedia ada di persada muzik tetapi masih belum mencapai status pihak yang berkepentingan (stakeholder) dengan syarikat rakaman, penstriminan digital muzik, badan hak cipta dan badan pelesenan. 


Dengan bantuan rakan-rakan karyawan seni lain, projek ini telah dimulakan dengan proses uji bakat di seluruh Malaysia untuk mencari calon-calon bakat yang sesuai menerusi video penyertaan yang dihantar. 





Proses ini melalui beberapa saringan mengikut kesesuaian yang dicari berdasarkan misi mereka itu dan akhirnya empat kumpulan peserta dari kategori berbeza telah dipilih iaitu artis Indie, artis busker, penghibur acara/majlis kahwin dan pemuzik kelab.  


Peserta-peserta yang terpilih ini akan menyertai program edutainment ini dengan modul-modul yang menekankan TIGA aspek utama iaitu asas pengetahuan hak cipta, asas produksi muzik dan asas pengendalian bisnes industri muzik. 


Program yang memerlukan peserta-peserta ini menyertai beberapa bengkel modul berlangsung selama 13 bulan bermula daripada preproduksi, produksi dan pos produksi.







Hasil lagu ciptaan dan nyanyian keempat-empat peserta ini akan mula diedarkan di semua platform penstriminan muzik digital pada 1 Oktober ini edaran rakan kolaborasi pengedar tempatan dan luar luar negara. 


Langkah Baru adalah sebuah projek yang mendapat mandat dan sokongan sepenuhnya daripada KKMM menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik 2020 dengan tujuan untuk mengangkat industri muzik ke tahap yang lebih tinggi lagi. 


Program Langkah Baru ini bakal disiarkan menerusi beberapa saluran platform digital seperti YouTube dan Media Sosial :
Instagram : @langkahbarumy | @archievecapitalmy
Youtube : LangkahBaruMY | Archieve Capital MY | Muzik Malaysia
Facebook : Archieve Capital MY



Tarikan LANGKAH BARU 
Peserta-peserta bakat sedia ada yang terpilih berpeluang untuk menimba ilmu dan mendapat tunjuk ajar daripada mentor-mentor berpengalaman menerusi modul-modul yang diketengah di dalam program edutainment ini.  Peserta-peserta bakat sedia ada yang terpilih ini juga diberikan perkongsian ilmu daripada rakan artis dan rakan media tentang hal-hal berkaitan dengan dunia hiburan dan industri muzik.Peserta-peserta bakat sedia ada yang terpilih ini juga berpeluang berkolaborasi dengan penulis lirik.Program ini juga mendapat kolaborasi daripada badan pengedaran daripada label atau syarikat rakaman lokal dan antarabangsa untuk mengedarkan karya lagu peserta-peserta bakat sedia ada yang terpilih ini.Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada badan-badan hak cipta dan pelesenan secara langsung.Peserta-peserta bakat sedia ada yang terpilih ini akan dianugerahkan sijil graduasi sepenuhnya sebagai pihak yang berkepentingan di dalam industri muzik tempatan dengan memperolehi bahagian (pendapatan) mereka sendiri di dalam produk akhir dalam industri beserta ilmu mengenai mekanisme industri.

Projek Langkah Baru ini akan dijalankan secara berterusan sebagai ‘Corporate Social Responsibility’ (CSR) Archive Capital kepada industri muzik bagi  tujuan pembelajaran dan memperkasakan Hak Cipta untuk ekonomi dan hak moral penggiat-penggiat seni.  


Ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu anak-anak muda di luar sana yang sememangnya ingin mempelajari cara yang terbaik untuk menjana pendapatan di landasan yang tepat melalui hasil seni muzik mereka sendiri.


Melalui inisiatif ini, ia diharap dapat membantu anak seni Malaysia untuk menjana pendapatan secara profesional dan pada masa sama menghasilkan lebih ramai ahli muzik yang bijak dan berdaya saing serta memahami hak dan kepentingan mereka di dalam industri ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Perhubungan Media Projek  LANGKAH BARU Nur Hanisah - +60125269470 | [email protected] Atikah - +601114275799 | [email protected]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yanty.my/2021/10/langkah-baru-bantu-anak-seni-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Babak Baru Kasus Pemerkosaan Anak Di Jambi 10 Tersangka Akan Disidang

Babak Baru Kasus Pemerkosaan Anak Di Jambi 10 Tersangka Akan Disidang

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 143 hits
Kasus dua perempuan di bawah umur di Kabupaten Batanghari diperkosa tiga belas anak laki laki pada Januari lalu memasuki babak baru Para tersangka sudah diserahkan kepada kejaksaan Negeri Batanghari serta akan disidangkan oleh Pengadilan Ne...
Video Fakta Terkini Anak Pj Gubernur Papua Tewas Di Kamar Kos Pelaku Kenalan Baru

Video Fakta Terkini Anak Pj Gubernur Papua Tewas Di Kamar Kos Pelaku Kenalan Baru

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 126 hits
Misteri kematian ABK 16 tahun anak Penjabat Gubernur Papua Pegunungan Nikolaus Kondomo mulai terkuak Korban sempat bersama mahasiswa kenalan barunya sebelum dinyatakan meninggal dunia Kini pemuda berinisial AN 22 tahun itu telah ditangkap k...
Anak Menangis Amp Ketua Kabin Tak Bagi Infant Belt Viral Syarikat Airlines Baru Cuba Halau Penumpang Keluar Pesawat

Anak Menangis Amp Ketua Kabin Tak Bagi Infant Belt Viral Syarikat Airlines Baru Cuba Halau Penumpang Keluar Pesawat

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 179 hits
Perkongsian seorang bapa tentang pengalaman dia bersama isteri dan anak anak ketika menaiki pesawat syarikat penerbangan baru meraih perhatian ramai Menerusi hantaran yang ditulis panjang itu Fear Dawooz menceritakan kronologi dan cerita di...
6 Alasan Kantor Bukanlah Tempat Yang Tepat Untuk Jatuh Cinta Kalau Gagal Sakitnya Lebih Nyiksa

6 Alasan Kantor Bukanlah Tempat Yang Tepat Untuk Jatuh Cinta Kalau Gagal Sakitnya Lebih Nyiksa

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 262 hits
Pas lagi males malesnya ketemu dia eh malah ada agenda meeting bareng urusan kerjaan Pengin marah tapi harus tetap profesional
Biar Anak Cuba Makan Durian Boleh Bantu Kualiti Tidur Anak

Biar Anak Cuba Makan Durian Boleh Bantu Kualiti Tidur Anak

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 259 hits
Anak tak makan durian Sebaiknya usahakan anak untuk mencuba raja buah ini Durian sebenarnya cukup banyak kelebihannya dan paling mak ayah perlu tahu durian boleh membantu stabilkan mood anak dan mudahkan anak untuk tidur Bukan hanya baik un...
Buka Pameran Seni Artos Nusantara Bupati Ipuk Momentum Dukung Industri Kreatif

Buka Pameran Seni Artos Nusantara Bupati Ipuk Momentum Dukung Industri Kreatif

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 133 hits
Ipuk menyebut pameran lukisan ArtOs Nusantara yang digelar selama 9 hari ini sekaligus menjadi panggung bagi para seniman Banyuwangi untuk berkolaborasi dengan seniman nasional
Jangan Cemas Bila Anak Demam Doktor Kongsi Panduan Tepat Rawat Anak

Jangan Cemas Bila Anak Demam Doktor Kongsi Panduan Tepat Rawat Anak

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 153 hits
Selepas bercuti panjang menyambut hari raya yang lalu ramai anak anak yang tidak sihat dan demam serta batuk berpanjangan Jangan cemas merawat anak demam sebaliknya rawat anak sebaiknya dan pantau kesihatan anak Apa nak buat bila anak demam...
Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 241 hits
Cuti persekolahan yang bakal bermula hujung bulan ini apa kata mak ayah peruntukkan waktu seketika untuk bercuti bersama anak anak Sebolehnya usahakan untuk membawa anak keluar seketika dari rumah untuk melakukan pelbagai aktiviti luar ruma...
Kesukaran Anak Kelantan Untuk Menjadi Lebih Terbuka

Kesukaran Anak Kelantan Untuk Menjadi Lebih Terbuka

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 211 hits
Struggle Anak Kelantan untuk pecah tembok dari menjadi Typical Kelantan Mari lah aku cerita Seperti yg kita tahu kalau ada perkara viral yg melibatkan rakyat Kelantan mesti kena troll lebih dasyat berbanding negeri lain Walhal sikap buruk x...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi