Kuala Krai Pekebun Getah Miliki Rifel Ak47 Dijel 5 Tahun


Gara-gara memiliki senapang jenis Rifel AK47 tanpa kebenaran bertujuan menjaga tanaman getahnya, seorang pekebun dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin terhadap tertuduh Zulkifli Yaakub, 50, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata api jenis AK47 tanpa kebenaran yang sah di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kuala Krai pada jam 3.10 pagi, 13 Disember lalu.
Baca: Suami isteri ditahan polis miliki AK-47 di Kuala Krai
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sebatan sehingga enam kali.
Tertuduh juga didakwa pada pertuduhan kedua memiliki sebanyak 142 butir peluru tanpa kebenaran yang sah pada tarikh, masa dan lokasi yang sama serta dihukum penjara tiga tahun bagi kesalahan itu.
Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu agar hukumannya diringankan dengan memberi alasan pemilikan senjata itu bertujuan menjaga tanamannya.
“Saya tiada niat lain. Senapang itu hanya digunakan untuk menjaga kebun daripada gangguan haiwan liar.
“Isteri saya terpaksa menggadai barangan kemas untuk menyara anak-anak masih sekolah. Saya juga sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan ini,” katanya.
Abu Arsalnaa bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
“Pemilikan senjata api boleh membawa kepada kesalahan jenayah dan kehilangan nyawa,” tegasnya.
Ahmad Bazli kemudian menjatuhkan kedua-dua hukuman itu dan mengarahkannya berkuat kuasa serentak bermula daripada tarikh tertuduh ditahan polis.
Sebelum ini, sepasang suami isteri ditahan kerana memiliki selaras senapang jenis AK47 yang digunakan untuk menjaga kebun getah seluas enam hektar di Kuala Krai.
Senapang tersebut pernah menggunakan untuk menembak mati dua ekor gajah liar yang mengganggu tanaman tersebut, dua tahun lalu.
sumber : sinar harian
The post Kuala Krai: Pekebun getah miliki Rifel AK47 dijel 5 tahun appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kuala-krai-pekebun-getah-miliki-rifel-ak47-dijel-5-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Ditahan Polis Miliki Ak 47 Di Kuala Krai

Suami Isteri Ditahan Polis Miliki Ak 47 Di Kuala Krai

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA KRAI Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas selaras senjata api jenis AK 47 bersama 142 butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahagia Kuala Krai Ahad lepas Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata ser...
Kuala Krai Pesara Paskal Dihukum Gantung Sampai Mati

Kuala Krai Pesara Paskal Dihukum Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 384 hits
Seorang pesara Pasukan Khas Laut dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun pada 2017 Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman ...
Kuala Krai Enam Beradik Berkorban Jaga Ibu Terlantar Kerana Menghidap Ketumbuhan Di Kepala

Kuala Krai Enam Beradik Berkorban Jaga Ibu Terlantar Kerana Menghidap Ketumbuhan Di Kepala

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 363 hits
Demi insan tersayang enam beradik yang menetap di Kampung Bekok di sini bergilir menguruskan ibu mereka yang terlantar kerana menghidap ketumbuhan di kepala sejak lebih setahun lalu Tanggungjawab itu digalas Muhammad Isma Daniel Mohd Zain 1...
1 000 Penduduk 4 Kampung Di Kuala Krai Terperangkap

1 000 Penduduk 4 Kampung Di Kuala Krai Terperangkap

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 457 hits
KUALA KRAI 4 Jamadilawal 1442H Sabtu Seramai 1 000 penduduk di empat kampung dekat sini terputus hubungan berikutan Jambatan Kuala Pertang ditenggelami air susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas Penduduk Ahmad Che Nok 72 berkata kawasan ...
Bsn Kok Lanas Dan Kuala Krai Tutup Sementara

Bsn Kok Lanas Dan Kuala Krai Tutup Sementara

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 416 hits
Bank Simpanan Nasional Cawangan Kok Lanas dan Kuala Krai ditutup sementara bermula hari ini sehingga 10 Januari 2021 BSN dalam satu kenyataan berkata penutupan tersebut berikutan pendedahan kakitangan bank kepada orang luar yang disahkan po...
Hidupkan Running Man Tahun Ini Ramai Kecewa Lee Kwangsoo Pulang Tangan Kosong Di Sbs Entertainment Awards

Hidupkan Running Man Tahun Ini Ramai Kecewa Lee Kwangsoo Pulang Tangan Kosong Di Sbs Entertainment Awards

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 432 hits
Baru baru ini ramai yang melonjak gembira apabila Kim Jong kook diumumkan sebagai penerima Anugerah Utama di 2020 SBS Entertainment Awards Telah pun mengabdikan dalam dunia hiburan selama lebih 20 tahun sudah pasti ia merupakan satu kemenan...
Tudia Lelaki 72 Tahun Gali 16 Tasik Atasi Masalah Air Di Kampung Dengan Wang Sendiri

Tudia Lelaki 72 Tahun Gali 16 Tasik Atasi Masalah Air Di Kampung Dengan Wang Sendiri

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 408 hits
Dia turut menerima pujian kerajaan sehingga dikurniakan anugerah khas atas usaha murninya itu AIR merupakan keperluan utama dalam kehidupan kita Di sebuah kampung di India seorang warga emas berusia 72 tahun Kalmane Kamegowda kini popular a...
Wagub Ariza Warga Jakarta Diimbau Liburan Natal Dan Tahun Baru Tetap Di Rumah

Wagub Ariza Warga Jakarta Diimbau Liburan Natal Dan Tahun Baru Tetap Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 320 hits
Mudah mudahan di libur panjang ini masyarakat bisa memahami mengerti dan bisa tetap berada di rumah untuk tidak bepergian ke luar kota harap Bang Ariza
Tmii Tetap Buka Saat Libur Natal Dan Tahun Baru

Tmii Tetap Buka Saat Libur Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 297 hits
Mengikuti prosedur kesehatan sesuai standar Covid ya wajib pakai masker mencuci tangan dan untuk anak anak yang usianya di bawah 9 tahun juga belum boleh juga untuk keluar sama yang di atas 60 tahun pungkasnya
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hilangkan Batuk Petua Tradisional Cara Moden Untuk Melegakan Tekak

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang