Ku Li Tak Hormati Disiplin Parti Kelirukan Ahli Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:02 am
Ketua Penerangan UMNO
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, membidas tindakan veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad untuk mengajak ahli parlimen menolak Belanjawan 2021.

Kata Shahril apa yang dilakukan bekas menteri kanan itu jelas bertentangan dengan disiplin parti.

Menurutnya, sidang media bersama Mahathir itu bukan memberi kesan yang kecil sebaliknya mengelirukan ahli Umno berhubung pendirian mereka mengenai Belanjawan 2021.

"Sebagai orang muda dalam parti, sudah tentu saya hormat orang lama. Tetapi saya benar-benar tidak faham apa keperluan seorang ahli parlimen Umno yang senior, berpengaruh dan bertaraf penasihat tanpa segan silu buat sidang media bersama pembangkang.

"Kesannya bukan kecil, (ia) kelirukan orang di bawah (mengenai) apa sebenarnya stand Umno, tak menghormati disiplin parti yang memutuskan untuk sokong belanjawan" katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kelmarin, Tengku Razaleigh mengadakan sidang media bersama bekas perdana menteri Mahathir untuk membayangkan Perikatan Nasional mungkin runtuh apabila belanjawan yang disediakan kalah dalam undian di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu kemudian diiringi kenyataan Pakatan Harapan (PH) sejurus kemudian yang mengajak semua ahli parlimen menolak Belanjawan 2021.

Tengku Razaleigh juga mengulangi pendiriannya bahawa dia tidak mengiktiraf kerajaan PN serta perdana menterinya Muhyiddin Yassin dan tidak mengundi untuk menyokong belanjawan berkenaan.

Suarakan pandangan ikut saluran

Sebelum ini Ahli parlimen mewakili Gua Musang (dulu dikenali sebagai Ulu Kelantan) sejak 1974 itu juga pernah mendesak agar usul tidak percaya kepada Muhyiddin - yang dibawa Mahathir - dikemukakan di Dewan Rakyat.

Untuk rekod pada Julai lalu Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno.

Dalam sidang media itu juga, Mahathir dan Ku Li berkata mereka sedia berkhidmat untuk negara ini tanpa sebarang gaji jika dikehendaki.

Shahril berkata Tengku Razaleigh tidak menghormati disiplin Umno dengan mengadakan sidang media politik bersama pemimpin besar parti lawan.
Mahathir dan Tengku Razaleigh pada 15 DisTambah Shahril, dalam pengundian semalam semua ahli parlimen Umno mematuhi arahan presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi supaya menyokong Belanjawan 2021, kecuali Tengku Razaleigh.

Dalam pada itu, Shahril berkata parti itu sedar ada ahli parti yang setuju dan kecewa apabila Umno menyokong belanjawan itu namun dia memberikan justifikasi atas pendirian berkenaan.

"Ada yang setuju, ada yang kecewa. Rasional Umno menyokong belanjawan tentunya ada kaitan dengan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan dibuat setelah meneliti baik buruk sebarang keputusan terhadap kebajikan rakyat amnya," katanya.

Jelasnya, Umno mempunyai pendekatan dan strategi lain selepas ini bagi memastikan perjuangannya untuk rakyat terbela.

Shahril berkata soal setuju atau tidak sesuatu dasar atau pendekatan adalah lumrah dalam mana-mana organisasi.

Mereka yang tidak berpuas hati katanya boleh menyuarakan pandangan melalui saluran disediakan.

"Tetapi apabila terang-terang mengumum dan mengajak ke arah sesuatu tindakan dasar tanpa izin parti, bertentangan dengan parti - itu cerita lain," katanya lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/ku-li-tak-hormati-disiplin-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Akan Rujuk Ku Li Ke Jawatankuasa Disiplin Parti Kata Sumber

Umno Tak Akan Rujuk Ku Li Ke Jawatankuasa Disiplin Parti Kata Sumber

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 278 hits
Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti berhubung kerjasamanya dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menolak Belanjawan 2021 Menurut sumber parti itu Umno ...
Calon Mb Daripada Umno Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti Bersatu Dan Pas

Calon Mb Daripada Umno Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR UMNO perlu menampilkan calon Menteri Besar baharu yang diyakini boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi mengelak kemelut jawatan itu berterusan Geostrategis Dr Azmi Hassan berkata biarpun UMNO mem...
Umno Tidak Sertai Parti Pn Dukung Kerajaan Pn Dr Asyraf Wajdi

Umno Tidak Sertai Parti Pn Dukung Kerajaan Pn Dr Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 258 hits
UMNO tidak sertai gabungan parti Perikatan Nasional tetapi mendukung kerajaan PN Pernyataan terbabit disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi perkongsian beliau di laman Facebook miliknya Menurut beli...
Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

Adun Dap Perak Tak Dapat Lupa Sejarah Hitam Gesa Parti Tolak Calon Mb Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 346 hits
December 6 2020 5 40 PMPETALING JAYA Seorang Adun DAP Perak hari ini bertindak berlawanan dengan Pengerusi negerinya Nga Kor Ming yang menyuarakan kesediaan bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri baru Adun Pokok Assam Leow...
Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 250 hits
Bulan lalu Setiausaha Agung BN Annuar Musa melontarkan idea perlunya diwujudkan grand coalition yang melibatkan parti parti yang menolak Pakatan Harapan atau PH Katanya sudah terlalu lama politik negara ini berlegar di sekeliling dua atau t...
Cerita Sebalik Berita Paradoks Pendirian Ku Li Selaku Ahli Parlimen Umno

Cerita Sebalik Berita Paradoks Pendirian Ku Li Selaku Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 230 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Umno Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama Parti Lain Termasuklah Ph

Umno Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bentuk Kerajaan Bersama Parti Lain Termasuklah Ph

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 257 hits
nbsp IPOH nbsp Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan parti itu akan bergabung dengan beberapa parti lain termasuk Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri di Perak Beliau berkata langkah itu terpaksa d...
Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

Jika Umno Singkir Ku Li Kurangkan Ahli Parlimen Nazri

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berpandangan UMNO tidak perlu mengambil sebarang tindakan terhadap Penasihat parti itu Tengku Razaleigh Hamzah susulan gerakannya bersama pembangkang yang dilihat ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration