Pemimpin Umno Dakwa Muhyiddin Sedar Bersatu Tak Mampu Berdepan Umno Pada Pru 15


 



September 28, 2021 Veteran Umno mengingatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin agar tidak perlu membuang masa dengan manaruh harapan Umno akan bersama Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Malah, kata Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, parti mereka bersedia dengan kemungkinan bertembung dengan Bersatu.
“Umno telah berbulat tekad tidak akan bersama dengan Bersatu. Sudah berkerat rotan berputus arang. Bercerai talak tiga dan tak boleh rujuk lagi.
“Bersedialah untuk berdepan. Hanya yang terbaik akan menang,” katanya kepada Malaysiakini.
Mustapha berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Bersatu yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan antara parti dalam kerajaan pada PRU akan datang.
Tambah Mustapha, kenyataan pemimpin Bersatu itu membuktikan parti berkenaan masih menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Umno.
“Veteran Umno ingin menyedarkan Muhyiddin bahawa bagi Umno sudah terang lagi bersuluh tiada sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.
“Keputusan PAU (Perhimpunan Agung Umno) dengan jelas Umno menolak Bersatu.
“Veteran dapat membaca apa yang tersirat di sebalik kekeliruan Muhyiddin itu. Dia sedar Bersatu tidak berkemampuan untuk berdepan dengan Umno dalam PRU-15.
“Bersatu tidak mempunyai jentera untuk menggerakkan jentera pilihan raya. Bersatu juga sedar PAS tidak dapat membantu mereka kerana PAS akan menumpukan jenteranya bagi memenangkan calon-calon PAS,” katanya.
Malah, tambah Mustapha lagi, hanya Umno yang dapat membantu Bersatu untuk mengekalkan 16 kawasan “lompat parti”.
Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan membayangkan Perikatan Nasional (PN) tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan beberapa penjuru di antara gabungan tersebut ketika PRU ke-15 nanti.
Menurut Wan Saiful, meskipun tidak pasti sama ada Umno akan turut bersama dalam gabungan itu pada PRU ke-15 nanti, PN perlu meneruskan kelangsungan bersama parti gabungan sedia ada – PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua bangsa dan agama, dan biar rakyat membuat penilaian.
“Fokus kita adalah PN, kuatkan PN untuk jaga rakyat, dan memulihkan negara.
“PN tidak akan terkesan sekiranya ada pertembungan banyak penjuru. Kita akan jalan terus bersama founding partners kita dalam PN iaitu PAS, Gerakan, SAPP dan STAR,” kata Wan Saiful.
Wan Saiful berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga pengerusi PN sebelum itu yang memberikan pandangan terhadap beberapa perkara penting yang melibatkan kerjasama gabungan parti dalam PN di peringkat Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan nasional.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/pemimpin-umno-dakwa-muhyiddin-sedar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Pemimpin Umno Dedah Muhyiddin Bagi Arahan Mp Bersatu Tolak Pencalonan Mat Maslan

Panas Pemimpin Umno Dedah Muhyiddin Bagi Arahan Mp Bersatu Tolak Pencalonan Mat Maslan

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 347 hits
September 19 2021 KEPUTUSAN Bersatu menolak pencalonan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat bertujuan untuk membalas dendam terhadap kluster mahkamah Pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan itu berkata ke...
Pemimpin Umno Dilapor Dakwa Bersatu Mahu Balas Dendam

Pemimpin Umno Dilapor Dakwa Bersatu Mahu Balas Dendam

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 290 hits
inforakyat netPemimpin Umno dilapor dakwa Bersatu mahu balas dendam KEPUTUSAN Bersatu menolak pencalonan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat bertujuan untuk membalas dendam terhadap kluster mahkamah Pemimpin ...
Zahid Dakwa Ramai Pemimpin Bersatu Mahu Kembali Ke Pangkuan Umno

Zahid Dakwa Ramai Pemimpin Bersatu Mahu Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 348 hits
Ramai pemimpin dan ahli BERSATU menyatakan hasrat untuk kembali menyertai semula UMNO dakwa Datuk Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO itu bagaimanapun mengakui partinya bersedia memperhalusi setiap permohonan tersebut termasuk bekas ahli yang ...
Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 358 hits
Bersatu sedia lawan Umno kata Muhyiddin October 2 2021 Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas menemui pemimpin Bersatu Sabah di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu bersedia melaw...
Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 365 hits
September 25 2021Keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi nombor ramalan bukan saja tidak wajar malah memberi implikasi negatif kepada PAS yang kini menjadi sebahagian anggota kabinet Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Ya...
Bersatu Ready To Take On Umno Says Muhyiddin

Bersatu Ready To Take On Umno Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 355 hits
Former prime minister Muhyiddin Yassin says Bersatu is ready to face Umno in the coming elections if the latter sticks to its earlier decision of not working with his party Muhyiddin who is Bersatu president said they would have to face thi...
Pertembungan Bersatu Umno Akan Berlaku Pada Pru15 Muhyiddin

Pertembungan Bersatu Umno Akan Berlaku Pada Pru15 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 434 hits
agendadaily com2 10 2021Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Tidak ada cara lain lagi bagi mengelak pertembungan Bersatu dan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini Ini kera...
Final Setting Pru Umno Pro Ismail Convert Bersatu Bersatu Convert Umno

Final Setting Pru Umno Pro Ismail Convert Bersatu Bersatu Convert Umno

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 284 hits
Presiden Ismail SabriMuhyiddin PenasihatKebaikan untuk Keluarga MalaysiaTidak ada yang mustahil Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum akan datang telah dimuktamadkan Ia bukan sekadar s...
Muhyiddin Voters Will Decide Whether Bersatu Or Umno Is Better

Muhyiddin Voters Will Decide Whether Bersatu Or Umno Is Better

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 307 hits
Bersatu will continue to serve the people and provide them with the best service especially in facing challenges brought by Covid 19 said president Muhyiddin Yassin The former premier said in facing the 15th general election what was import...
Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good

Victor Hartono Warisan Dan Inovasi Di Balik Kejayaan Djarum

Bn S Bikin Balik Sabah Manifesto To Tackle Water Power And Road Issues Says Zahid

Boboiboy Galaxy 2 Hampir Ke Penghujung Ceo Monsta Kongsi Arc Setiap Siri

Hiburan Ibu Shila Amzah Selamat Bernikah Dengan Pasangan Pilihan Majlis Sederhana Dihadiri Keluarga Terdekat

Sabah Polls Split Votes Leave Most Party Presidents On Uncertain Ground

Metal Detector Untuk Cari Emas Cara Pilih Model Terbaik Di Tahun 2026

Keajaiban Alam Siberia Mengungkap Keindahan Taiga Timur Rusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Selangor Anak Pmx Nak Jadi Mb Selangor Hahahaha

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

One Path Kecewa Chord

Program Moh Rodong Rodong Klasik Mercedes 2025 Tamat Dengan Lancar Serta Gemilang Di Dataran Temerloh Semalam

Express Delivery Rough Crafts Customizes The Bmw R 12 Across Countries

7 Perbezaan Pembiayaan Islamik Dengan Loan Bank Konvensional