Kronologi Tapak Sk Tukar Sjkc Semua Bisu Pekak Dan Buta


Berikut merupakan kronologi berkenaan isu tapak Sekolah Kebangsaan di Bandar Kinrara 5B(BK) yang ditukar menjadi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing sepertimana yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik kepada wartawan Samudera.my:

07 April 2021 – Penduduk Bandar Kinrara 5B(BK) dikejutkan dengan pemasangan papan iklan, pembinaan SJKC Too Joon Hing. Sebelum ini, tanah itu telah diwartakan sebagai tanah Sekolah Kebangsaan (SK).

12 April 2021 – Kontraktor mula pasang pagar.

16 April 2021 – Jentera pengorek dibawa masuk.

17 April 2021 – Mereka mula korek tanah. Lori-lori mula masuk untuk angkut tanah.

18 April 2021– Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik, Datuk Armand dan lebih 100 penduduk telah ke tapak tersebut.

Ujar Haji Mohamad Haron, “Kami menyuarakan bantahan pembinaan SJKC ini. Walaupun ianya telah menjadi kecoh, tetapi sehingga 19 Oktober 2021, tiada mana-mana pihak yang datang berunding dengan penduduk atau pun saya sebagai Pengerusi Penduduk BK(5B). Semuanya seperti bisu, pekak dan buta.”

19 April 2021 – Jam 6.30 pagi, lori-lori telah bersusun untuk angkut tanah lagi tetapi telah dihalang oleh Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Galian Daerah Petaling. Kawasan tersebut disita dan jentera pengorek telah dikeluarkan dari tapak tersebut dengan segera.

“Ini membuktikan bahawa dari awal lagi mereka belum ada apa-apa kelulusan di tanah SK ini. Mereka telah menceroboh dan mencuri tanah-tanah tersebut. Entah ke mana duit itu pergi,” kata Haji Mohamad Haron.

20 April 2021 – Didapati pihak kontraktor menyambung kerja-kerja memasang hoarding yang ditinggalkan untuk kerja korekan tanah secara tergesa gesa.

21 April 2021 – Kelihatan pihak kontraktor memasang batu-bata di atas jalan raya dan pada ketika ini masih tidak ada seorang pun anggota daripada pihak MBSJ membuat pemantauan dan tidak ada maklum balas daripada pentadbiran MBSJ tentang aduan dan bantahan bertarikh 8 April 2021 di atas kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontaktor.

Pihak penduduk bingung di atas tindakan ini. Seharusnya sebarang pembangunan baru ke atas kawasan tapak yang telah matang, perlu didirikan satu notis makluman kepada penduduk. Kawasan slope dan zon pemampan perlu dikekalkan jika sebarang pembangunan hendak dijalankan.

22 April 2021 – Satu surat aduan dihantar kepada Pengarah Kumpulan SEMESTA bagi memaklumkan kegiatan mengangkut tanah tanpa pengawasan.

10 Mei 2021 – Satu aduan telah dihantar kepada SPRM Putrajaya melalui surat rasmi oleh Pengerusi Wakil Penduduk PPBK5B.

19 Mei 2021 – Wakil penduduk terima satu maklum balas daripada pejabat Menteri Besar Selangor iaitu daripada YB Puan Juwairiya Binti Zulkifli yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan – JPN Selangor dan mengarahkan agar isu ini diambil tindakan dan diberi perhatian.

31 Mei 2021 – Pihak PPD Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat secara maya yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarahnya iaitu Tuan Hj Musa Ismail, pegawainya En. Nur Shahidan bersama dengan wakil penduduk PPBK5B yang dihadiri oleh Haji Mohamad Haron, Datuk Armand Azha, Encik Redzwan, Encik Azmie dan Encik Hisham. Perbincangan bersama, pihak JPN Selangor telah mengesahkan bahawa pihak JPN Selangor tidak mengetahui tentang isu penukaran status tanah Sekolah Kebangsaan kepada SJKC Too Joon Hing.

01 Jun 2021 – Satu surat maklum balas diterima dari pihak MBSJ iaitu daripada Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Bandar bagi pihak Datuk Bandar. Mengikut surat rasmi Majlis Bandaraya Subang Jaya bertarikh 31 Mei 2021, TPr Hasniza binti Husin telah menyatakan bahawa “Penentuan dan pembinaan Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan”.

27 September 2021 – Wakil Pengerusi Penduduk telah menuntut penjelasan daripada pihak MBSJ tentang perkara tersebut di mana Pihak PPD – JPN Selangor yang sepatutnya menentukan perkara ini, tidak mengetahui akan isu penukaran status tanah di Bandar Kinrara 5B ini yang ditukar kepada SJKC.

Pengerusi Wakil penduduk PPBK5B bersama Tn Hj Zainol dan Encik Hisham telah hadir ke pejabat SPRM bagi menyerahkan laporan dan tindakan susulan berhubung isu bantahan ini yang diadukan pada 10 Mei 2021. Terlalu banyak isu yang mencurigakan berhubung penukaran status tanah ini.

4 Oktober 2021 – Pihak penduduk Bandar Kinrara 5B menerima satu notis kosong tanpa “Letter Head” yang dipercayai diterima dari pihak kontrktor pemaju SJKC tanpa pemantauan dari pihak MBSJ. Notis tersebut memaklumkan bahawa kerja memasang keseluruhan hoarding akan dilaksanakan. Sebaliknya mereka telah menyambung kerja korekan tanah dan cerun termasuk menceroroboh zon pemampan.

5 Oktober 2021 – Aduan telah dibuat oleh penduduk kepada pihak Majlis susulan tindakan tersebut. No Aduan: 1886/09/2021-(1), 1833/09/2021-(1), 1710/09/2021-(1), 1825/09/2021-(1), 0234/10/2021-(1), dan lain-lain.

18 Oktober 2021 – Hampir suku dari keseluruhan tanah-tanah berbukit di tapak ini telah berjaya dibawa keluar secara tergesa-gesa. Tiada sesiapa yang dapat menghalang kerakusan mereka ini.

Kesimpulan dan Tuntutan Siasatan Terhadap Isu Bantahan adalah seperti berikut:
1. Lokasi pembinaan terang-terang dimanipulasi dan tiada bancian atau sebarang rujukan dilakukan sebelum pihak Kementerian memberi kelulusan menukarkan status tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) kepada SJKC.

2. SJKC Too Joon Hing adalah sekolah Cina yang ketujuh (7) di kawasan radius 5km di Bandar Kinrara di mana pihak Kementerian seharusnya menilai semula sebelum kelulusan diberikan dan tindakan membatalkan pembinaan ini adalah amat wajar.

3. Pembinaan SJKC di kawasan majoriti penduduk Melayu memang tidak dapat diterima oleh penduduk setempat. Tambahan pula penduduk telah sekian lama menunggu pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) dibina untuk kemudahan dan memenuhi keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka di kawasan ini.

4. Kelulusan yang diberi oleh pihak Kementerian Pendidikan dan semua agensi yang bertanggungjawab tidak berintegriti dalam membuat keputusan. Tiada rujukan atau bancian dilakukan dan sekadar memberi kelulusan di atas permohonan yang diterima. Individu yang memberi kelulusan perlu menilai semula keputusan ini dengan kadar segera.

5. Tiada notis perbincangan atau tinjauan dibuat oleh pihak berwajib MBSJ sebelum meluluskan sebarang kerja-kerja pembinaan walaupun aduan telah dikemukakan. Zon pemampan dan cerun asal sekeliling tapak sekolah perlu dikekalkan.

6. Persoalan seterusnya ialah bagaimana sekolah ini yang pernah dirancang dibina di tempat lain dialihkan sewenang-wenangnya di kawasan Bandar Kinrara ini.

7. Terdapat ketidakseimbangan jumlah sekolah antara SJKC dan Sekolah Kebangsaan (SK). Keputusan diambil tanpa ketelusan atau memang wujud “Modus operandi yang terancang” dalam pentadbiran urusan tapak sekolah yang diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan melalui PBT dan Kementerian di bawah Unit Dasar Perancang selama ini sehingga wujud lambakan SJKC. Perancangan sebegini perlu disiasat sebelum semua tanah milik kerajaan bertukar hak milik.

8. Dari aspek keharmonian dan perpaduan nasional, pihak ADUN kawasan tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama terhadap penduduk majoriti Melayu yang berhampiran kawasan tapak.

9. Penduduk Bandar Kinrara 5B dan penduduk sekitarnya menuntut pihak berkenaan termasuk Menteri Besar Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, MBSJ, ADUN N30 Kinrara dan semua pihak agar dapat berbincang dalam menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan kembalikan tapak ini kepada pembinaan sebuah Sekolah Kebangsaan yang bercirikan kepada Sekolah Berjiwa Rakyat Malaysia Dan Sayangkan Perpaduan Kaum.

10. Mohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terperinci.
Sumber: www.samudera.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/10/kronologi-tapak-sk-tukar-sjkc-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tapak Sk Tukar Sjkc Kerajaan Yang Bebal Harus Diajar Rakyat

Tapak Sk Tukar Sjkc Kerajaan Yang Bebal Harus Diajar Rakyat

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Apabila kerajaan sendiri tidak menghormati dasar kerajaan maka rakyat terutamanya persatuan penduduk perlu bangkit mengambil tindakan tegas termasuk jika perlu memfailkan semakan kehakiman kata peguam Aidil Khalid Ujarnya keraj...
Pemimpin Melayu Terus Jadi Bisu Pekak Dan Buta Bila Berhadapan Dengan Isu Ini

Pemimpin Melayu Terus Jadi Bisu Pekak Dan Buta Bila Berhadapan Dengan Isu Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 234 hits
Desak perkukuh sekolah vernakular menjelang PRN Melaka taktik pertubuhan Cina BANGI Pertubuhan berasaskan kaum Cina Hua Zong seolah seolah sengaja mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka dengan menuntut pelbagai perkara te...
Semua Isu Dalaman Politik Selesai Akan Jadi Faktor Menang Prn Melaka

Semua Isu Dalaman Politik Selesai Akan Jadi Faktor Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 220 hits
Mana Mana parti atau Pakatan dapat selesaikan atau kurang kan Krisis atau isu politik dalaman menjadi petanda mampu menang di PRN Melaka PH ada tiga isu besar penggunaan lambang calon agihan kerusi dan 4 pengkhianat PN selesai tanpa penyert...
Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

Selepas Zahid Tegaskan Tiada Kerjasama Umno Bersatu Muhyiddin Umum Pn Bertanding Di Semua 28 Kerusi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid PERIKATAN Nasional berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan bulan depan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddi...
Huh Orang Kenal Pemimpin Gagalis Kau Umum Lah Bertanding 4 5 Penjuru Sekali Pun Ph Tetap Lawan Semua Tempat Dan Jitu

Huh Orang Kenal Pemimpin Gagalis Kau Umum Lah Bertanding 4 5 Penjuru Sekali Pun Ph Tetap Lawan Semua Tempat Dan Jitu

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 187 hits
PRN Melaka Bengang dengan sikap Umno Muhyiddin umum PN buat keputusan akan bertanding tiga penjuruOctober 22 2021 Nampaknya hampir pasti perebutan kerusi DUN Melaka akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Perikatan Nasional P...
Demokrat Balas Hasto Era Jokowi Semua Dirapatkan Sby Lebih Cepat Ambil Keputusan

Demokrat Balas Hasto Era Jokowi Semua Dirapatkan Sby Lebih Cepat Ambil Keputusan

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 116 hits
Kamhar lalu merujuk pada testimoni Jusuf Kalla yang pernah menjadi Wakil Presiden SBY dan Wapres Presiden Jokowi Di mana zaman SBY lebih ringkas terarah dan lebih cepat dalam mengambil keputusan
Hiburan Semua Yang Terlibat Dah Mohon Maaf Tak Perlu Panjangkan Isu Ini Lisdawati

Hiburan Semua Yang Terlibat Dah Mohon Maaf Tak Perlu Panjangkan Isu Ini Lisdawati

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 227 hits
Pelakon Lisdawati yang juga merupakan isteri kepada Fauzi Nawawi memohon agar orang ramai tidak memanjangkan isu perkongsian Fauzi mengenai babak rogol terhadap Raja Farah dalam filem Anak Halal lakonan mereka pada 2007 lalu ARTIKEL BERKAIT...
Lebih Baik Wajibkan Vaksinasi Tak Perlu Label Semua Rakyat Tak Di Vaksin Itu Anti Vaksin

Lebih Baik Wajibkan Vaksinasi Tak Perlu Label Semua Rakyat Tak Di Vaksin Itu Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 211 hits
KUANTAN Tindakan Kementerian Kesihatan akan menyusahkan kehidupan harian golongan anti vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin adalah tidak wajar Malah kenyataan yang dibuat oleh menterinya Khairy Jamaluddin itu agak keterlaluan ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau