Lebih Baik Wajibkan Vaksinasi Tak Perlu Label Semua Rakyat Tak Di Vaksin Itu Anti Vaksin




KUANTAN - Tindakan Kementerian Kesihatan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin adalah tidak wajar. Malah, kenyataan yang dibuat oleh menterinya, Khairy Jamaluddin itu agak keterlaluan dan 'hipokrit'.
Demikian ditegaskan oleh aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli, 50, hari ini. 
Katanya, kerajaan sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kesalahan dalam peruntukan Akta 342 akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Malah kerajaan juga mendakwa suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.
"Kerajaan turut menetapkan pengambilan vaksin ini adalah sukarela, tiada paksaan. Jadi, kalau seorang itu namanya sudah ada dalam senarai, dia tidak mahu ambil vaksin... itu terpulang pada mereka," dakwa Shukri.
Persoalannya kata beliau, kenapa perlu ada pemimpin yang mahu menyusahkan rakyat sendiri sedangkan mereka yang memberi pilihan kepada rakyat mahu divaksin atau tidak.
"Kenapa perlu gelar semua merekatermasuk yang tidak menentang langsung usaha kerajaan ini sebagai anti vaksin. Bagi yang mnentang atau membuat provokasi, mungkin boleh diterima sebagai anti, tapi bagi yang tidak bersuara malah terus menjaga SOP Covid-19 seperti biasa, maka tidak perlulah dianggap sebagai anti.
"Sampai menteri mahu menyusahkan rakyat sendiri pula. Langkah konfrontasi seperti itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Bayangkan, warga asing yang tidak mempunya dokumen yang sah pun boleh bebas ke sana sini, menjalankan perniagaan di negara ini. Tiba-tiba rakyat sendiri mahu disekat hanya kerana mereka tidak mengambil vaksin.," kata beliau lagi.
Terdahulu hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi mengumumkan akan mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, kata Khairy Jamaluddin di Dewan Negara hari ini.
Kata Khairy lagi, kerajaan tidak menyusahkan mereka (kumpulan antivaksin) tetapi sebenarnya pilihan mereka yang menyusahkan mereka sendiri iaitu mereka tidak mengambil vaksin, enggan menerima vaksin, tidak ingin mendengar hujah saintifik dan akhirnya tidak akan mendapat kebebasan yang sama seperti rakyat dan penduduk yang telah menerima vaksin.
Malah dilaporkan, kerajaan akan teruskan pendekatan ini dan saya telah galakkan supaya ada sekatan di peringkat sektor maksudnya sektor perkhidmatan awam, swasta dan sebagainya sebelum kita memikirkan langkah yang lebih menyeluruh seperti mewajibkan dari segi undang-undang untuk menerima vaksin.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shukri mendakwa adalah lebih elok kerajaan laksanakan akta dan peraturan agar vaksin itu diwajibkan daripada terus 'berperang' dengan rakyat sehingga mereka seolah-olah 'penjenayah' di negara sendiri. 
"Soal pilihan itu kerajaan yang tetapkan, iaitu  mahu divaksin atau tidak. Makanya, kenapa mahu menyerang rakyat yang tidak mahu divaksin seperti musuh?. Kerajaan yang buat undang-undang, kerajaan yang mencabuli undang-undang. 
"Harus diingat, mereka yang tidak mahu divaksin bukanlah rakyat biasa tetapi ramai juga yang terdiri dari golongan profesional dan agamawan. Mungkin mereka mahu jaminan, anda berlaku kematian (walau pun tiada kes). Memaksa rakyat tanda tangan surat perjanjian yang menyebelahi sebelah pihak inilah yang menakutkan mereka. 
"Bagi yang sudah divaksin dan selamat, Alhamdulillah. Makanya, kenapa mahu menyerang golongan yang memilih tidak divaksin atas faktor-faktor keselamatan dan keyakinan mereka terhadap vaksin itu sendiri?. 
"Mereka mematuhi SOP dan mengikut peraturan ketat yang dibuat oleh kerajaan. Andai mereka sakit dan terkena jangkitan Covid-19 hukumlah mereka dengan membayar kos kiranya divaksin kelak. Sebab mereka menolak vaksinasi percuma yang diberikan kerajaan," tambah beliau lagi.
Shukri berkata, jika kerajaan terus menyerang kumpulan terbabit maka dikhuatiri akhirnya mereka akan memberontak dan menentang, bukankah ia menimbulkan konflik yang lebih buruk kepada negara di  mata dunia kelak.
Justeru katanya, berilah didikan secara berhemah dan timbangrasa bukannya kekerasan kerana mereka adalah rakyat Malaysia dan bukan pendatang asing di bumi tercinta ini. Hari ini, maklumat dihujung jari, mungkin ada sebab-sebab tertentu mereka tidak mahu divaksin. Malah ada kes, mereka tidak divaksin tetapi semua ahli keluarga diarahkan menerima vaksin lengkap dua dos. Ini bermakna mereka bukanlah 'anti vaksin' seperti yang di dakwa.
"Bolehkah kerajaan memaksa rakyat yang tidak bersetuju dengan kerajaan mengundi kerajaan?. Sedangkan undi adalah kebebasan untuk rakyat bagi menentukan masa depan negara. Samalah juga dengan vaksin, yang sudah divaksin alhamdulillah namun usahlah menjadikan mereka yang tidak mahu divaksin sebagai musuh. Melainkan mereka yang jelas menentang dan membuat provokasi, propaganda agar orang lain takut untuk divaksin," dakwa Shukri lagi. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/lebih-baik-wajibkan-vaksinasi-tak-perlu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Akan Jadi Lebih Sukar Buat Goiongan Anti Vaksin Khairy Jamaluddin

Hidup Akan Jadi Lebih Sukar Buat Goiongan Anti Vaksin Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 285 hits
Kerajaan akan mengambil langkah tegas dalam menghadapi individu atau kumpulan yang tidak mahu divaksin dan mengatakan hidup mereka akan jadi susah jika terus bersikap demikian Menurut Khairy Jamaluddin untuk mereka yang tidak boleh menerima...
Oooo Kami Faham Kami Faham Cari La Kalau Kalau Ada Ahli Sendiri Yang Lebih Baik Kat Yadim Contohnya Entah Apa Depa Buat

Oooo Kami Faham Kami Faham Cari La Kalau Kalau Ada Ahli Sendiri Yang Lebih Baik Kat Yadim Contohnya Entah Apa Depa Buat

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 216 hits
October 17 2021 Pengerusi TH letak jawatan kerana tekanan politik Ini kisahnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary menjelaskan ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Pengerusi Tabung Haji T...
Tiz Zaqyah Bosan Golongan Anti Vaksin Sering Beri Pelbagai Alasan

Tiz Zaqyah Bosan Golongan Anti Vaksin Sering Beri Pelbagai Alasan

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 361 hits
Mungkin bosan melihat sikap golongan anti vaksin yang sering memberi pelbagai alasan di media sosial membuatkan bintang drama bersiri popular Nur Kasih dan Sara Sajeeda Tiz Zaqyah berkongsi pandangannya di laman Twitter hari ini
Vaksin Covid 19 Vaksinasi Penduduk Dewasa Cecah 90

Vaksin Covid 19 Vaksinasi Penduduk Dewasa Cecah 90

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 275 hits
Seramai 21 073 482 individu atau 90 peratus daripada populasi dewasa sudah menerima dua dos suntikan vaksin COVID 19 Berdasarkan portal COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan 94 8 peratus atau 22 185 520 populasi dewasa sudah m...
Baim Wong Banjir Kritik Paula Verhoeven Semoga Bisa Menjadikan Kita Pribadi Yang Lebih Baik

Baim Wong Banjir Kritik Paula Verhoeven Semoga Bisa Menjadikan Kita Pribadi Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 297 hits
Kontennya dengan kakek Suhud masih picu kegeraman warganet Baim kembali ungkap permintaan maaf dan harapan agar bisa bertemu
Vaksin Moderna Lebih Berkesan Terhadap Varian Delta

Vaksin Moderna Lebih Berkesan Terhadap Varian Delta

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 188 hits
Foto AFP RIYADH Vaksin COVID 19 Moderna dianggap lebih berkesan dengan keberkesanan lebih tinggi berbanding vaksin lain terutama terhadap varian Delta kata jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan Arab Saudi Dr Muhammad Al Abdel Ali Dr Muhamma...
Jangan Kecewa Perancangan Allah Lebih Baik

Jangan Kecewa Perancangan Allah Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 336 hits
Saat hati berkata ingin Namun Allah berkata tunggu Saat air mata harus menitis Namun Allah berkata tersenyumlah Maha Suci Allah yang memberikan kebahagiaan dan ketenangan hati pada hambaNya Tahu apa yang membuat hati tenang Ketika kita bole...
Tian Chua Lebih Baik Diam Dan Disangka Bodoh Daripada

Tian Chua Lebih Baik Diam Dan Disangka Bodoh Daripada

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 319 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia bimbang terhadap polemik menerima kemasukan 4 ADUN Melaka ke dalam Pakatan Harapan yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu Setiausaha AMK Malaysia Syukri Razab berkata penerimaan ADUN ADUN berkenaan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi