Kronologi Kes Tuduhan Rasuah Rosmah Mansor


Oleh UtusanTV Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika hadir mendengar keputusan terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, disini hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid HAKIM Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan mengarahkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membela diri atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak.
Rosmah berhadapan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
Rosmah hadir di Mahkamah Tinggi pada kira-kira 9.15 pagi dan ikuti oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lima minit kemudian.
BERITA BERKAITAN Kronologi kes mahkamah libat pemimpin UMNO
Berikut adalah kronologi kes tersebut:
15 Nov 2018
Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
15 Mac 2019
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi membabitkan dua tuduhan rasuah dihadapi Rosmah.
10 April 2019
Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta berhubung projek berkenaan.
28 Jun 2019
Kes Rosmah yang didakwa atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta dalam projek bersepadu sistem solar sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
5 Februari 2020
Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan ditemani peguam dan ahli keluarga bagi perbicaraan kes rasuah RM5 juta yang dihadapinya.
31 Mac 2020
Perbicaraan kes rasuah membabitkan Rosmah berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak bersambung di Mahkamah Tinggi pada 15 April susulan pelaksanaan PKP.
20 Mei 2020
Mahkamah menetapkan perbicaraan kes berhubung pembekalan dan pemasangan sistem tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak bersambung selama 31 hari di Mahkamah Tinggi bermula 13 Julai.
2 November 2020
Perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang sepatutnya bersambung empat hari ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang.
16 November 2020
Perbicaraan yang sepatutnya bersambung hari ini ditangguhkan ke 11 Disember depan.
3 Disember 2020
Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Disember untuk pengurusan kes Rosmah yang menghadapi 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
11 Disember 2020
Selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan menutup kes isteri bekas Perdana Menteri itu.
Hakim menetapkan 10 Februari sebagai tarikh untuk hujahan kes.
10 Februari 2021
Rosmah hadir ke Mahkamah Tinggi bagi hujahan kes.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 18 Februari sebagai tarikh keputusan kes selepas mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/kronologi-kes-tuduhan-rasuah-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertuduhan Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak Keputusan Kes Rosmah Khamis Ini

Pertuduhan Rasuah Projek Hibrid Solar Di Sarawak Keputusan Kes Rosmah Khamis Ini

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 161 hits
KUALA LUMPUR Khamis ini perhatian ramai akan tertumpu kepada Datin Seri Rosmah Mansor apabila Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan sama ada akan memanggilnya untuk membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi...
Najib Akan Beri Keterangan Perbicaraan Kes Rasuah Hibrid Solar Rm1 25 Billion Rosmah

Najib Akan Beri Keterangan Perbicaraan Kes Rasuah Hibrid Solar Rm1 25 Billion Rosmah

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah lua...
Rosmah Diarah Bela Diri Berhubung Kes Rasuah Projek Solar

Rosmah Diarah Bela Diri Berhubung Kes Rasuah Projek Solar

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 172 hits
B Nantha KumarIsteri bekas perdana menteri Najib Razak Rosmah Mansor diarah membela diri atas tuduhan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lu...
Terkini Rosmah Mansor Diarah Bela Diri Atas 3 Pertvduhan Rasvuah Kes Projek Hibrid Solar

Terkini Rosmah Mansor Diarah Bela Diri Atas 3 Pertvduhan Rasvuah Kes Projek Hibrid Solar

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 188 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pert uduhan ra suah berhubung projek tenaga solar hibrid bagi 369 sekolah dekat pedalaman Sarawak
Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah Sprm Sahkan

Xavier Dan Thinagaran Disiasat Kes Rasuah Sprm Sahkan

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 158 hits
PUTRAJAYA 24 Feb Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki mengesahkan siasatan telah dibuka pihaknya terhadap Timbalan Pengerusi PKR Perak MA Thinagaran dan bekas menteri yang juga Naib Presiden PKR Dr X...
Perbicaraan Kes Rasuah Netanyahu Disambung

Perbicaraan Kes Rasuah Netanyahu Disambung

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 133 hits
Perbicaraan kes rasuah Netanyahu disambung Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Feb 2021 11 43PM
Rosmah Di Arah Bela Diri Kes Projek Solar Hibrid Di Sekolah Pendalaman Sarawak Mahathir Khalid Apa Cerita

Rosmah Di Arah Bela Diri Kes Projek Solar Hibrid Di Sekolah Pendalaman Sarawak Mahathir Khalid Apa Cerita

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 183 hits
February 18 2021 Datuk Seri Rosmah Mansor diarahkan membela diri di atas dakwaan rasuah melibatkan projek solar hibrid bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di SarawakHakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusannya pagi...
Bekas Pengerusi Mara Inc Di Dakwa Atas 22 Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

Bekas Pengerusi Mara Inc Di Dakwa Atas 22 Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Mara Incorporated Sdn Bhd Datuk Mohammad Lan Allani hari ini dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas 22 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM20 45 juta membabitkan hartanah di Melbourne...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya