Kronologi Kes Kuil Sri Mariamman Yang Mudah Difahami Thepatriots


1. Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate.

Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut:

1974: Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal.1891: Ia dibina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang didedikasikan oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di estet tersebut.

2. Pada tahun 1987, SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd.

Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian namun kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada skim pembangunan perumahan.

3. Pada tahun 1992-1993, tanah kuil berkenaan telah dituntut oleh pihak SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987.
Maka ditubuhkanlah Komitee Pengurusan Kuil berkenaan dibawah ROS dan Chellappa a/l K.Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala Nagaraju a/l Merganathan telah dilantik sebagai setiausaha komiti tesebut.
4. Pada tahun 1996, tuntutan pertama melalui saman sivil : No.MT1-21-353-1996 diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah).

Kes ini juga sebenarnya pernah diwakili oleh mendiang Karpal Singh.

5. Pada tahun 2001, berlakunya salah faham diantara Chellapa dan Nagaraju, di mana Chellapa telah menuduh Nagaraju telah ‘red caught handed’ mencuri duit dan barang dapur kuil, Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli komitee termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan.

6. Pada tahun 2007, One City Development telah membeli tanah itu dan telah ada rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak. Saman sivil pertama iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014.

7. Pada tahun 2012, kira-kira 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor dan mendesak kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan kuil berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights.

8. Pada tahun 2014, Mac 2014, kedua-duanya Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :
Menyediakan dua tanah lain yang terletak berhampiran kuil yang ada untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.Mendermakan RM1.5 juta untuk membina kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.
Mahkamah mengarahkan tapak di mana kuil itu terletak untuk diserahkan kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.

Julai 2014, sebuah lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah di: No.MT1-22-491-2001 (MT5) diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) dan Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.

9. Pada tahun 2016, berdasarkan keputusan mahkahmah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah.
Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan.
10. Pada tahun 2017, May 2017, pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil.

Lokasi baru itu juga telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat.

Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka

1 Jun 2017, isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014.

Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas),Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah mereka:

Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun ada ditanah tersebut, yang dianggap keramat kepada masyarakat Hindu.Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.Tapak baru bagi kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan dikuil mungkin akan menggangu masyrakat setempat dan mewujudkan racial-tension.

Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima ‘political backlash’.

6 Jun, Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.
.
Disember 2017, isu ini ‘panas’ sebentar apabila dibangkitkan semula oleh Sivarasa and Santiago yang mana mana kuil tersebut harus dikekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet tersebut.

11. Pada tahun 2018, 28 September, isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.

16 Oktober, Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan masyarakat India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak taruh yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

25 Oktober, Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook,kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan teruk di LDP

Seramai kira-kira 300 orang anggota polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.

Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November iaitu selepas perayaan Deepavali.

Pengurusan kuil itu akan diambil alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh aktivis Hindraf “Ramaji”, yang nama sebenarnya M Ramachandran.

YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut.

31 Oktober, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di mahkahamah pada 2014, beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk kuil itu dipindah atas arahan mahkamah bukan arahan kerajaan negeri.

17 November, kumpulan yang membantah persetujuan antara jawatankuasa kuil dan pemaju untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan di luar Parlimen minggu depan bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun mahkamah sudah membuat pada 2014.

Malah ada 2 orang penganut hindu dikalangan jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan kuil tersebut.

Kumpulan “Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple” berkata kuil itu, yang dibina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut dipindahkan.

Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh kerajaan tidak peduli akan bantahan mereka.

“Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan tidak proaktif,” katanya, dan menambah mereka akan berhimpun di luar Parlimen pada 21 November ini, sehari sebelum perpindahan kuil itu.

“Kami mahu perdana menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian. Tiada orang dengar rayuan kami,” katanya.

21 November, sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan parlimen bagi mempertahankan kuil tersebut daripada dirobohkan pada tarikh akhir iaitu 22 November 2018.

Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield itu.

Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Mahathir.

23 November, sekali lagi memorandum cuba dibawa ke parlimen oleh Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman namun telah dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.

Beliau mendakwa telah dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu.

Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City telah menafikan bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29 November

25-26 November, telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November). Maka ramailah turun tunggu di kuil.

Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian hitam yang dipercayai telah dibayar oleh pihak pemaju telah datang menyerbu kuil dan mengarahkan orang untuk keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah diviralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook.

Unsur-unsur orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar dijerit oleh kumpulan berkenaan telah didendangkan di dalam seruan meminta bantuan oleh pihak dari dalam kuil berkenaan.

Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke kuil berkenaan dan berlakulah pertempuran dan pergaduhan diantara kumpulan lelaki Melayu tadi dengan orang yang turun memberi bantuan kepada persatuan kuil, ada yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua-dua belah pihak.

Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya dikawal oleh LPF dan FRU dan beberapa orang telah berjaya digari dan ditangkap oleh pihak polis.

Di dalam kekecohan tersebut, beberapa buah truck pickup telah diterbalikan dan beberapa buah kereta juga telah dibakar.

Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu ‘planted’ yang dirancang secara tiba-tiba, isu ini adalah isu lama yang sudah berpanjangan sejak bertahun-tahun walaupun sepatutnya telah diselesaikan dengan cara mahkahmah.

Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak-pihak tertentu isu ini menjadi panas dan semakin ‘complicated’

Diharapkan, kita sebagai rakyat Malaysia tidak termakan akan provokasi atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti, bahawa kejadian semalam adalah kejadian rusuhan di antara kaum Melayu dan India, orang Melayu nak robohkan kuil Hindu, ekstrimis Melay atau Muslim dsbnya..

Walhal ianya adalah pergeseran di antara pihak pengurusan kuil dan juga pihak pemaju yang telah memakan hampir 20 tahun namun tidak selesai-selesai lagi

Dan jujurnya saya rasa, ke semua pihak yang terlibat termasuklah pemaju harus dipanggil dan disiasat sebelum benda ni jadi lebih merebak dan tidak terkawal.

Sekian

UPDATED:

Rupa-rupanya kerajaan Selangor dibawah kerajaan BN pada tahun 2001 pernah mengeluarkan sebuah surat kelulusan pengekalan tapak kuil tersebut berdasarkan sebuah mesyuarat exco pada 08.08.2001.

Malah pada tahun 1993 sebuah surat daripada Timbalan menteri sumber manusia (Tan Sri M. Mahalingam), juga pernah dikeluarkan daripada pejabat beliau yang telah berpendapat bahawa pihak kuil berhak untuk menduduki tapak yang diduduki oleh kuil tanpa sebarang gangguan berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai oleh pemaju (SIME UEP) di mana pemaju telah bersetuju dengan syarat yang telah dikenakan oleh Majlis Mesyuarat EXCO Selangor pada tahun 1987 yang berbunyi,

“Pemaju dikehendaki memperuntukkan kawasan bagi maksud Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) seluas kira-kira 5 ekar dan tapak untuk Kuil Sri Maha Mariamman seluas kira-kira 1 ekar di tempat yang sedia ada.”


The Patriots







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/kronologi-kes-kuil-sri-mariamman-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Kronologi Isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 1391 hits
1 Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut 1974 Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 ol...
Polis Tahan Dua Lelaki Kes Gaduh Di Tapak Kuil Sri Maha Mariamman

Polis Tahan Dua Lelaki Kes Gaduh Di Tapak Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 1165 hits
Lima parah dalam satu pergaduhan di dalam kawasan kuil di Putra Heights Subang jam 3 pagi tadi membabitkan 2 kumpulan lapor Astro Awani Pergaduhan dipercayai bermula di luar kawasan kuil berkenaan namun meleret ke dalam kuil sebaik mangsa c...
12 Kronologi Insiden Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman Usj 25 Putra Heights Subang Jaya

12 Kronologi Insiden Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman Usj 25 Putra Heights Subang Jaya

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1295 hits
Negara digemparkan hari ini dengan kes rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Putra Heights Subang JayaPerselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman terletak di USJ 25 Seafield Subang Ja...
Kuil Sri Maha Mariamman Tidak Akan Dipindahkan Sehingga 11 Januari Depan

Kuil Sri Maha Mariamman Tidak Akan Dipindahkan Sehingga 11 Januari Depan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 340 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 29 November 2018 2 28 PM SHAH ALAM Kerajaan negeri memberikan jaminan tidak akan memindahkan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights Suba
Fakta Penting Disebalik Konflik Pertikaian Kuil Sri Maha Mariamman Hicom

Fakta Penting Disebalik Konflik Pertikaian Kuil Sri Maha Mariamman Hicom

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 570 hits
Oleh Memahami Timeline isu Sri Maha Mariamman Temple Hicom 1 Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan...
Muhyiddin Dedah Peguam One City Upah Orang Melayu Kawal Kuil Sri Maha Mariamman

Muhyiddin Dedah Peguam One City Upah Orang Melayu Kawal Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 439 hits
Siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City Development Sdn Bhd memberi upah RM150 000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh mengambil alih dan mengawal Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya kelmarin Menteri Dalam Negeri Tan Sri...
Sejarah Asal Usul Kuil Sri Maha Mariamman

Sejarah Asal Usul Kuil Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1050 hits
Kuil Sri Mahamariamman merupakan tempat yang suci bagi penganut Hindu yang dibangunkan oleh Thambusamy Pillai pada tahun 1873 yang pada mulanya merupakan kuil peribadi keluarga Sekitar tahun 1920 kuil ini dibuka untuk umum dan pengurusannya...
Kecoh Malam Tadi 12 Video Dari Fb Vetri Online Kes Runtuh Kuil Mariamman Bukan Rusuhan Kaum

Kecoh Malam Tadi 12 Video Dari Fb Vetri Online Kes Runtuh Kuil Mariamman Bukan Rusuhan Kaum

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 717 hits
Penempatan semula kuil di Subang Jaya tertangguh 4 tahunSUBANG JAYA Syarikat pemaju yang memiliki sebidang tanah yang menempatkan sebuah kuil Hindu di Subang Jaya kini mahu melihat rundingan damai selepas berlaku pertikaian dalaman antara 2...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching