Kronologi Jerebu Di Malaysia


tyrazalhe  Sarawak diisytihar darurat pada 1997 kerana bacaan IPU lebih 650
KUALA LUMPUR – Masalah jerebu yang melanda Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara ketika ini sehingga menjejaskan kehidupan harian serta aktiviti pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru.
Malah, jerebu pada 1997 menyebabkan Malaysia mengisytiharkan darurat, manakala jerebu yang melanda pada 2015 pula dikatakan yang terburuk dalam sejarah negara.
Berikut adalah sebahagian kronologi kejadian jerebu yang dilaporkan berlaku di Malaysia :
1960 – Kali pertama jerebu dilapor berlaku disebabkan faktor tempatan seperti pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari industri perkilangan dan kenderaan.
1983 – Jerebu berlaku disebabkan fenomena El Nino dan pembakaran hutan di Kalimantan. Kualiti udara yang buruk juga menyebabkan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan.
1997 – Jerebu teruk dilaporkan berlaku apabila hampir seluruh negara diselaputi asap tebal selama hampir enam bulan, malah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan melewati paras bahaya.
19 September 1997: Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan darurat jerebu di Sarawak apabila bacaan IPU melebihi 650 iaitu paras ‘berbahaya’ paling tinggi dalam sejarah. Ia merupakan perisytiharan darurat jerebu alam sekitar pertama dalam sejarah negara.
Operasi Haze dilaksanakan oleh pasukan bomba Malaysia bagi membantu pihak berkuasa Indonesia memadamkan kebakaran hutan dan kawasan perladangan di Sumatera dan Kalimantan.
ASEAN turut mengambil tindakan proaktif dengan meluluskan pembentukan sistem amaran awal dalam Pelan Tindakan Jerebu Serantau (Regional Haze Action Plan) pada 1998.
2014 – Bagi menangani masalah pembakaran terbuka yang menyumbang kepada jerebu dan kritikan daripada negara-negara jiran, Indonesia mengesahkan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada 2014 dan merupakan negara ASEAN yang terakhir yang berbuat demikian.
Singapura pula meluluskan undang-undang yang membolehkan negara itu mendakwa individu dan syarikat yang menyumbang kepada jerebu.
2015 – Jerebu yang melanda negara disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah sehinggakan banyak sekolah terpaksa ditutup, selain penerbangan dan beberapa acara luar peringkat kebangsaan dibatalkan.
– 4 September 2015: Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.
Penutupan sekolah akibat jerebu telah dilaksanakan di Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan hampir empat juta pelajar di Malaysia dilaporkan terjejas.
Beberapa acara antarabangsa turut terjejas, misalnya Piala Dunia Renang FINA 2015 di Singapura dan Marathon Kuala Lumpur  
Selain itu, sebuah pesawat Bombardier CL415MP dan helikopter AS 365 N3 dauphin milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dihantar ke Sumatera Selatan bagi membantu operasi memadam kebakaran.
Pesawat itu melakukan 21 jam penerbangan dengan melepaskan 546,000 liter air di kawasan kebakaran seluas 60 batu nautika persegi di Sumatera Selatan, Indonesia dalam tempoh lima hari penugasan.
September 2019: Seperti tahun-tahun sebelumnya, jerebu kembali sekali lagi tahun ini yang berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. –
Pada Jumaat, sebanyak 2,649 sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak ditutup akibat jerebu sementara bilangan kes penyakit asma dan konjuntivitis didapati semakin meningkat berdasarkan pemantauan daripada 31 klinik sentinel jerebu.
Jabatan Alam Sekitar turut melakukan operasi pembenihan awam Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Sarawak, terutamanya di kawasan-kawasan terjejas yang mempunyai bacaan IPU melebihi 150. – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengumumkan bahawa Malaysia telah menawarkan bantuan kepada Indonesia untuk menangani kebakaran hutan kerana ia mempunyai peralatan pengeboman air yang boleh digunakan.
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pula menyatakan ia menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kabinet bagi mendraf Akta Jerebu Rentas Sempadan.
Menterinya, Yeo Bee Yin berkata akta ini adalah untuk mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang telah mengakibatkan jerebu di luar negara, bukan sahaja di Indonesia.
Walaupun jerebu semakin teruk di rantau ini, Singapura pula mengambil keputusan meneruskan Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) 2019 di litar jalanan Marina Bay Street hari ini.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/kronologi-jerebu-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Mahu Akta Jerebu Rentas Sempadan

Malaysia Mahu Akta Jerebu Rentas Sempadan

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 267 hits
Malaysia mahu akta jerebu rentas sempadanOleh September 17 2019Sesuatu perlu dilakukan bagi menangani masalah jerebu yang melanda negara Asia Tenggara saban tahun Menteri Tenaga Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin memberi...
Selepas Jerebu Malaysia Dijangka Hadapi Ribut Petir Mulai Esok Met Malaysia

Selepas Jerebu Malaysia Dijangka Hadapi Ribut Petir Mulai Esok Met Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 324 hits
Rakyat Malaysia berkemungkinan dapat menarik nafas lega ekoran peralihan angin monsun yang dijangka bermula pada esok 24 September 2019 yang dapat mengurangkan kesan jerebu di tanah air Pada 21 September lepas Jabatan Meteorologi Malaysia t...
Darurat Jerebu Pelajar Malaysia Di Pekanbaru Dan Jambi Dipindahkan

Darurat Jerebu Pelajar Malaysia Di Pekanbaru Dan Jambi Dipindahkan

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 429 hits
Putrajaya Seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi Indonesia akan dipindahkan ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu kata Agensi Pengurusan Bencana Negara Daripada jumlah tersebut 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malays...
Indonesia Malaysia Kembali Berseteru Karena Jerebu

Indonesia Malaysia Kembali Berseteru Karena Jerebu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 396 hits
Kabut asap datang lagi Pembakaran lahan di sejumlah wilayah di Sumatera dan Kalimantan kembali terjadi Negara tetangga Malaysia meradang lagi
Jerebu Di Malaysia Berterusan Hingga Akhir Bulan September

Jerebu Di Malaysia Berterusan Hingga Akhir Bulan September

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 655 hits
KUALA LUMPUR Jerebu di Malaysia mungkin berterusan sehingga penghujung bulan ini berikutan kemungkinan hujan lebat yang rendah dan kemungkinan pembakaran terbuka yang tidak terkawal di negara tetangga Indonesia The Star melaporkan Ketua Pen...
Jerebu Jokowi Kerah Tentera 52 Pesawat Kerana Malaysia Dan Singapura

Jerebu Jokowi Kerah Tentera 52 Pesawat Kerana Malaysia Dan Singapura

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 398 hits
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata kerajaannya melakukan semua usaha termasuk mengerah 52 pesawat untuk memadam kebakaran hutan di negara itu yang menyebabkan jerebu teruk di Indonesia serta negara jiran termasuk Malaysia dan Singapura ...
Setiap Tahun Kena Sedut Asap Jerebu Peguam Jelaskan Kenapa Malaysia Tak Ambil Tindakan Terhadap Indonesia

Setiap Tahun Kena Sedut Asap Jerebu Peguam Jelaskan Kenapa Malaysia Tak Ambil Tindakan Terhadap Indonesia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 613 hits
Sudah bertahun lamanya kejadian fenomena jerebu ini berlaku Boleh dikatakan hampir setiap tahun isu ini akan berulang dan info info tentang ciri keselamatan dan penjagaan kesihatan sudah tebal difikiran manusia dipercayai sejak tahun 90 an ...
Jerebu Beri Kesan Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

Jerebu Beri Kesan Kepada Sektor Pelancongan Malaysia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 508 hits
Sudah bertahun kita di Malaysia mengalami masalah Jerebu dan tiap kali ia berlaku ia memberi impak negatif kepada sektor pelancongan Ya memang betul Jerebu Beri Kesan Kepada Sektor Pelancongan Malaysia dan ia mungkin memberi kesan yang buru...
Pm Pernah Isytihar Darurat Ini 3 Sejarah Kejadian Jerebu Terburuk Pernah Melanda Malaysia

Pm Pernah Isytihar Darurat Ini 3 Sejarah Kejadian Jerebu Terburuk Pernah Melanda Malaysia

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 346 hits
Fenomena jerebu yang melanda negara Malaysia merupakan yang terburuk dalam sejarah sehingga menyebabkan ratusan sekolah terpaksa ditutup serta penerbangan terpaksa dibatalkan Ya jerebu merupakan satu keadaan di mana jarak penglihatan terbat...
Apa Itu Wang What Is Money

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Lirik Lagu Sangkar Derita Oleh Haqiem Rusli

Rumah Maw Art Studio Seni Dan Kafe Moden Menarik Di Langkawi Kedah

Pelancaran Muzik Video Hening Rindu Marsha Milan

Kelantan Dua Penguat Kuasa Ambil Duit Rm23 000 Lepas Suspek Dadah

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri

Bukan Melayu Tak Perlu Takut