Kroni Sapu Geran Mdec Yasmin Disingkir Ceo Rm150 Juta Lesap Projek Adax Mana Sprm




Skandal MDEC sebenarnya parah. Kroni sapu geran dan Status kes projek ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) MDEC masih samar walau CEO Yasmin disingkir. Wang Rakyat RM150 juta terbazir. CEO ADAX yang ada kepentingan terus senyum.
SKANDAL dana MDEC yang dikuasai oleh pegawai atau ‘Kartel MDEC’ sudah didedahkan sebelum ini dalam siri pertama.
[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Geng Kartel’ monopoli geran MDEC, syarikat mengadu mohon campur tangan Menteri KKM ]
Menurut sumber, ramai juga pegawai MDEC dalaman suka pendedahan itu. Tidak dipastikan tindakan Menteri KKM namun tindakan susulan melaporkan kepada SPRM katanya sudah dilakukan oleh beberapa pihak. Kekayaan pegawai yang terlibat dengan pemberian dana ini harus disiasat sumbernya. Maklumlah ratusan juta dana MDEC telah disalurkan kepada syarikat ‘pilihan’ sejak sekian lama.
Artikel kali ini kita akan mengupas bekas bos MDEC iaitu Datuk Yasmin Mahmood bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang ‘dicutikan’ selama 6 minggu berhubung siasatan SPRM projek ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX).
Sukarela? sebenarnya diarahkan bercuti sebelum ditamatkan hujung tahun
Apa agaknya kesudahan siasatan kes ADAX SPRM ini? masih misteri!
Status kes ini sehingga hari ini masih belum jelas walaupun Jun 2018, Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengarahkan siasatan penuh terhadap projek bursa data fizikal ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) ini.
Menteri KKM menerima banyak pertanyaan berhubung projek terbabit dan antara persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada wujud percanggahan kepentingan antara pengurus program berkenaan dengan penyedia latihan atau sebaliknya.
Mana mungkin tiada kepentingan apabila Ketua Pegawai Eksekutif ADAX Sharala Axryd rakan kongsi MDEC juga adalah pengasas di Pusat Sains Data Gunaan atau The Center of Applied Data Science (CADS) bertindak selaku pengurus program dan juga penyedia latihan.
Bunyinya dahsyat, ADAX bursa data fizikal pertama di dunia menyasarkan untuk melahirkan 20,000 profesional data menjelang tahun 2020, sekali gus mencapai aspirasi ekonomi digital negara. Namun ADAX nampaknya gagal berfungsi.
ADAX diluluskan oleh kerajaan pada 2016 dengan pembiayaan sebanyak AS$37.7 juta (RM150 juta) bagi tempoh empat tahun. 
Turut membiayai projek ini ialah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Ketua Pegawai Eksekutif HRDF Vignaesvaran Jeyandran diarah meletak jawatan pada Jun 2018 berhubung beberapa dakwaan rasuah meluluskan geran HRDF termasuk projek ADAX.
ADAX menawarkan pelbagai latihan dan kursus yang bakal melahirkan generasi baharu saintis serta profesional data.
Melalui  The Center of Applied Data Science (CADS) ADAX bekerjasama rapat dengan rakan pelaksana tempatan dan antarabangsa industri seperti Cloudera, Fusionex, IBM, Microsoft, Open Data Institute dan SAS
Menurut sumber Yasmin Mahmood selepas siasatan 6 minggu selesai dan kembali bertugas di MDEC telah diarahkan berhenti pada penghujung 2018 bagii meredakan skandal itu dan digantikan dengan CEO baru Surina Shukri
Surina Shukri CEO MDEC baru. Jika dia masih menggunakan pegawai ‘Geng Kartel’ dia juga akan gagal
sebagaimana Yasmin Maamod.
Projek ADAX belanja ratusan juta tetapi tidak menepati piawaian keselamatan negara
Mengapa projek ini gagal? Selain kepentingan pengasas Pusat Sains Data Gunaan (CADS) dengan ADAX yang Sharala Axryd juga adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yasmin Mahmood dan Vignaesvaran Jeyandran (HRDF) bersekongkol melesapkan dana, faktor terbesar kegagalan ADAX ialah projek itu gagal menepati piawaian ditetapkan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.
Ir. Dr Karl Ng Kah Hou adalah pegawai MDEC yang bertanggungjawab mengurus ADAX. Pasti beliau lebih tahu masalah ADAX
Sudah beberapa tahun pihak kementerian berkaitan, MDEC dan ADAX berunding dengan pihak Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia namun gagal kerana tidak bertepatan dengan Akta 88 Akta Rahsia Rasmi 1972. ADAX dikatakan membahayakan negara apabila beberapa beberapa data terperingkat negara mungkin di simpan di luar negara.
Apatah lagi misalnya jika cadangan menggunakan public cloud,  server microsoft di luar negara oleh Yasmin Mahmood bekas Pengarah Urusan Microsoft Malaysia 2006 – 2009 itu dituruti. Yang pasti ada beberapa perkara tidak boleh diperakukan  mudah oleh Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Meminda Akta Rahsia Rasmi 1972 semata-mata demi projek ADAX adalah sesuatu yang sangat gila dan bakal membuka kepada agensi atau vendor lain melakukan perkara sama jika tidak dihalang.
Itulah apa yang pasukan Yasmin Mahmood lakukan di MDEC dan ADAX mereka sanggup melanggar Seksyen 7A (melapor permintaan maklumat), 7B (ejen negara asing) dan 8 (menyampai, rahsia rasmi dengan salah) untuk menjayakan ADAX. Tidak mengapa negara luar menyimpan maklumat rahsia negara kita asalkan projek jalan, komisen juga jalan!
Sebelum ini telah didedahkan aduan syarikat dan individu terhadap beberapa Pegawai MDEC atau ‘Geng Kartel’  yang menentukan syarikat mana yang mendapat Dana Kandungan Digital MDEC atau MAC3 Fund yang diwujudkan kerajaan menyokong syarikat pengeluaran kandungan kreatif tempatan.
Permulaan dana ini bagus melahirkan syarikat animasi namun akhirnya menjadi medan kronisme. Syarikat kroni pegawai MDEC atau ‘Geng Kartel’ akhirnya memonopoli dana ini.
Jika Hasnul Hadi Samsudin, Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC menjadi pemain utama dalam geran MDEC tentunya Datuk Yasmin Mahmood adalah ‘big bos’ sebagai dalang utamanya.
Tidak hairan jika studio-studio animasi Les’ Copaque, Animonsta Studio, Giggle Garage, Inspidea, Durian Digital, Lil Critter Workshop, Wau Animation dan banyak lagi kerap mendapat dana besar daripada MDEC.
Lepas ni syarikat animasi kena buat watak untuk Surina Shukri CEO MDEC baru
Boleh dapat lagi tambahan dana 
Syarikat-syarikat animasi berjaya pula boleh terus mengampu mendapat dana dan kemudahan MDEC. Bubuh saja watak animasi lanun macam ‘Yasmin’ pasti dana akan bertambah lagi. Tunggu filem baru Boboiboy mungkin Animonsta Studio boleh mencipta watak untuk CEO baru MDEC. 
Syarikat besar akan terus menjadi besar, syarikat kecil baru bermula akan terus berkubur jika cara MDEC melayan cara kartel dan jika bukan kroni tak akan mendapatnya. MDEC tidak akan berkembang, dana besar dibelanjakan tetapi syarikat yang muncul ‘itu-itu juga’.
Kini MDEC memulakan pula untuk dana RM10 juta membangunkan E-Sports. Kamu rasa siapa yang paling mendapat manfaat banyak? Jika ini juga tidak dikawal pastinya ‘Geng Kartel’ Hasnul merembatnya dan syarikat-syarikat terpilih saja akan mendapatnya. Agak-agak syarikat Melayu atau bumiputera banyak tak dapat dalam industri game?
[http://sabahkini2.com/en/news/2179/kroni-sapu-geran-mdec-yasmin-disingkir-ceo-rm150-juta-lesap-projek-adax-mana-sprm/view]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/26/kroni-sapu-geran-mdec-yasmin-disingkir-ceo-rm150-juta-lesap-projek-adax-mana-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Terowong Mana Sprm Dah Siasat Tapi

Projek Terowong Mana Sprm Dah Siasat Tapi

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 366 hits
INI adalah tahap pembinaan bulan ini untuk projek kondo oleh syarikat konsesi terowong bersama syarikat rakan kongsi Projek Fasa pertama ini dibina di atas sebahagian tanah yang diberi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai bayaran untuk pr...
Cinta Projek Tender Rm75 Juta

Cinta Projek Tender Rm75 Juta

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 208 hits
SEGALANYA tampak manis di awal perkahwinan sebelum saya menyedari hantaran pernikahan membabitkan barang kemas mewah bernilai RM1 juta itu adalah palsu kata seorang ahli perniagaan wanita yang mahu dikenali sebagai Jane 53 Dia yang juga bek...
Sprm Siasat Dakwaan Komplot Bida Projek Kerajaan Kata Latheefa

Sprm Siasat Dakwaan Komplot Bida Projek Kerajaan Kata Latheefa

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 286 hits
SPRM siasat dakwaan komplot bida projek kerajaan kata Latheefa Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Aug 2019
Mana Yang Lebih Baik Kijang Innova Diesel Atau Bensin

Mana Yang Lebih Baik Kijang Innova Diesel Atau Bensin

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 329 hits
Tentu Anda sudah mengetahui bahwa untuk beberapa mesin mobil konvensional menawarkan dua jenis mesin dengan jenis bahan bakar yang berbeda Salah satunya adalah pada All New Kijang Innova terbaru Semenjak generasi Kijang Kapsul mobil produks...
Scammers Di Mana Mana

Scammers Di Mana Mana

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 874 hits
Hi korang Korang perasan tak sekarang ni scammers ada dimana mana media sosial la yang paling banyak berbekalkan gambar gambar lelaki yang handsome gaya ala ala artis bagai terus add wanita wanita cantik kat media sosial dan jual minyak Dio...
Himpunan Penyatuan Ummah Di Pasir Salak Untuk Semua Jangan Ada Mana Mana Pihak Rasa Terancam Terpinggir

Himpunan Penyatuan Ummah Di Pasir Salak Untuk Semua Jangan Ada Mana Mana Pihak Rasa Terancam Terpinggir

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 337 hits
Tiada mana mana pihak yang sepatutnya berasa terancam atau terpinggir dengan Himpunan Penyatuan Ummah termasuklah yang akan diadakan di Pasir Salak pada esok 30 Ogos Jumaat ini Ketua Penerangan UMNO Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata h...
Tanggapi Hoaks Media Asing Soal Papua Kepala Bssn Sebut Bisa Dari Mana Saja

Tanggapi Hoaks Media Asing Soal Papua Kepala Bssn Sebut Bisa Dari Mana Saja

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 195 hits
Namun Hinsa masih mengelak menjawab darimana asal negara pemasok hoaks tersebut karena tak bisa asal tuduh
4 Kemungkinan Asal Muasal Ekspresi Tertawa Wkwk Di Indonesia Kalau Kamu Percaya Yang Mana Guys

4 Kemungkinan Asal Muasal Ekspresi Tertawa Wkwk Di Indonesia Kalau Kamu Percaya Yang Mana Guys

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 219 hits
Jujur memang suka bertanya tanya sih dari mana ya awal mula penggunaan istilah wkwkwk Padahal kalau dilafalkan beda banget sama suara tertawa asli
Projek Pusat Fidlot Kebangsaan Nfc Sebuah Syarikat Dikenalpasti Untuk Teruskan

Projek Pusat Fidlot Kebangsaan Nfc Sebuah Syarikat Dikenalpasti Untuk Teruskan

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 190 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah