Kroni Anwar Ibrahim Peroleh Bahagian Terbesar Kontrak Hungary Bernilai Berbilion Ringgit



(Malaysia Now) – Seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan beberapa ahli politik tempatan telah memperolehi sebahagian besar kontrak berbilion dolar daripada kerajaan Hungary bagi membekalkan peralatan perubatan, MalaysiaNow difahamkan.
Vinod Sekhar, yang memiliki rangkaian syarikat dan organisasi di bawah Petra Group, menerima kontrak bernilai kira-kira RM2.5 bilion bagi membekalkan alat bantuan pernafasan kepada kerajaan Hungary.
Kontrak oleh negara Eropah timur itu dalam bentuk pelbagai pembelian peralatan bernilai bilion dolar yang dimeterai pada peringkat awal krisis Covid-19.
Dalam salah satu dokumen kontrak yang dilihat MalaysiaNow, Vinod dinamakan sebagai wakil GR Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang beralamat di Bangsar, Kuala Lumpur.
Ia menunjukkan persetujuan kerajaan Hungary untuk membayar sejumlah AS$559,600,000, atau bersamaan RM2.4 bilion berdasarkan kadar tukaran wang pada tarikh kontrak itu tahun lalu.
Perjanjian bertarikh 21 Mei 2020 itu ditandatangani oleh menteri kanan Csaba Balogh, yang mewakili Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan Hungary.
Ketika dihubungi, seorang jurucakap di GR Technologies mengesahkan perjanjian itu, namun tidak dapat memberikan butiran lanjut.
Sementara pesanan teks dan panggilan MalaysiaNow kepada Vinod masih tidak terjawab.
Vinod, 52, anak mendiang BC Sekhar, iaitu tokoh yang memainkan peranan penting dalam memodenkan industri getah Malaysia, pernah diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi pada 2005, namun dibebaskan daripada status muflis tahun lalu.
Pembelian besar-besaran penuh kontroversi
Kontrak yang dianugerahkan kepada Vinod untuk membekalkan alat bantuan pernafasan itu hanya salah satu daripada pembelian besar-besaran oleh kerajaan Hungary tahun lalu, dengan alasan sebagai persediaan menghadapi wabak Covid-19.
Budapest turut menandatangani pelbagai perjanjian lain dengan pembekal tempatan dan asing, dalam apa yang disifatkan sebagai pembelian peralatan perubatan terbesar oleh sebuah negara anggota Kesatuan Eropah.
Pembelian besar-besaran itu dikritik hebat oleh ahli politik pembangkang Hungary yang mempersoalkan ketelusan perjanjian pembelian, di samping harga terlalu mahal dan lebihan bekalan.
Antara yang mengkritik pembelian tersebut adalah Vadai Ágnes, seorang ahli parlimen pembangkang, yang menuntut siasatan dijalankan terhadap mereka yang terlibat dalam pembelian tersebut.
Bercakap kepada MalaysiaNow, Agnes berkata aduan beliau itu ditolak oleh pendakwa raya negara itu.
“Hal ini tidak mengejutkan saya kerana perkara seperti ini memang prosedur biasa di Hungary selama beberapa tahun,” kata Agnes.
“Pendakwa raya negara yang pernah menjadi calon parti kerajaan sekarang menyerahkan aduan saya kepada polis, dan polis pula enggan menjalankan siasatan bagi kes yang melibatkan orang kerajaan,” kata Agnes yang merupakan ahli parlimen mewakili Gabungan Demokratik.
Agnes menjelaskan bantahannya terhadap kontrak pembekalan peralatan perubatan oleh kerajaannya.
“Sebagai contoh, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan telah membeli sebuah alat bantuan pernafasan dengan harga purata sebanyak 19.8 juta forints (RM270,000), sedangkan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Nasional membeli sebuah alatan itu dengan harga purata sebanyak 10.8 juta forints (RM147,000). Tidak ada penjelasan mengenai perbezaan harga itu daripada kerajaan,” katanya kepada MalaysiaNow.
Aktivis pembangkang Katalin Boldis turut bersetuju pembelian alat bantuan pernafasan oleh Hungary dilakukan dengan “cara yang sangat mencurigakan”.
“Pembelian jumlah besar unit alatan itu tidak dapat dijelaskan, selain kualitinya yang rendah, harga yang terlalu mahal dan tiada butiran yang jelas,” Boldis memberitahu MalaysiaNow.
Kematian pesakit alat bantuan pernafasan
Sekitar tempoh yang sama kerajaan Hungary dikritik atas siri pembelian alat pernafasan, laporan mula muncul mengenai kadar kematian tinggi melibatkan pesakit Covid-19 yang menggunakan bantuan alat pernafasan.
Ia menyebabkan Dewan Perubatan Hungary mengingatkan kerajaan pada bulan April bahawa “kematian dalam kalangan mereka yang memerlukan rawatan alat bantuan pernafasan dan intubasi adalah sangat tinggi,” sambil melahirkan kebimbangan bahawa 95% pesakit yang mendapat sokongan alat bantuan pernafasan telah meninggal dunia di beberapa hospital seluruh negara.
Majlis tersebut mendesak kerajaan untuk menyiasat sama ada alat pernafasan itu dikendalikan dengan baik atau wujud masalah melibatkan mutu peralatan.
Agnes berkata sukar untuk mengaitkan kematian itu dengan kualiti alat bantuan pernafasan yang dibeli kerajaan disebabkan kekurangan maklumat yang dibekalkan.
“Kami tidak mempunyai maklumat mengenai isu ini kerana pakar kami tidak berpeluang lihat sendiri kontrak atau alat pernafasan yang dibeli,” katanya.
Wartawan Hungary Babett Oroszi, yang pernah memenangi anugerah kewartawanan, adalah antara pengamal media yang menerima beberapa salinan kontrak tersebut dari pihak berkuasa.
Beliau bagaimanapun berkata beberapa muka surat penting tidak diberikan dalam kontrak bernilai RM2.43 bilion yang diberikan kepada GR Technologies.
“Kandungan utama kontrak terakhir bahkan tidak menyebutkan harga seunit. Ia hanya mengatakan beberapa mesin diimport dengan wang yang dinyatakan itu,” tulis Oroszi pada November tahun lalu.
Menurutnya, beberapa lampiran kontrak akan berguna dalam siasatannya.
“Namun nampaknya, kementerian alam sekitar ‘terlupa’ melampirkan dokumen itu. Sekiranya harga purata dikira, ia menunjukkan amaun yang amat tinggi: 28.1 juta forints (RM382,000) bagi setiap mesin.”
Beberapa bulan kemudian, kerajaan Hungary mengakui ia terlebih beli alat bantuan pernafasan, dan berkata sedang berusaha untuk mengurangkan lebihan tersebut dengan menjualnya ke negara lain.
Menurut Agnes, kerajaan membeli 16,000 alatan tersebut dengan harga 300 juta forints (RM4 bilion) pada pusingan pertama, iaitu lapan kali ganda lebih tinggi daripada bilangan staf terlatih yang boleh mengendalikan kelengkapan tersebut.
“Setakat 1 Jun 2020, 13,404 alat bantuan pernafasan yang dibeli masih disimpan di dua buah gudang. Sebahagiannya diberikan kepada negara asing, bakinya berada di hospital Hungary,” kata Agnes kepada MalaysiaNow.
‘Perjanjian paling buruk’
Sebuah kumpulan wartawan Hungary menyifatkan pembelian alat bantuan pernafasan oleh Budapest itu sebagai perjanjian kontrak paling buruk oleh sebuah negara anggota Kesatuan Eropah.
Menurut siasatan Direkt36, sejak Mac 2020, kerajaan Hungary telah membayar kadar harga yang tertinggi bagi satu kilogram untuk alatan bantuan pernafasan buatan China.
“Ketika koronavirus di tahap genting pada April tahun ini (2020), misalnya, Hungary membayar 10 ganda lebih banyak berbanding Itali, dan 50 kali ganda lebih banyak berbanding Jerman dalam kiraan per kilogram alat bantuan pernafasan dan peralatan lain yang berkaitan,” kata kumpulan itu dalam laporannya yang diterbitkan Ogos lalu.
Agnes yakin bekalan berlebihan itu bukan perkara yang tidak disengajakan.
“Saya yakin keseluruhan pemerolehan alat bantuan pernafasan ini adalah mencurigakan kerana kerajaan tahu jumlah pasukan perubatan yang boleh mengendalikannya, bagaimanapun, ia tetap membelinya dengan banyak.
“Apa yang menjengkelkan dalam kontrak ini adalah, lebih banyak jumlah alatan bantuan pernafasan, harga seunit alatan itu tidak menurun, malah meningkat.”
Kontroversi pembelian kerajaan itu bakal menjadi fokus kempen pilihan raya umum Hungary yang akan diadakan tahun depan.
“Sekiranya gabungan pembangkang menang, kami akan lakukan siasatan teliti terhadap semua kontrak ini, sama ada dari sudut kualiti dan kuantiti peralatan perubatan yang dibeli,” tambah Agnes.
Ahli perniagaan Malaysia peroleh bahagian terbesar kontrak Hungary bernilai berbilion ringgit



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/16/kroni-anwar-ibrahim-peroleh-bahagian-terbesar-kontrak-hungary-bernilai-berbilion-ringgit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim S Crony Gets Multibillion Dollar Hungary Deal

Anwar Ibrahim S Crony Gets Multibillion Dollar Hungary Deal

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 113 hits
A Malaysian businessman with close ties to Anwar Ibrahim and a number of Malaysian politicians has secured a giant portion of multibillion dollar contracts from the government of Hungary for the supply of medical equipment MalaysiaNow has l...
Dato Seri Anwar Ibrahim Mendapat Pengampunan Sepenuhnya Dan Rekod Dipad Pengampunan Anwar Sah Dan Teratur

Dato Seri Anwar Ibrahim Mendapat Pengampunan Sepenuhnya Dan Rekod Dipad Pengampunan Anwar Sah Dan Teratur

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 170 hits
DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENDAPAT PENGAMPUNAN SEPENUHNYA DAN REKOD DIPADAMKAN TIADA KESALAHAN YANG MELANGGAR UNDANG UNDANG Rujuk Video disertakan Youtube Link SELUASNYA sebagai menangkis Persepsi yg cuba dibina oleh Lockman Adam Walaun cai P...
Jika Ditakdirkan Memimpin Negara Ini Pesanan Atgna Kepada Anwar Ibrahim

Jika Ditakdirkan Memimpin Negara Ini Pesanan Atgna Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 198 hits
Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berpesan kepada Dato Seri Dr Anwar Ibrahim Anwar kamu boleh maafkan orang yang menzalimi kamu dan orang yang pukul kamu Tapi kamu kena ingat ini jadi pengajaran Esok kalau Alla...
Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 264 hits
utusan com myBiar tauke besar beli sendiri vaksin AnwarPETALING JAYA Kerajaan digesa segera memberi kelonggaran kepada syarikat syarikat berkemampuan dari segi kewangan membeli vaksin dan mengedarkan dalam kalangan ahli keluarga dan pekerja...
Amanat Dato Seri Anwar Ibrahim Pada 6 Jun 2021 Secara Maya

Amanat Dato Seri Anwar Ibrahim Pada 6 Jun 2021 Secara Maya

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 285 hits
Antara kandungan amanat presiden1 Kuasa adalah tanggungjawab bukan keistimewaan2 Rebut kuasa untuk upah bukan khidmat mesti ditolak3 Suasana pendemic ada yang ambil kesempatan mengumpul keuntungan4 Masyarakat perlu bangun5 Parti politik buk...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien