Krisis Perlembagaan Atau Kemaruk Kuasa


Datuk Zakaria Dullah
Suasana di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen pada 30 Julai. - fotoBERNAMA SEPANJANG minggu lalu (mulai 26.7.2021), hinggalah ke hari ini (3.8.2021), rentetan daripada persidangan khas Parlimen, kemudiaannya disusuli dengan pengumuman Menteri Undang-Undang & Parlimen Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan keputusan kerajaan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dilaksanakan sepanjang tempoh Darurat (Feb 2021 hingga Julai 2021) yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen Pembangkang (ironi dan sangat kontradik)
 Ini turut membawa naratif bahawa pengumuman oleh menteri berkenaan adalah bersalahan dengan perlembagaan dan penghujungnya mengangkat polemik bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menderhaka kepada titah Tuanku Agong; dan perkara ini menampakkan antogonis antara Kerajaan PN dan Istana, apabila dua hari berturut-turut diantara 27 & 28 Julai, senario berbalas-balas surat dan watikah antara Kerajaan dan Istana berkenaan duduk-letak ordinan darurat yang dikatakan pengumuman didalam Dewan Rakyat tersebut adalah melanggar Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah digarap dan dicanang kemudiaannya (oleh pihak yang berkepentingan) sebagai satu lagi episod krisis Perlembagaan di negara ini
 Untuk rekod, negara kita (antara Kerajaan dan Istana) telah dua kali ini sebelum ini “terjebak” dalam kancah dan polemik krisis Perlembagaan, iaitu masing- masing pada tahun 1983 dan 1993
  Apakah apa yang berlaku pada minggu lalu, merupakan satu lagi bentuk krisis Perlembagaan antara kerajaan dan pihak Istana
 Dalam konteks apakah kita harus memahami perkembangan yang berlaku di Parlimen pada minggu lalu? Atau apakah yang berlaku pada minggu lalu lebih kepada 'pucuk dicita ulam mendatang'
 Untuk itu diperturunkan di bawah ini EMPAT perkara penting yang perlu dihadam bagi tujuan memahami peristiwa pada minggu lalu melangkaui nuansa atau naratif yang dicanangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan tersebut: (1). Dikatakan pengumuman “revokasi” oleh Menteri berkenaan melanggar perlembagaan, kerajaan menderhaka dan krisis perlembagaan. Sebenarnya tidak wujud ke tiga-tiga aspek atau elemen tersebut.  Mana mungkin dikatakan melanggar perlembagaan sedangkan telah dijelas oleh pihak kerajaan “SOP” memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan keinginan dan hasrat kerajaan untuk “merevokasi” kesemua ordinan yang dilaksanakan sewaku tempoh perintah darurat dilaksanakan, maknanya Duli Yang Maha Mulia Tuanku maklum akan duduk letak dan hasrat kerajaan tersebut
 Berbahaslah samada Perkara 40 (3) atau Perkara 150 (3), masing-masing menyatakan pandangan dan perspektif masing-masing berdasarkan kepada tafsiran yang bersifat “kesuaian dengen kehendak” masing-masing pihak, hanya akan bersifat menegakkan “benang yang basah”
 Yang jelas antara Kerajaan dan Istana telah sedia maklum akan HASRAT KERAJAAN terhadap ORDINAN-ORDINAN PERINTAH DARURAT ITU, iaitu untuk membatal dan tidak meneruskan 
selepas tamat tempoh proklomasi darurat. Justru, TIDAK WUJUD elemen atau situasi KRISIS PERLEMBAGAAN disini
 Yang dikatakan KRISIS PERLEMBAGAAN itu apabila ada satu pihak yang berkepentingan MENGUSULKAN @ MENGGERAKKAN @ MEMBELAKANGKAN, bagi tujuan MELEMAHKAN @ MENGURANGKAN kedudukan satu pihak [ISTANA DALAM KONTEKS INI] yang dalam mana menjalankan sesuatu tugas @ tanggungjawab itu, seperti mana yang berlaku pada tahun 1983 dan 1993
 Lantas, pada apa yang berlaku di Parlimen pada minggu lalu, tidak wujud elemen seperti mana yang dinyatakan di atas, tidak wujud iltizam pihak kerajaan untuk melemah atau mengurangkan kedudukan Istana (baca YDPA) sebagai salah satu komponen PARLIMEN seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan
 Apa yang boleh dinyatakan disini, yang berlaku minggu lalu melalui tindakan YB Menteri berkenaan yang perlu diakur adalah kekhilafan ADAB antara kerajaan dan istana dalam mana menjalankan tanggungjawab. Kekhilafan ADAB adalah perkara yang bersifat “BUDAYA” atau “ISU BUDAYA”, ianya bukan bersifat PERLEMBAGAAN, malah di luar Perlembagaan atau tidak ada kena-mengena atau terkait dengan Perlembagaan
 Makanya, kekhilafan adab inilah yang perlu diperbetulkan dan dipohon kemaafan kepada pihak ISTANA. Isunya disini adalah kekhilafan adab
 Mengapa istilah KEKHILAFAN ADAB yang ditimbulkan disini? Kita harus faham, bahawa politik di Malaysia ini, salah satu elemen yang mendasarinya adalah BUDAYA MELAYU. Institusi Raja itu adalah salah budaya dan tradisi Melayu yang sangat sacred, sangat sensitif dan dilindungi
 Lihat apa yang terjadi apabila British apabila cuba “menganggu-gugat” institusi ini pada tahun 1946. Selama lebih 400 tahun, British menjajah Tanah Melayu, Institusi Raja tidak pernah diganggu, tapi sekali tersilap langkah British, implikasinya adalah seperti mana yang tercatat didalam bahan-bahan sejarah
 Janganlah kita keliru akan hal ini, atau kita buat-buat keliru dan tidak mengerti. Apa yang terjadi minggu lalu bukanlah sebuah KRISIS PERLEMBAGAAN. UMNO, selaku parti politik yang disebut sebagai The Patron of the Malays sepatutnya berdiri teguh mendukung kedudukan kerajaan Melayu PN yang sedia memerintah sehinggalah ke tarikh pembubaran parlimen kelak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15); (2). Oleh itu, kita sebagai pemimpin Melayu, harus memahami “kemelut politik” yang tercetus pada minggu lalu, lebih kepada gerakan terdesak kelompok-kelompok tertentu untuk meruntuhkan kerajaan dominasi Melayu-Islam yang turut dipimpin oleh UMNO
  'Kita boleh berbeza pendapat dalam kalangan kita (dalam UMNO) atau dengan kepimpinan Melayu diluar UMNO, tetapi janganlah perbezaan itu membawa kepada natijah sehingga sehingga menghancurkan dominasi dan kuasa Melayu di negara ini.' - Gambar fail Kita boleh berbeza pendapat dalam kalangan kita (dalam UMNO) atau dengan kepimpinan Melayu diluar UMNO, tetapi janganlah perbezaan itu membawa kepada natijah sehingga menghancurkan dominasi dan kuasa Melayu di negara ini
 Keputusan PRU14 seharusnya menjadi pengajaran kepada kita dan sewajarnya kita berwaspada untuk tidak “dipatuk bagi kedua kalinya”
 Menang sorak, kampung tergadai Kali ini, pihak-pihak berkenaan, mengambil kesempatan menangguk di air yang keroh dengan mengheret institusi raja (istana) atas nama “penderhakaan”, yang sebenarn ya bertujuan untuk “menikam secara halus” orang Melayu dan kepimpinan Melayu yang sedang berkuasa pada hari ini.  UMNO harus bijaksana menilai situasi masa kini, jangan kita bertindak atas dasar emosi dan kepentingan peribadi; amarah, amokan, persekongkolan, akhirnya merugikan Orang Melayu sendiri
 Tidakkah kita belajar dari sejarah bangsa kita sendiri
 Fikirlah dengan kewarasan dan akal budi yang matang dan rasional. Jangan kita cuba untuk bertindak seperti Lebai malang, “menang sorak, kampung tergadai”
 Cuba perhatikan, sehari dua ini, isu yang dinaratifkan tidak lagi “penderhakaan”, tapi “Kerajaan Gagal”. Apa maknanya? Cuba lihat dan analisis dengan mata-hati yang celik-budi. Ini semua adalah agenda untuk meruntuhkan bangsa Melayu
 Digerakkan anak muda berbaju hitam (kesian mereka ditipu didalam terang), rata-ratanya pemuda Melayu yang masih dangkal akan sepak-terajang politik
 Kelmarin (2.8.2021), kelompok berkepentingan ini pula berhimpun kononnya atas dasar demokrasi. Jika benar mereka berhimpun atas dasar demokrasi, mereka tidak akan berhimpun dalam suasana negara sedang dilanda serta bergelut dengan musuh tidak nampak iaitu COVID-19
 Mereka sebenarnya tidak menghormati dan telah melanggar demokrasi apabila berhimpun tak kala perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan ... sangat menyedihkan: (3). Sudah tentulah apa yang berlaku di Parlimen pada minggu lepas, atas kekhilafan ADAB Menteri berkenaan, umpama “pucuk dicita ulam mendatang” atau juga umpama “orang yang mengantuk disorongkan batal”
 
Dipergunakan, dinaratifkan dan dicanang bahawa kerajaan menderhaka, kerajaan gagal, kerajaan menipu, semuanya untuk satu agenda iaitu KUASA dengan cara MENGELIRUKAN kita semua
Janganlah kita terkeliru dan akhirnya 'ditipu di siang hari', dalam duduk letak perkara dan kemelut ini
 Kita, kepimpinan UMNO punya galas dan tanggungjawab yang BESAR sekarang, iaitu melindungi rakyat dari bahana dan musibah COVID-19, marilah kita bersama-sama mengembeleng tenaga dan bersatu hati ke arah itu, ketepikan nafsu persendirian kita buat sementara waktu ini; (4). Barang diingat wahai teman-teman seperjuangan semua, MP-MP UMNO yang berada dalam kepimpinan kerajaan PN buat masa ini, bekerja dan berbakti bagi tujuan melindungi rakyat Malaysia amnya dan umat Melayu khususnya dan juga Institusi Raja yang kita kasihi dan sanjung tinggi. Inilah waktu dan kesempatan yang terbaik untuk UMNO kembali bangkit selepas kehilangan kuasa pada PRU14 yang lalu
 Allah S.W.T. memberi kesempatan kedua buat kita semua dan kesempatan itu sedang menguji kita
 Kalau tanda pagar (hashtag) menangani wabak COVID-19 adalah “lindung diri, lindung semua”, maka hashtag kita orang Melayu adalah “hanya Melayu lindung Melayu”
 Percayalah bangsa lain tidak akan melindungi kita, hanya kita sahaja yang mampu berkorban untuk melingdungi kita, jangan kita nanti membuat keputusan yang bakal merugikan bangsa kita dan akhirnya terjebak seperti mana bangasa Palestin di bumi sendiri
 Anak Raja Memikul Perahu;Perahu dipikul Diatas Titian;Satu Sahaja Salah Bangsaku; Sesama sendiri berdengki-dengkian
 Wallahualam ..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/krisis-perlembagaan-atau-kemaruk-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Ada Kuasa Terima Atau Tolak Proklamasi Darurat

Parlimen Ada Kuasa Terima Atau Tolak Proklamasi Darurat

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 271 hits
Parlimen berperanan untuk menentukan sama ada proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan Perikatan Nasional pada 12 Januari lalu diterima atau ditolak melalui pengundian Bagi Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen tujuan uta...
Darurat Gagal Tangani Covid 19 Malah Cetus Krisis Perlembagaan

Darurat Gagal Tangani Covid 19 Malah Cetus Krisis Perlembagaan

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 247 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempersoalkan apakah pengisytiharan darurat yang dimohon kerajaan Perikatan Nasional untuk memerangi Covid 19 berhasil selepas enam bulan Kenyataan itu hadir sehari sebelum darurat ya...
Siapa Yang Untung Siapa Akan Rugi Dalam Krisis Perlembagaan

Siapa Yang Untung Siapa Akan Rugi Dalam Krisis Perlembagaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 222 hits
Ainaa AimanPETALING JAYA Seorang penganalisis politik berpendapat PAS berkemungkinan menjadi pihak paling rugi manakala Umno paling untung dalam krisis yang tercetus ekoran pendedahan Yang di Pertuan Agong bahawa baginda tidak memberi perke...
Jika Pm Langgar Perlembagaan Agong Ada Kuasa Pecat Aziz Bari

Jika Pm Langgar Perlembagaan Agong Ada Kuasa Pecat Aziz Bari

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 380 hits
Perdana Menteri dalam sistem Wesminister sebagaimana diamalkan di Malaysia boleh dipecat oleh Ketua Negara sekiranya melanggar Perlembagaan atau tidak mahu menunjukkan majoriti keabsahannya untuk berkuasa Pakar undang undang Perlembagaan Dr...
Tiada Krisis Perlembagaan Hubungan Dengan Agong Masih Utuh Kata Annuar

Tiada Krisis Perlembagaan Hubungan Dengan Agong Masih Utuh Kata Annuar

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 293 hits
August 3 2021 9 30 AMMenteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yakin Agong tidak suka pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan menokok tambah cerita bagi memenuhi agenda masing masing PETALING JAYA Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa m...
Apa Rancangan Muhyiddin Elakkan Krisis Perlembagaan Kesihatan

Apa Rancangan Muhyiddin Elakkan Krisis Perlembagaan Kesihatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 220 hits
Pada 28 Julai 2021oleh Lim Kit SiangKenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu 28 Julai 2021 Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi krisis berperlembagaan yang besar sekiranya tidak ad...
Sanusi Pemimpin Berjiwa Besar Atau Bercakap Besar

Sanusi Pemimpin Berjiwa Besar Atau Bercakap Besar

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 230 hits
Sanusi pemimpin berjiawa besar atau bercakap besar Mutakhir ini banyak kita dengar tentang naratif fitnah yang bergentanyangan seumpama hantu hantu yang tidak bertuan Ia kemudian berterbangan dan bebas hinggap di merata rata tempat Bagaiman...
Ros Sahkan Zahid Hilang Kuasa Sebagai Presiden Umno

Ros Sahkan Zahid Hilang Kuasa Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 228 hits
Kepemimpinan Majlis Tertinggi Umno ketika ini hanya boleh berfungsi sebagai caretaker sehingga selesai pemilihan dan mesyuarat Agung Umno 2021 kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Ketua Pengarah ROS Jasri Kasim berkata MT yang diket...
Gunakan Intonasi Suara Yang Kuat Ceria Bila Bercerita Atau Bercakap Dengan Anak Ini Sebabnya

Gunakan Intonasi Suara Yang Kuat Ceria Bila Bercerita Atau Bercakap Dengan Anak Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 206 hits
Pernah terfikir tak saat anda membaca buku dengan si kecil kenapa anda perlu membacanya dengan kuat Sebenarnya ia berkaitan dengan manfaat tumbesaran anak Katanya ini juga merupakan teknik mengajar anak membaca yang betul Jom ketahuinya den...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas