Krisis Pakatan Bersatu Pkr Hanya Menunggu Retak Menanti Belah


KENYATAAN MENGEJUTKAN DARI ADUN BERSATU
“SAYA NAMPAK PERGOLAKAN BESAR AKAN BERLAKU DUA ATAU TIGA BULAN AKAN DATANG”
“SAYA BERANI KATA BERSATU SUDAH BERSEDIA JIKA PERLU BERHADAPAN DENGAN ORANG ANWAR”
Berikut adalah wawancara Adun Bersatu tersebut bersama Mingguan Malsysia.
Jangan main-main dengan Dr. Mahathir
BARU setahun bersama dalam kerajaan dan dua tahun bekerjasama sebagai satu kumpulan dalam Pakatan Harapan (PH), hubungan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PKR yang diketuai bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah kelihatan bibit-bibit perpecahan.
Lebih mengukuhkan persepsi apabila berita mengenai tempoh peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dan Anwar sering diputarkan biarpun semua pihak sudah sedia maklum terdapat perjanjian hitam putih mengenai peralihan kuasa ini. Mengocakkan lagi keadaan apabila video hubungan sejenis yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan Kabinet dan Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang membuat pengakuan secara terbuka mengenai penglibatannya ditafsirkan sebagai sabotaj dalaman parti bagi menyekat laluan menteri kanan ini sebagai Perdana Menteri.
Benar atau tidak wujudnya berantakan di dalam PH, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH bersama jurugambar ABDUL RAZAK AID dan AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN menemu bual Bendahari Bersatu Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Yang Berhormat (YB) MOHD. SHAID ROSLI yang pernah mencipta kontroversi apabila meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berundur bagi memberikan laluan kepada suaminya mengambil alih jawatan itu dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang sering dilihat lantang bersuara mempertahankan bosnya di pejabat mereka masing-masing baru-baru ini.
MINGGUAN: Bagaimana hubungan Bersatu dan PKR selepas YB meminta Dr. Wan Azizah berundur baru-baru ini?
MOHD. SHAID: Pada mulanya saya nampak tekanan diberikan kepada Dr. Mahathir dan saya tidak nampak pemimpin daripada Bersatu sama ada majlis pimpinan tertinggi parti, menteri atau pun daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menyuarakan bantahan. Jadi saya ambil keputusan meminta Dr. Wan Azizah berundur dahulu supaya peralihan kuasa dapat dilakukan.
Setakat ini selepas saya membuat kenyataan itu tiada lagi pandangan dan tekanan daripada Otai Reformasi mahupun kumpulan-kumpulan daripada PKR atau Anwar sendiri.
Apabila YB bersuara dengan menyasarkan Dr. Wan Azizah adakah ini isyarat bahawa Bersatu sudah bersedia dengan cabaran seterusnya?
MOHD. SHAID: Dalam politik apa-apa boleh berlaku, saya nampak pergolakan besar akan berlaku dua atau tiga bulan akan datang. Sewaktu pembentukan PH, Bersatu memang kerdil dan kita hanya menang 13 kerusi parlimen tetapi selepas kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sokongan diterima sama ada dalam PH sendiri mahupun orang luar tidak berbelah bahagi. Atas sebab itu saya berani kata Bersatu sudah bersedia jika perlu berhadapan dengan orang Anwar.
Tidak bimbang jika berlaku perpecahan dalam PH selepas ini?
MOHD. SHAID: Sebagai pemimpin kita kena pandai untuk menyatukan ahli dengan menunjuk contoh yang baik tetapi sekiranya dalam PH sendiri ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri maka kita perlu bersedia. Namun, saya yakin kepada kepimpinan Dr. Mahathir yang boleh mengekalkan PH sehingga PRU Ke-15 nanti.
Baru-baru ini negara kecoh dengan penyebaran video seks sejenis melibatkan seorang menteri kanan tetapi ada pihak melihat seperti Perdana Menteri mempertahankan menteri berkenaan, komen YB?
MOHD. SHAID: Kenyataan Dr. Mahathir pada masa ini beliau bukan memihak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebenarnya belum ada tindakan atau pengesahan hukuman lagi. Pada pemerhatian saya kalau sudah sahih dan betul-betul berlaku baru Dr. Mahathir akan mengiyakan kalau tidak beliau akan kata tidak tahu.
Dalam isu ini polis sudah mengambil keterangan untuk melakukan siasatan, sebenarnya kes ini mudah sahaja, apabila Haziq kata ada membuat hubungan itu dengan seorang menteri pada tarikh dan waktu sekian-sekian benda ini boleh disiasat dengan melihat kepada kamera litar tertutup (CCTV) hotel tetapi persoalannya kenapa polis mengambil masa lama untuk menyiasat.
Isu ketulenan video kita boleh cerita kemudian. Rakyat hendak tahu benarkah kejadian ini berlaku. Ini kerana apabila kita bercakap mengenai soal kepimpinan kita perlukan orang yang bersih dari segi karakter.
Bagaimana pendirian YB sendiri jika ada pemimpin kerajaan terlibat dalam skandal memalukan ini?
MOHD. SHAID: Sekiranya betul terlibat dan ada bukti dia perlulah memberi laluan dan ruang kepada orang lain. Namun begitu, benda itu juga terpulang kepada individu itu sendiri, kalau rasa normal bagi dia dan hendak teruskan kerjayanya kita tidak boleh halang tambahan pula negara kita mengamalkan demokrasi.
Jika di masa akan datang rakyat terus memilih dia kita tidak boleh buat apa-apa, sama juga macam Anwar walaupun didapati bersalah dan dihukum dalam kes kedua apabila keluar beliau masih dipilih rakyat. Kalau masyarakat melihat ini sebagai satu fitnah dan rancangan jahat maka mereka akan memilih semula Mohamed Azmin pada masa akan datang. Itu hak rakyat.
Ada yang melihat karakter Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri keempat berbeza dengan sekarang.
MOHD. SHAID: Suasananya berbeza, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat beliau berada dalam parti yang kuat, mempunyai penyokong yang ramai dan waktu itu beliau juga tegas dalam membuat sebarang keputusan sehingga orang menggelarkan beliau sebagai diktator, zalim dan sebagainya.
Sebagai pemimpin yang boleh menerima pendapat, beliau cuba mengubah keterampilannya sebagai Perdana Menteri ketujuh dengan tidak terlalu bersikap diktator dan zalim tetapi ini tidak bermakna apabila orang itu berlembut kita boleh memberikan tekanan kepadanya.
Beliau merupakan pemimpin yang hebat dan boleh membentuk kerajaan walaupun tanpa PKR, Amanah dan DAP contohnya. Beliau mahir dan dengan kuasa yang ada sebagai Perdana Menteri dan beliau boleh bentuk atau tukar kepada kerajaan yang mana menyokong dan memberi manfaat kepada Malaysia. Itu kelebihan yang ada pada Dr. Mahathir.
Kenyataan ini seperti ada maksud tersirat.
MOHD. SHAID: Saya hanya sebut jangan bermain dengan Dr. Mahathir sebab beliau berpengaruh, sebelum ini siapa sangka kita daripada parti yang kecil boleh menjadi Perdana Menteri dan menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Malah, selepas beliau menjadi Perdana Menteri semua parti komponen dalam BN meletakkan jawatan termasuk MCA dan MIC namun dipujuk masuk semula.
Jadi di sini, parti yang tidak bersama BN akan bersama dengan siapa? Itu persoalannya, sebab itu saya kata Dr. Mahathir sudah bersedia sekiranya berlaku apa sahaja, ini bermakna sokongan untuk beliau sudah kuat dan tidak perlu bergantung kepada PH yang mana sekiranya tidak mahu memberikan kerjasama, beliau bersedia dengan apa juga keadaan dan tidak mustahil apa sahaja boleh berlaku dalam politik.
Kenyataan YB ini seperti mengesahkan khabar angin sebelum ini bahawa Dr. Mahathir akan masuk semula UMNO.
MOHD. SHAID: Masuk semula tidak mungkin, sebab saya pernah tanya dengan beliau dan sebelum menang PRU lalu pun kita pernah tanya sebab Dr. Mahathir sangat sayangkan UMNO. Kita beri tekanan kepada Dr. Mahathir untuk bubarkan UMNO tetapi Dr. Mahathir tidak bubar. Waktu itu semua tertanya-tanya tindakan beliau sebab kita sayangkan parti kita dan pada masa sama, Dr. Mahathir juga pengasas UMNO baharu jadi untuk menjalinkan kerjasama semula tidak mustahil dalam politik kerana sebelum ini pun beliau pernah membenci DAP dan tidak pernah terfikir untuk bekerjasama dengan DAP.
Dalam politik ia melibatkan nombor, jika ada nombor mencukupi sesiapa juga boleh berkuasa jadi kalau UMNO ada nombor ia juga tidak mustahil tetapi bukan untuk bergabung, hanya bersama. Pas dan UMNO sendiri pernah berpecah dan Pas kata UMNO penipu tetapi akhirnya mereka bergabung, kenapa? Sebab politik.
Maksudnya alternatifnya bukan lagi parti tetapi gabungan ahli parlimen, adakah ini salah satu pilihan yang dipertimbangkan kalau berlaku kemungkinan ini?
MOHD. SHAID: Sebelum ini memang betul ada cadangan untuk membawa undi tidak percaya dan sebagainya jadi ketika itu apabila individu-individu itu mencari ahli parlimen untuk membuat usul tidak percaya individu-individu itu memaklumkan kepada Dr. Mahathir jadi kita sedia maklum bahawa orang-orang itu ialah orang UMNO.
Dan atas dasar itu Dr. Mahathir merasakan tidak perlu mengharamkan UMNO. Kalau dalam UMNO sendiri bermasalah mereka boleh menyertai Bersatu, itulah yang berlaku di Sabah dan Sarawak.
Malah, dalam kalangan pemimpin UMNO, Dr. Mahathir masih dianggap hero. Sekarang kalau Dr. Mahathir ajak sesiapa untuk ikut, orang itu akan ikut tetapi sekarang situasi masih dalam kawalannya tetapi jika ada tekanan daripada individu yang tamak kuasa beliau boleh mencari pengaruh dan alternatif lain.
Dakwaan Bersatu terlalu bergantung kepada Dr. Mahathir.
MOHD. SHAID: Pemimpin silih berganti itu perkara biasa yang penting parti itu sendiri, parti ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan Melayu, apabila Dr. Mahathir berada dalam kelasnya yang tersendiri memang susah hendak cari orang menggantikan tempatnya untuk menerajui parti.
Jadi, siapakah selayaknya menggantikan tempat Dr. Mahathir. Terutamanya dalam PH?
MOHD. SHAID: Kalau tanya pada saya sudah pasti saya akan memihak kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kita tidak nampak sebarang kes sama ada integriti atau skandal menyelubungi beliau. Malah, Mukhriz juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dahulu dan berpengalaman sebagai Menteri Besar Kedah.
Di PKR pula selain Mohamed Azmin dan Anwar tiada pemimpin lain yang pernah memegang jawatan utama dalam negara. Jika memilih antara Mohamed Azmin dan Mukhriz sudah pasti saya memilih Mukhriz kerana beliau tidak terpalit dengan sebarang isu integriti atau moral.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/30/krisis-pakatan-bersatu-pkr-hanya-menunggu-retak-menanti-belah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Wee Bersatu Strategising To Become Largest Party In Pakatan

Dr Wee Bersatu Strategising To Become Largest Party In Pakatan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 161 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad s invitation to Umno members to join Parti Pribumi Bersatu Malaysia is a strategy for it to become the largest party in Pakatan Harapan so that they can retain the prime minister s post claims Dr Wee Ka Siong The cal...
Klip Video Semburit Azmin Ali Kata Hanya Ibu Pejabat Pkr Sahaja Yang Ada Nombor Telefon Semua Pemimpin Pkr

Klip Video Semburit Azmin Ali Kata Hanya Ibu Pejabat Pkr Sahaja Yang Ada Nombor Telefon Semua Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 1231 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR perlu menjelaskan kenapa pihak yang menyebarkan video seks yang dikatakan memaparkan individu miripnya itu boleh memiliki nombor telefon semua pemimpin cabang parti Azmin be...
Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

Tsunami Umno Pas Akan Telan Bersatu Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 456 hits
Politik Melayu berpecah bila Dr M tubuh Bersatu jalin kerjasama DAP BANGI UMNO dan PAS akan membentuk kekuatan politik Melayu yang bukan sahaja menjadi tsunami menelan Bersatu tetapi juga Pakatan Harapan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mo...
Deddy Corbuzier Masuk Islam Itu Hanya Demi Konten Youtube

Deddy Corbuzier Masuk Islam Itu Hanya Demi Konten Youtube

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 514 hits
Sebagian netizen itu menuduh yang bukan bukan pada saudara kita yang baru saja masuk Islam yaitu Akhi Deddy Corbuzier sampai menuduh ia masuk Islam cuma demi konten youtubenya Padahal tuduhan seperti ini hanyalah tuduhan pada hati
Doktor Cakap Heartbeat Baby Zero Hanya 38 Minggu Saja Dalam Perut Mama

Doktor Cakap Heartbeat Baby Zero Hanya 38 Minggu Saja Dalam Perut Mama

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 411 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka Namun bukan semua bertuah diberikan rezeki itu Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya malah tidak kurang juga menggunakan p...
Peminat Smk Negeri 14 Kota Bekasi Hanya 25 Siswa

Peminat Smk Negeri 14 Kota Bekasi Hanya 25 Siswa

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 208 hits
SMK Negeri 14 Kota Bekasi di Jalan Pulo 1 Kelurahan Jatikarya Kecamatan Jatisampurna sepi peminat Semenjak dibuka pendaftaran pada Senin pekan lalu hanya 25 calon siswa yang mendaftar di sekolah tersebut
Tun Mahathir Serah Jawatan Dalam Tiga Tahun Hanya Andaian

Tun Mahathir Serah Jawatan Dalam Tiga Tahun Hanya Andaian

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 292 hits
Itu hanya andaian Demikian reaksi ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Tun Mahathir Mohamad mengenai berhubung peralihan jawatan perdana menteri JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com chan...
Sekjen Gerindra Kabar Pertemuan Jokowi Dan Prabowo Di Thailand Hanya Rumor

Sekjen Gerindra Kabar Pertemuan Jokowi Dan Prabowo Di Thailand Hanya Rumor

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 190 hits
Sekretaris Jenderal Partai Gerindra Ahmad Muzani mengaku tidak mengetahui kabar yang menyebutkan bahwa Ketua Umumnya Prabowo Subianto dan Calon Presiden Petahana Joko Widodo bertemu di Thailand pada 22 dan 23 Juni lalu Menurutnya kabar pert...
Bos Bapennas Pemindahan Ibu Kota Hanya Tambah Inflasi 0 2 Persen

Bos Bapennas Pemindahan Ibu Kota Hanya Tambah Inflasi 0 2 Persen

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 194 hits
Menurut Bambang jika baseline inflasi seperti tahun lalu sebesar 3 13 persen berarti dengan adanya pemindahan Ibu Kota ini akan bertambah menjadi 3 33 persen Jadi menurut Bambang ini masih berada pada batas yang bisa ditoleransi
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord