Krisis Gerd Mesir Sudan Eithiopia As Israel Dalang




GERD: Mesir-Sudan-Eithiopia dan tanda kiamat

PERJANJIAN 1929 dan 1959
(1) Sejak 2011 menyaksikan bermulanya projek Grand Ethiopian Renaissance Dam (GERD) yang pernah saya tulis sebelum ini [1]. Projek ini sudah pasti berkaitan dengan perjanjian antara Mesir, Sudan dan Eithopia sjak 1929 dan 1959 lagi.
(a) 1929 ialah Perjanjian Anglo-Mesir: Menurut perjanjian ini, Mesir dijamin bekalan air tahunan sebanyak 48 bilion meter padu, manakala Sudan 4 bilion meter padu. Anggaran tahunan Sungai Nil sebanyak 84 bilion meter padu air.(b) 1959 ialah Perjanjian UK-Mesir: iaitu meningkatkan bahagian Mesir kepada 55.5 bilion meter padu dan Sudan kepada 18.5 bilion meter padu, dan selebihnya dikongsi oleh negara-negara lain di sepanjang sungai.(2) Kedua-dua perjanjian ini bersangkutan dengan penggunaan air di Sungai Nil, yang menjadi sumber utama untuk 10 buah negara. 2 perjanjian ini seolah-olah menjadi permulaan konflik antara Negara-negara Afrika.Apatah lagi Benua Afrika semenangnya sentiasa mengalami krisis air. Dari segi geografinya, aliran Sungai Nil dari Selatan melalui Sudan dan Eithopia, bercantum seperti huruf Y di Khartum, Sudan, dan seterusnya mengalir hingga ke Laut Mediterranean
(3) Grand Ethiopian Renaissance Dam adalah sebuah empangan yang mula dibina sejak 2011/2012. Terletak di Wilayah Benishangul-Gumuz, Ethiopia dan 15km Timur sempadan dengan Sudan.Rundingan sejak 2011 untuk mengkaji teknikal tersebut berterusan hingga ke 2015. Pada zaman Morsi, beliau agak tegas dengan projek ini. Mesir ketika itu bersedia berkorban nyawa untuk mempertahankan hak mereka.Namun, berbeza pada zaman Sisi, yang bertindak meneruskan perjanjian tersebut. Sisi ketika itu menganggap bahawa usaha ini tiada kaitan propaganda. Beliau menganggap keinginan membina empangan ini adalah niat murni untuk membangunkan Eithopia.Kembali menghangat(1) Isu ini kembali menghangat pada hari ini khususnya pada 20 Februari 2020, Mike Pompeo menyatakan pertikaian antara Mesir dan Ethiopia mengenai GERD mungkin mengambil masa ‘berbulan-bulan’ untuk diselesaikan [1].Banyak persoalan yang dibincangkan antaranya tempoh air Sungai Nil akan memenuhi empangan tersebut sekiranya siap, dan ia pasti akan mengganggu bekalan elektrik yang dijana oleh Mesir di Empangan Aswan.(2) Tak lama selepas kenyataan tersebut, aa.com melaporkan bahawa Eithiopia menarik diri daripada pertemuan di Washington bagi membincangkan hal pembinaan GERD ini, iaitu setelah pihak Mesir-Eithiopia bertegas dengan syarat masing masing. [2]Empangan yang akan menghasilkan 6,475 megawatt ini, untuk kegunaan domestik dan perindustrian Ethiopia, dan eksport ke negara jiran. Ethiopia merancang untuk mengisinya selama empat hingga tujuh tahun mulai bulan Julai ini, tetapi Mesir mahu tempohnya itu lebih panjang.(3) Pada awal April tahun ini, Perdana Menteri, Ethiopia Abiy Ahmed mengumumkan permulaan pengisian GERD menjelang musim luruh depan, walaupun belum ada kesepakatan dengan Mesir sejak penarikan diri Eithiopia.Musim hujan di Ethiopia bermula pada bulan Jun dan berterusan hingga September, justeru projek pembinaan perlu disiapkan segera. Menteri Pengairan Ethiopia, Seleche Baqli mendedahkan bahawa negaranya telah menyiapkan pembinaan 72.4 peratus.(4) Amerika menekan supaya perlu ada kesepakatan antara kedua-dua belah pihak dengan mengesyorkan draf akhir persepakatan. Namun Eithiopia merasa keberatan terhadap draf akhir yang boleh mengundang pelbagai kemungkinan.Amerika seperti biasa, cuba memastikan kepentingan Mesir yang juga rakan sekutunya, agar terpelihara dengan baik. Walaupun Amerika mengatakan supaya tidak berlaku krisis, namun mereka perlu sentiasa menjaga kepentingan mereka terhadap Mesir.Belum ada kata sepakat(1) Rundingan yang dikepalai oleh Amerika itu dilihat gagal apabila negara yang bersetuju menurunkan tandatangan cuma Mesir sahaja. Eithiophia dan Sudan kedua-duanya tidak bersetuju dengan rundingan tersebut yang memakan masa bertahun-tahun.Ini kerana perjanjian itu dilihat menyebelahi Mesir (berat sebelah). Pada 20 Mac 2020, Middle East Monitor melaporkan bahawa Presiden Mesir cuba menyampaikan mesej kepada beberapa negara Afrika mengenai projek empangan ini, dan cuba mengadakan hubungan dua hala.(2) Seolah-olah Sisi cuba mempengaruhi negara-negara di sekitar Benua Afrika. Pada 3 April, Middle East Monitor [3] melaporkan bahawa sudah mula wujudnya sentimen anti-Mesir. Biasalah, berita daripada Barat memang akan ‘memenangkan’ Mesir dalam dimensi psikologi.Bukan setakat itu, sejak sebulan lepas Ethiopian News Agency menyatakan bahawa negara itu juga telah menghantar perwakilan ke peringkat tinggi di seluruh Eropah dan Afrika untuk menjelaskan kedudukannya mengenai rundingan, termasuk rangka pertemuan dengan EU.(3) Rundingan terakhir antara Februari dan Mac dilihat tidak menyelesaikan masalah. Bahasa mudahnya, Mesir tak bersetuju kerana bimbangkan isu saliran di negara itu dan juga isu bekalan elektrik, manakala Eithiopia pula nak buat juga.Alasan Eithiopia agak logik juga, iaitu “takkanlah kami tak dapat manfaat langsung daripada Sungai Nil, kami pun nak hidup juga”. Dalam masa yang sama, Eithiopia mempertikai Perjanjian UK-Mesir pada 1959 seolah-olah menafikan hak mereka.(4) Dalam bab ini, kita bukanlah nak menghukum siapa betul siapa salah. Cuma bimbangkan masa depan perselisihan tiga negara ini, akan menyebabkan pertembungan persenjataan dan menyusahkan rakyat.Setiap negara pastinya memikirkan periuk nasi masing-masing. Ada bahagian yang perlu dikongsi periuk nasi. Kadangkala perkongsian itu sengaja dicetuskan oleh Barat sepertimana yang sudah biasa terjadi dalam krisis sungai.Israel Raya disempadani Nil(1) Krisis sungai bukan hanya terjadi di Sungai Nil. Akan tetapi terjadi di banyak tempat seperti Sungai Indus (India-Pakistan) [4], Sungai Jordan (Israel-Jordan-Syria) dan Sungai Euphrates atau Tigris (Turki-Syria-Iraq). [5]Memang biasa di peringkat global bahawa krisis sungai akan mengheret kepada pertembungan tentera. Apabila wujudnya pertembungan tentera, ia menjadi ‘lesen besar’ untuk Amerika masuk campur dalam politik setempat.(2) Ura-ura pertembungan ketenteraan ini sebenarnya sudah wujud dalam pembinaan empangan ini. Panglima Staf Ethiopia, Leftenan Jeneral Adam Mohamed, mengatakan bahawa tentera bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. [6]Eithiopio menyatakan kesediaan menentang sebarang serangan terhadap GERD, dan melakukan serangan balas terhadap para penyerangnya. Media di Ethiopia mula menyuarakan secara terbuka mengenai niat Mesir untuk mencetuskan perang.(3) Walau bagaimanapun, itu cuma laporan media dan akhbar yang kita perlu berhati-hati. Bimbang permainan belakang tabir yang cuba cetuskan perkara yang tak baik di rantau itu. Khususnya kedudukan geopolitik rantau itu yang sememangnya panas.Antara yang dirisaukan ialah jika diikutkan kedudukan perancangan membina empayar Israel Raya (The Greater Israel) yang sempadannya terletak di antara Sungai Euphrates dan Sungai Nil.(4) Yang dibimbangi ialah bukannya Sungai Nil itu disekat atau tidak, akan tetapi wilayah di situ yang sentiasa bergolak. Apatah lagi pada awal tahun ini Sudan sudah pun normalisasi hubungan dengan Israel. [7]Manakala Mesir pula sudah sejak sekian lama menjadi rakan kamceng Amerika dan bekerjasama dengan Israel dalam projek menguasai gas Mediterranean. Sudah pasti mengkayakan Israel yang sedang menguasai Palestin. [8]Tanda akhir zaman(1) Imam Ad Dailami meriwayatkan di dalam Musnad al Firdaus Hadis daripada Huzaifah al-Yamani, begitu juga disebut oleh Imam Qurtubi di dalam kitab at-Tazkirah dan juga dinukilkan oleh Imam Syuyuti R.A di dalam Husnul Muhadharah mengenai kemusnahan beberapa negara.Hadis yang panjang, antara yang disebutkan ialah;وخراب مصر من جفاف النيل

“Kemusnahan Mesir disebabkan keringnya Sungai Nil.”(2) Di dalam Tafsir Ruhul Maani, tafsir bagi ayat 58 Surah al Isra juga ada menukilkan;وخراب مصر من انقطاع النيل واختلاف الجيوش

“Dan kemusnahan Mesir disebabkan terputusnya Sungai Nil dan perselisihan antara tentera.”Di sini jelas bahawa keringnya Sungai Nil berkaitan dengan peristiwa akhir zaman, termasuk kemusnahan beberapa negara yang diisyaratkan di dalam riwayat tersebut dengan lebih panjang.(3) Kita tidak tahu sama ada keringnya Sungai Nil yang dimaksudkan ini adalah disebabkan GERD ataupun ada faktor yang lain. Bahkan kita juga perlu sedar beberapa Hadis yang lain turut mengaitkan peristiwa akhir zaman dengan gangguan sistem saliran.Contohnya Hadis Nabi S.A.W yang jelas menyebut mengenai keringnya Sungai Furat sehingga menzahirkan bukit emas dan Tasik Thabari (Galilee) dalam Hadis panjang yang diriwayatkan oleh Tamim ad Dari.Dalam Hadis yang menceritakan mengenai keringnya Sungai Furat, mengaitkan dengan peperangan yang berlaku selepas itu. InsyaAllah akan dihuraikan dalam artikel lain.[1] https://www.middleeastmonitor.com/20200220-us-egypt-ethiopia-dispute-over-renaissance-dam-escalates/[2] https://www.aa.com.tr/en/africa/ethiopia-pulls-out-of-washington-meeting-on-nile-dam/1745435[3] https://www.middleeastmonitor.com/20200403-ethiopia-dam-dispute-stokes-anti-egypt-feelings/[4] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/2991006024274471/?d=n[5] https://www.facebook.com/625576521/posts/10158638483546522/?d=n[6] https://www.middleeastmonitor.com/20200316-ethiopian-army-ready-to-protect-renaissance-dam/[7] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3445103082198094/?d=n[8] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3445109698864099/?d=nMUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 12/5/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/gerd-mesir-sudan-eithiopia-dan-tanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Israel Robohkan Rumah Keluarga Palestina Hanya Karena Tuduhan Serang Gadis Yahudi

Israel Robohkan Rumah Keluarga Palestina Hanya Karena Tuduhan Serang Gadis Yahudi

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 315 hits
Tentara Israel merobohkan rumah warga Palestina yang dituduh berada di belakang ledakan mematikan di Tepi Barat tahun lalu Israel mengatakan Qassem Barghouti yang berusia 22 tahun melakukan serangan pada Agustus 2019 gadis Yahudi tewas Rina...
Pasukan Israel Awasi Warga Palestina Yang Salat Di Luar Masjid Al Aqsa

Pasukan Israel Awasi Warga Palestina Yang Salat Di Luar Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 203 hits
Pasukan Israel Awasi Warga Palestina yang Salat di Luar Masjid Al Aqsa Anggota pasukan keamanan Israel berjaga saat jamaah Palestina melakukan salat Jumat selama bulan suci Ramadan di tengah krisis pandemi Covid 19 di luar kompleks masjid a...
6 Ngo Palestin Rayu Malaysia Bantah Rancangan Israel Rampas Tebing Barat

6 Ngo Palestin Rayu Malaysia Bantah Rancangan Israel Rampas Tebing Barat

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 295 hits
Enam pertubuhan kerajaan berkaitan Palestin hari ini merayu Kerajaan Malaysia menyuarakan bantahan terhadap rancangan rejim zionis Israel untuk mengilhakan sebahagian besar kawasan Tebing Barat Rayuan kepada Kerajaan Malaysia itu disuarakan...
Kkm Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii Covid 19

Kkm Belum Terima Maklumat 10 Pelajar Malaysia Di Sudan Dijangkitii Covid 19

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 381 hits
Pihak Kementerian Kesihatan setakat ini belum menerima sebarang maklumat terperinci berkenaan kenyataan 10 pelajar Malaysia di Khartoum Sudan yang didakwa dijangkiti COVID 19 Respon tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr...
Mesir Lanjut Darurat Pelajar Terengganu Tidak Terjejas

Mesir Lanjut Darurat Pelajar Terengganu Tidak Terjejas

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA TERENGGANU 29 April Lebih 500 pelajar Terengganu di Mesir dijangka tidak berdepan masalah dengan lanjutan tempoh darurat selama tiga bulan yang dibuat Abdel Fattah al Sisi baru baru ini Yang Dipertua Keluarga Penuntut Penuntut Terengg...
Serdadu Israel Tewas Dilempar Batu Saat Buru Milisi Palestina

Serdadu Israel Tewas Dilempar Batu Saat Buru Milisi Palestina

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 369 hits
Seorang tentara Israel Sersan Amit Ben Yigal tewas akibat dilempar batu ketika tengah mengejar seorang militan Palestina yang menjadi buronan di Kota Jenin Tepi Barat pada Selasa pagi waktu setempat Seperti dilansir Associated Press Amit sa...
Israel Mengumumkan Penemuan Antibodi Yang Berjaya Menyembuhkan Pesakit Covid 19

Israel Mengumumkan Penemuan Antibodi Yang Berjaya Menyembuhkan Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 226 hits
Pembangunan ubat ubatan dan anti vaksin untuk virus Covid 19 sedang dilakukan oleh pelbagai negara Ia dilakukan serentak bagi menjimatkan masa sekaligus menyelamatkan lebih banyak nyawa dengan jumlah kematian global masih belum menujukan pe...
Senarai Nama Gaji Pemain Terengganu Fa 2017 Tersebar Penyokong Tuntut Cari Dalang

Senarai Nama Gaji Pemain Terengganu Fa 2017 Tersebar Penyokong Tuntut Cari Dalang

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 444 hits
Kuala Terengganu Senarai nama dan gaji pemain pasukan Terengganu untuk musim 2017 dikatakan tersebar sejak semalam menerusi sekeping gambar kertas yang memiliki segala maklumat yang boleh dikatakan perkara yang tidak boleh didedahkan Tinjau...
Kerajaan Kena Banteras Habis Habisan Dalang Ic Palsu

Kerajaan Kena Banteras Habis Habisan Dalang Ic Palsu

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 248 hits
Syor laksana IC baharu baik namun tak bermakna jika penguatkuasaan masih lemah 30 04 2020Oleh Ainul Illia Meor SuzurudinBANGI 7 Ramadan 1441H Khamis Prof Dr Ahmad Atory Hussain bersetuju cadangan melaksanakan kad pengenalan baharu bagi memb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba